PRE BUFFET RAMADHAN DI MZ GARDEN HALL BANGI

PRE BUFFET RAMADHAN DI MZ GARDEN HALL BANGI

Pre Buffet Ramadhan MZ Catering 2020 di MZ Garden Hall pada tarikh 11 Mac 2020 bersamaan dengan hari Rabu malam, bermula daripada jam 7.30PM sehingga 10.30PM. Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis, masuk adalah percuma!

Alhamdulillah, pada buffet Ramadhan tahun lepas sambutan daripada pelanggan amat menggalakkan. Jadi tahun ini kami akan membuat buffet Ramadhan sekali lagi! Tetapi, kali ini buffet Ramadhan akan berlangsung di dewan kami sendiri iaitu dewan MZ Garden Hall yang terletak di Bandar Baru Bangi iaitu bersebelahan dengan MZ Cafe Bangi.

Memandangkan kami menukar lokasi buffet Ramadhan yang sebelumnya bertempat di MZ Cafe Bangi, kami bercadang untuk membuat pre Buffet Ramadhan kali ini di dewan MZ Garden Hall pada tarikh 11 Mac 2020 bermula daripada jam 7.30PM sehingga 10.30PM malam. So, bolehlah save tarikh dan masa tersebut untuk datang ke pre Buffet Ramadhan kali ini!

Semasa pre Buffet ini nanti, kami akan menyajikan pelbagai jenis juadah yang menarik untuk santapan anda semua. Antaranya seperti Kambing Bakar, Candy Buffet, Char Kuey Teow, Roti John, Lemang & Rendang, Dimsum, Makanan berasaskan Mee(Laksa/Bihun Sup/Mee Sup), Dessert dan banyak lagi! Senang cakap lebih daripada 70 jenis juadah menanti anda semasa pre buffet ini. Yang lagi menariknya, tiada caj yang akan dikenakan untuk anda menghadiri majlis pre buffet ini!

Selain itu, semasa pre buffet ini juga kami akan memperkenalkan harga buffet Ramadhan kami yang terbaru dan kami akan memberikan harga EARLY BIRD yang sememangnya lebih murah & berbaloi daripada harga biasa nanti. So jangan lepaskan peluang keemasan ini tau! Booking segera buffet Ramadhan 2020 di MZ Garden Hall.

Berkaitan dengan kemudahan yang disediakan pun anda tak perlu risau, sebab disini kami menyediakan ruangan parking yang luas dan besar, surau/masjid, dan permainan Bouncy Castle untuk anak-anak. So kepada ibubapa yang ingin membawa anak-anak tu takperlulah risau yang anak anda bising atau membuat kekacauan, bagi sahaja mereka bermain di Bouncy Castle inshaAllah selesai masalah. Tapi, perlu diingatkan bahawa keselamatan anak anda adalah tanggungjawab ibubapa sepenuhnya, jika berlaku sebarang perkara di luar jangkaan, kami tidak akan bertanggungjawab.

Sebarang pertanyaan lanjut, berkaitan dengan pre Buffet Ramadhan mahupun Buffet Ramadhan MZ Catering, boleh terus hubungi kami di 014-3180070 (Syazwan) atau boleh layari laman sesawang kami di Facebook & Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *