ROTI CANAI SERENDAH RM0.50 SEN!

ROTI CANAI SERENDAH RM0.50 SEN!

ROTI CANAI MURAH DI BANDAR BARU BANGI!

Zaman sekarang ni semua benda nak murah kan? Dari segi keperluan harian sampailah kepada kehendak kita, kalau boleh semua benda nak yang murah tapi ada berkualitinya kan?

Tapi masalahnya sekarang ni nak jumpa barang yang murah dah jadi macam perkara yang mustahil pula. Sebab kebanyakkan penjual semua menaikkan harga barang yang mereka jual disebabkan faktor bahan mentah itu sendiri yang mahal. Sedih kan?

Bukan setakat barangan keperluan je yang naik harga, tapi harga makanan juga terkena tempias disebabkan harga bahan mentah naik. Makanan kot, benda yang paling basic dalam hidup kita. Cuba bayangkan kalau ada orang yang tak mampu nak beli makanan, diaorang nak makan apa kan? Takkan biskut je, tak ke berzapin perut orang tu tahan lapar sampai ke malam. Hmm

So disebabkan tu, MZ Cafe Bangi telah membuat & menjual roti canai termurah di sekitar Bangi dan Putrajaya yang hanya berharga RM 0.50 sahaja! Murah kan? Mana nak dapat dah sekarang. Kalau pergi kedai lain pun dah berapa ringgit sekeping, di MZ Cafe Bangi sahaja anda boleh dapat harga makanan yang murah-murah ni. Hehe

Selalu roti canai ni dah sinonim sangat dengan makan pagi kan? So yang mana on the way  nak pergi ke kerja tu pun boleh datang untuk breakfast dulu di MZ Cafe Bangi. “Kalau dah rushing sangat”?? Apa nak risau, benda boleh bungkus kan. Hehehe

Lokasi MZ Cafe Bangi ni pun sangat strategik untuk datang tau, ianya berhampiran dengan pintu 1 Putrajaya. Buat siapa yang taktahu, di pintu 1 Putrajaya ni adalah laluan alternatif untuk ke Putrajaya jika anda daripada Bangi mahupun Sungai Merab. Kalau taktahu juga pintu 1 Putrajaya ni dimana, boleh terus waze MZ Cafe Bangi. Mesti jumpa punyalah 😉

So lepasni kalau mencari tempat makan untuk sarapan, boleh je terus datang ke MZ Cafe Bangi. Pekena dengan roti canai serendah RM0.50 sen, mesti pagi korang lebih penuh bermakna daripada biasa.Hahaha

Jika berminat boleh layari laman sesawang kami di Facebook dan Instagram, jika nak tempah untuk makan di MZ Cafe Bangi anda boleh hubungi 014-3160070 (Sya)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *