TEMPAT MAKAN SEDAP DI BANGI

TEMPAT MAKAN SEDAP DI BANGI

MZ CAFE BANGI PILIHAN TEMPAT MAKAN SEDAP DI KAWASAN BANGI

Negeri Selangor mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati baik untuk acara makan angin atau untuk acara jalan jalan cari makan bersama keluarga. Alang-alang kalau anda sudah tersesat di Bangi, apa kata singgah di MZ Cafe Bangi dan mencuba lebih daripada 400 jenis pilihan menu yang disediakan.

Bayangkan 400 menu tu, anda boleh pilih je menu apa yang berada dalam kepala. Dari menu Western, Seafood, Masakan Melayu, Masakan Pantai Timur dan lain- lain. Haa kalau nak rasa suasana ala-ala Thailand pun boleh tau, kerana kami ada menyediakan colek-colek yang anda boleh nikmati bersama yang tersayang. Memang feeling habis lah. Okay cerita berkaitan menu dah settle. Next!

Servis order. Isu berkaitan dengan servis order ni sangat sinonim dengan kedai-kedai makan di luar sana. Yela mana taknya, sebagai pelanggan bila kita datang satu kedai mesti mengharapkan setiap order yang dipesan sampai pada waktu yang sepatutnya. Di MZ Cafe Bangi, kami amat mementingkan perkara sedemikian. Antara kemudahan yang telah kami gunakan bagi pelanggan tidak menunggu lama  iaitu servis ‘ Button Call‘ dan Borang Order. Servis ini dapat membantu pelanggan untuk memilih dan mempercepatkan proses order. Bukan itu sahaja, sistem ini juga dapat mengelak pelanggan daripada tertindih order atau sebaliknya.

Environment kedai besar & selesa. Makanan dah banyak tapi takkan kedai kotor pula kan? Meminta sangat kalau macam tu. Hahaha. Okay back to the topic, di MZ Cafe Bangi kami dapat memuatkan seramai 500 orang dalam satu masa tau. Haa korang rasa???! Dah sebesar dewan perkahwinan dah. Bukan itu sahaja tau, yang feeling-feeling rasa makan dekat Jepun pun boleh. Kami ada menyediakan bahagian makan bersila yang dinamakan Gazebo. Yang rasa nak suasana privacy dan sweet boleh lah try makan di sini. Hehehe

Ibubapa dah seronok makan, habis anak-anak yang ikut ni nasib diaorang macam mana? Haaaa… Isu ni pun sering bermain di fikiran ibubapa di luar sana. Betul tak? Jangan pening-pening kepala, kerana MZ Cafe Bangi ada menyediakan permainanBouncy Castle‘ dan ‘Mini Playground‘ bagi anak-anak yang ingin bermain. Yang lagi menariknya, kami juga ada menyediakan port ‘Family Area‘ untuk para ibubapa di luar sana yang mempunyai anak- anak kecil. So memang tiada masalah kalau ibubapa nak bawa anak-anak makan. “Happy tummy, happy kid

Pertama kali nak datang? Jangan risau lokasi kami amat mudah untuk dikunjungi. Sebab apa? Haa, sebab cafe kami  betul-betul berada di antara Putrajaya dan Bangi. Nak lagi senang waze sahaja MZ Cafe Bangi confirm jumpa punya lah. So mana yang berdekatan jangan malu jangan segan untuk datang makan di sini ya. Oh! Tak lupa juga yang duduk jauh, anda amat dialu-alukan untuk cuba makan di sini. Sekali cuba mesti nak datang lagi punya. Ajak kawan-kawan, family, pasangan , satu kampung pun takpe. Hehehe, nak cari tempat makan sedap di bangi? Ingat MZ Cafe Bangi

=================================
Waktu Operasi -;
7pg-5ptg (Masakan pantai timur & Makan Tengahari, Nasi Ayam, Sup)
5ptg-12.30mlm (Tomyam, Western, Ikan Bakar, Colek)
.
Untuk sebarang pertanyaan/tempahan makan boleh Whatsapp kami di nombor ini 014-3180070 (Sya)
.
Nak kami hantar depan rumah? Boleh tekan link ini untuk order.
.
P/S: Buat masa sekarang coverage delivery kami hanya 7.5 km sahaj daripada cafe kami. Next time kalau banyak permintaan, kami akan luaskan lagi jarak penghantaran ye 😁
.
Penghantaran pada sebelah malam sahaja(Makan Malam) bermula daripada jam 6.30PM – 11.00PM, tetapi order boleh di buat seawal jam 12.30 tengahhari

ROTI CANAI SERENDAH RM0.50 SEN!

ROTI CANAI SERENDAH RM0.50 SEN!

ROTI CANAI MURAH DI BANDAR BARU BANGI!

Zaman sekarang ni semua benda nak murah kan? Dari segi keperluan harian sampailah kepada kehendak kita, kalau boleh semua benda nak yang murah tapi ada berkualitinya kan?

Tapi masalahnya sekarang ni nak jumpa barang yang murah dah jadi macam perkara yang mustahil pula. Sebab kebanyakkan penjual semua menaikkan harga barang yang mereka jual disebabkan faktor bahan mentah itu sendiri yang mahal. Sedih kan?

Bukan setakat barangan keperluan je yang naik harga, tapi harga makanan juga terkena tempias disebabkan harga bahan mentah naik. Makanan kot, benda yang paling basic dalam hidup kita. Cuba bayangkan kalau ada orang yang tak mampu nak beli makanan, diaorang nak makan apa kan? Takkan biskut je, tak ke berzapin perut orang tu tahan lapar sampai ke malam. Hmm

So disebabkan tu, MZ Cafe Bangi telah membuat & menjual roti canai termurah di sekitar Bangi dan Putrajaya yang hanya berharga RM 0.50 sahaja! Murah kan? Mana nak dapat dah sekarang. Kalau pergi kedai lain pun dah berapa ringgit sekeping, di MZ Cafe Bangi sahaja anda boleh dapat harga makanan yang murah-murah ni. Hehe

Selalu roti canai ni dah sinonim sangat dengan makan pagi kan? So yang mana on the way  nak pergi ke kerja tu pun boleh datang untuk breakfast dulu di MZ Cafe Bangi. “Kalau dah rushing sangat”?? Apa nak risau, benda boleh bungkus kan. Hehehe

Lokasi MZ Cafe Bangi ni pun sangat strategik untuk datang tau, ianya berhampiran dengan pintu 1 Putrajaya. Buat siapa yang taktahu, di pintu 1 Putrajaya ni adalah laluan alternatif untuk ke Putrajaya jika anda daripada Bangi mahupun Sungai Merab. Kalau taktahu juga pintu 1 Putrajaya ni dimana, boleh terus waze MZ Cafe Bangi. Mesti jumpa punyalah 😉

So lepasni kalau mencari tempat makan untuk sarapan, boleh je terus datang ke MZ Cafe Bangi. Pekena dengan roti canai serendah RM0.50 sen, mesti pagi korang lebih penuh bermakna daripada biasa.Hahaha

Jika berminat boleh layari laman sesawang kami di Facebook dan Instagram, jika nak tempah untuk makan di MZ Cafe Bangi anda boleh hubungi 014-3160070 (Sya)

CONTEST MERDEKA MZ CAFE BANGI!

CONTEST MERDEKA MZ CAFE BANGI!

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 sehingga tahun 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.

Tidak ketinggalan, MZ Cafe Bangi juga akan membuat contest MERDEKA untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme didalam diri masyarakat Malaysia. Dengan syarat yang mudah, semua orang layak untuk memenangi hadiah yang bernilai RM200 ringgit Malaysia!

Apa syarat yang mudah tu? Haa, syaratnya adalah

  1. Follow @mzcafendelivery di Instagram, dan Like MZ Cafe Bangi di Facebook
  2. Share posting di MZ Cafe Bangi (Disini) & pastikan post anda public
  3. Post gambar anda bertemakan merdeka semasa berada di MZ Cafe Bangi berserta CAPTION MENARIK dan jangan lupa HASHTAG #mzmerdeka62

Tarikh tutup penyertaan ini pada 31 Ogos 2019, dan pemenang akan diumumkan pada 6 September 2019. Kami mencari 3 pemenang yang bertuah untuk memenangi contest Merdeka MZ Cafe Bangi!

Taktahu MZ Cafe Bangi terletak di mana? Boleh terus waze kami MZ Cafe Bangi, atau pergi ke pintu 1 putrajaya. Kami berada betul2 di sebelah MZ Garden Hall Bangi!

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan contest ini boleh terus WhatApps kami 014-3160070 (Syana)

PERKHIDMATAN CATERING MURAH DI BANGI!

PERKHIDMATAN CATERING MURAH DI BANGI!

Perkhidmatan catering murah di Bangi! Hanya dengan MZ Catering!

Tahukah anda, kami di MZ Catering telah beroperasi lebih daripada 15 tahun dalam bidang pengendalian/penyajian makanan. Lebih daripada beratus majlis pernah kami jayakan, dari pelbagai jenis majlis. Cakap sahaja majlis apa semua kami di MZ Catering boleh buat dengan mudah!

Kenapa anda perlu memilih kami sebagai caterer untuk majlis anda? Sebab kami menawarkan perkhidmatan catering murah di bangi! Bukan hanya menawarkan harga yang murah, malah kami sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk para pelanggan kami!

Kami juga telah lama berdaftar dengan sistem kerajaan iaitu E Perolehan, jadi mana2 sektor kerajaan yang ingin mengambil katering dengan kami memang tiada masalah. Pembayaran secara LO juga kami terima.

Bukan itu hanya perkhidmatan catering, malah kami juga ada menyediakan perkhidmatan sewaan barang seperti Kerusi, Meja, Pinggan Mangkuk dan lain – lain. Semuanya dengan harga yang murah!

Jika anda mengambil pakej Perkahwinan dengan kami, kami akan uruskan majlis anda daripada A to Z tiada masalah! Tetamu tak perlu pening kepala fikirkan tentang majlis lagi, kami akan uruskan untuk anda.

Malah, kami juga ada menyediakan 2 dewan sekiranya anda tidak mempunyai tempat untuk membuat majlis yang  anda ingin langsungkan. Antara dewan yang kami ada adalah MZ Garden Hall dan MZ Diamond Hall!

MZ Garden Hall merupakan dewan marqueetent kedua terbesar di Putrajaya selepas dewan PICC, dewan ini mampu memuatkan seramai 700 orang dalam 1 masa termasuk dengan kerusi dan meja! Bertemakan ala garden yang pasti sesuai untuk pelbagai jenis majlis!

MZ Diamond Hall pula dewan mini yang mampu memuatkan seramai 65 orang dalam 1 masa, dewan ini bertemakan eksklusif yang sangat sesuai untuk majlis tertutup seperti seminar, birthday party dan lain – lain. Dewan ini dilengkapi dengan peralatan seperti penghawa dingin, projektor & layar, microphone dan lain – lain.

So lepasni, siapa yang nak buat majlis tu bolehlah buat di MZ Catering di Bangi. Ingat catering murah, ingat MZ Catering!

Haaa, pula nak cakap. Jika anda berada di kawasan Bangi, Kajang dan Putrajaya. Penghantaran adalah percuma tau, kita tidak mengenakan apa2 cas penghantaran. Hehe

Kalau anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan catering murah MZ Catering, boleh terus hubungi kami di http://www.wassap.my/60143180070 (Syazwan) atau boleh terus pergi ke Facebook dan Instagram kami

PAKEJ OPEN HOUSE MURAH DI BANGI!

PAKEJ OPEN HOUSE MURAH DI BANGI!

Pakej Open House

Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang disambut oleh semua umat Islam di seluruh dunia bagi meraikan sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan. Antara amalan yang kebiasaannya dibuat apabila menyambut hari Raya Aidilfitri ini adalah aktiviti menziarah dan menziarahi, iaitu kita pergi ke rumah sedara mara kita, sepupu sepapat kita, dan lain-lain.

Disebabkan hal itu, ada sesentengah orang membuat rumah terbuka(OPEN HOUSE) kerana dengan membuatnya dapat mengeratkan lagi hubungan antara sedara mara, kawan, jiran tetangga dan lain lain. Kerana apabila membuat open house, kita dapat menjemput ramai orang sekaligus. Jadi takperlu nak jemput seorang demi seorang. Buat sekali, lepastu dah.

Tapi, kalau nak buat open house ia memerlukan tenaga yang lebih, berbanding dengan jemput seorang demi seorang. Bukan tenaga apa, tetapi tenaga untuk memasak, mengemas/mendekorasi, layan tetamu dan sebagainya.

Ada orang akan mengambil jalan pintas dengan mengambil pakej open house dengan pihak catering. Jadi mereka takperlu bersusah payah pergi ke pasar raya mencari bahan mentah, nak memasak dan sebagainya. Mereka hanya tinggal untuk melayan tetamu shaaja, takadalah penat sangat kan? Hehe

Disebabkan hal tu, kami di MZ Catering ada menyediakan PAKEJ OPEN HOUSE untuk anda! Dengan harga yang sangat berpatutan tau. Jadi anda tak perlu nak pening kepala lagi untuk buat rumah terbuka. Cakap sahaja berapa pax, kami boleh buat dengan mudah.

Kenapa sangat yakin? Kerana kami telah beroperasi lebih daripada 10 tahun, jadi kami mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang penyediaan/pengendalian makanan dan kami telah mengendalikan pelbagai jenis event/majlis!

Nak buat dekat rumah? Tetapi takada ruangan yang mencukupi? Tiada masalah! Kerana kami ada menyediakan dewan untuk anda! Iaitu dewan MZ Garden Hall dan MZ Diamond Hall

Dewan MZ Garden Hall adalah dewan yang bertemakan ala garden yang mampu memuatkan seramai 700 orang dalam 1 masa. Buat siapa yang ada jemputan dalam 1000 orang bolehlah menggunakan dewan ini. Hehe.

Untuk dewan MZ Diamond Hall pula, dewan ini bertemakan eksklusif yang mampu memuatkan seramai 60 orang dalam 1 masa. Siapa yang jenis nak buat majlis privasi sikit tu bolehlah menggunakan dewan ni.

Jika anda berminat, atau mempunyai sebarang pertanyaan. Sila hubungi http://www.wassap.my/60143180070 (Syazwan)

PEMBEKAL LEMANG DI SELANGOR DAN KL!

PEMBEKAL LEMANG DI SELANGOR DAN KL!

lemang di bangi

Pada musim raya Aidilfitri ni, pasti ramai yang mencari juadah untuk membawa balik ke kampung halaman kan. Lemang antara juadah yang sering dicari cari masa raya ni, betul kan? Disebabkan itu, ramai peniaga yang mengambil peluang membuka gerai di bahu jalan menjual lemang kerana mereka tahu akan ada permintaan.

Tapi, pernahkan anda sebagai pembeli terfikir tentang kualiti bahan yang digunakan untuk penghasilan sesuatu lemang? Pasti tidak kan. Sepatutnya anda sebagai pembeli kena ambil tahu/peka tentang perkara tersebut, kerana benda itu yang akan masuk kedalam badan anda apabila anda memakannya.

Disebabkan hal itu, kami Lemang Si Merah disini sebagai penyelesaian bagi masalah tersebut. Kami menawarkan perkhidmatan penghantaran di seluruh semenanjung Malaysia dengan kadar yang berpatutan, nak bawa juadah balik ke kampung halaman? Kini tiada masalah lagi!

Tapi dengan syarat kena order 3 hari awal dah minimum order adalah 5 batang.

Tentang kualiti, dan rasa anda tidak perlu risau! Kerana kami sangat menjaganya, ia merupakan aspek yang sangat dititik beratkan oleh kami.

Setiap buluh yang kami gunakan, kami akan pastikan ianya dibasuh dengan bersih supaya tidak ada sebarang objek yang tidak diingini seperti kuman dan sebagainya yang boleh mendatangkan penyakitTak lupa dengan beras, kami menggunakan beras yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan hasil yang terbaik

Kami akan pastikan semua daun pisang yang akan dimasukkan kedalam buluh bersih daripada kotoran
HASILNYA…. LEMANG YANG TERBAIK TERCIPTA

Jangan terlepas untuk dapatkan Lemang si Merah yang berkualiti tinggi! Bukan setakat berkualiti tinggi, malah sangat sedap dimakan dan berlemak

Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Jadi belilah sebatang dua untuk rasa, saya yakin 100% anda akan buat pembelian semula!

Nak order dalam kuantiti yang besar pun tiada masalah! Cakap sahaja 10 batang? 100 batang? 1000 batang? Boleh tiada masalah, kami boleh buat!

Order dengan kami sekarang, boleh hubungi kami di 0143160040(Kina) atau boleh pergi ke Instagram kami pembekallemangselangor

Untuk pengetahuan anda, kami bertapak di Bangi dan kami juga dikenali sebagai lemang di bangi

MZ CATERING

MZ CATERING

Perkhidmatan catering seleruh kawansan Bangi, Putrajaya, dan Kuala Lumpur. Kami juga menyediakan pelbagai pakej yang menarik merangkumi Pakej perkahwinan, penyediaan dewan dan sebagainya.

PRE BUFFET MZ CATERING

PRE BUFFET MZ CATERING

pre buffet

Tahukan anda? Tahun ini 2019 kami di MZ Catering akan membuat buffet Ramadhan pada puasa keempat iaitu pada 9 May 2019(Khamis) bertempat di MZ Cafe Bangi. Pada buffet Ramadhan nanti, kami akan menghidangkan lebih daripada 40 menu bermula daripada pembuka selera, hidangan utama, minuman, sehinggalah pemanis mulut.

Tapi, apabila kita baru dapat tahu tentang suatu perkara tersebut mesti kita rasa was-waskan? Haa, disebabkan itu, kami di MZ Catering akan mengadakan pre Buffet pada 30 April 2019 ini yang suasananya sama seperti buffet Ramadhan nanti!

Pre buffet ini bertujuan untuk memberikan gambaran sebenar kepada pelanggan tentang suasana semasa buffet Ramadhan ini. Berkaitan dengan dekorasi, cara makanan dihidangkan semuanya sama seperti buffet Ramadhan.

Apa yang lagi menarik, kami tidak akan mengenakan apa2 caj kemasukkan pada pre Buffet ini. Bak kata orang putih, free of charge dan terbuka kepada semua. Tidak akan ada pengecualian.

Semasa pre Buffet nanti, anda boleh booking terus untuk mendapatkan harga early birds yang jauh lebih murah daripada harga apabila anda walk in semasa buffet Ramadhan nanti. Bukan itu sahaja tau! Apabila anda booking 10pax iaitu 1meja anda akan diberikan diskaun sehingga 10% daripada total harga! Menarik bukan? Dari situ anda dapat jimat banyak, dahlah dapat harga early birds dapat pula diskaun sehingga 10% siapa nak bagi. Hehe

Berminat? Ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang pre Buffet Ramadhan ini? Boleh WhatsApp kami terus di talian http://www.wassap.my/60143180070 (Syazwan)

Haa, lupa nak bagitahu. Anda tidak perlu sahkan kehadiran untuk datang semasa pre Buffet kami nanti. Boleh walk in terus dan terus makan, takperlu nak pening kepala nak sahkan kehadiran dekat mana semua.

BUFFET RAMADHAN MZ CATERING

BUFFET RAMADHAN MZ CATERING

BUFFET RAMADHAN

Kami di MZ Catering menyambut kedatangan Ramadhan 2019 dengan kepelbagaian adat tradisi hidangan Malaysia bersama beberapa hidangan kegemaran Antarabangsa di MZ Cafe Bangi. Semarakkanlah semangat bulan Ramadhan bersama keluarga, sahabat handai dan kawan sekerja di MZ Cafe Bangi pada bulan Ramadhan ini! Daripada hidangan pembuka selera, hidangan utama, sehinggalah ke manisan, semestinya mempunyai suatu kelainan untuk anda menjamu selera.

MZ Cafe Bangi yang terletak di Sg Merab, Bangi merupakan tempat yang sangat strategik kerana lokasinya berhampiran dengan Putrajaya, Bangi dan juga Sepang.  menjadi pilihan MZ Catering untuk membuat buffet Ramadhan pada tahun ini. Selain lokasi yang strategik, MZ Cafe Bangi juga menyediakan kawasan parking yang luas dan mampu menampung kapasiti tetamu yang ramai serta tidak mengenakan sebarang caj untuk parking. Selain itu, MZ Cafe Bangi juga kawasan surau yang tersendiri dan berhampiran dengan masjid untuk menunaikan solat fardu Maghrib.

Bersempena dengan Ramadhan 2019 ini, kami menghidangkan lebih daripada 40 menu untuk santapan anda. Untuk masakkan panas pula seperti Kambing Golek, Satay Bakar, Char Kuey Teow, dan Keropok Lekor ianya akan dimasak secara live. Di bahagian pencuci mulut pula, kami menyediakan pelbagai jenis manisan seperti Aiskrim, Kek, Bubur Kacang dan lain – lain. Manakala untuk bahagian lauk pauk, kami mempunyai pelbagai jenis masakan Ayam, masakan Daging dan juga masakan Ikan.

Kami mempunyai 2 harga yang berbeza iaitu harga untuk Early Bird(buat siapa yang menempah seminggu awal) dan juga harga biasa(buat siapa yang walk in pada hari kejadian). Harga Early Bird untuk dewasa ialah RM39.90, Manakala kanak-kanak & warga emas RM24.90. Bagi harga biasa pula ialah RM44.90 untuk dewasa manakala kanak-kanak & warga emas RM29.90!

Untuk tempahan berbuka puasa/sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di talian 014-3180070 (Syazwan)

Bagi siapa yang ingin merasai sendiri suasana Buffet Ramadhan atau ingin merasa masakan daripada pihak MZ Catering, kami akan mengadakan pre Buffet pada 30 April 2019. Pada hari tersebut, tiada caj dikenakan untuk masuk.