KEDAI MAKAN SEDAP DI BANDAR BARU BANGI!

KEDAI MAKAN SEDAP DI BANDAR BARU BANGI!

Syurga makanan berada di Bangi!

Pada 22 Jun 2008, Bangi Bandar Ilmu telah dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar sejajar dengan hasrat kerajaan negeri yang sedang memulakan Program Jejak Ilmuwan di negeri Selangor pada masa itu.

Hasrat menjadikan Bandar Baru Bangi sebagai bandar yang terus berfungsi melahirkan generasi `Iqra` dan penempatan yang menepati `Baldah Tayyibah wa Rabbun Ghafur`, sekali gus sebagai Bandar Al-Baladil Amin`. Ini selaras kedudukannya dengan dikelilingi pelbagai institusi pengajian tinggi diantaranya seperti UKM, UNITEN, UNIKL, USIM, UPM, MMU, LIMKOKWING, KUIS, GMI, DLL.

Disebabkan hal itu, kebanyakkan penduduk di Bangi boleh dikatakan terdiri daripada pelajar remaja yang melanjutkan pengajian tinggi di IPTA/IPTS

Dalam pada itu, banyak pengusaha tempat makan mengambil peluang untuk membuka kedai makan kerana mereka tahu akan permintaannya. Dari kedai makan biasa, western, sehinggalah tempat makan cafe(hipster). Cakap sahaja nak makan apa, mesti jumpa kalau berada di Bangi ni. Syurga makanan lah katakan

Tidak ketinggalan, MZ Cafe Bangi juga termasuk dalam senarai tempat makan yang sering dikunjungi oleh ramai orang. Hal ini kerana, MZ Cafe Bangi mempunyai pelbagai jenis hidangan seperti Masakan Panas, Masakan Western, Masakan Ala Thai, Ikan Bakar, Mee Celup. Untuk makanan sampingan pula, MZ Cafe Bangi ada menyediakan Colek, Kerang Rebus/Bakar, Keropok Lekor dan lain lain lagi!

 

Bukan hanya mempunyai pelbagai jenis masakan sahaja, malah MZ Cafe Bangi mempunyai ruangan tempat makan yang sangat luas dan selesa. Sesuai untuk keluarga besar menjamu selera.

Pada sebelah malam, MZ Cafe Bangi ada menyediakan tempat mainan kanak2 yang diberi nama Bouncy Castle. Bouncy Castle merupakan tempat mainan kanak2 yang digemari pada masa ini. Dengan adanya Bouncy Castle ni, ibu bapa dapat menjamu selera dengan tenang dan santai sambil memerhati anak mereka.

Yang lagi bestnya, di MZ Cafe Bangi anda tidak perlu risau lagi tentang masalah parking kereta. Kerana disini, kami mempunyai ruangan lot parking yang luas. Ianya boleh memuatkan kapasiti tetamu yang ramai, tiada masalah. Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *