HARI RAYA HAJI 11 OGOS 2019!

HARI RAYA HAJI 11 OGOS 2019!

Umat islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji pada tarikh 11 Ogos 2019 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1440 Hijrah. Demikian merujuk kepada tarikh – tarikh penting dalam Islam tahun 2019M – 1440H bagi negara ini.

Keputusan untuk menetapkan tarikh Hari Raya Haji adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik).

Hari Raya Aidiladha ialah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s.dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Hari Raya Aidiladha ialah ibadat korban. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Pada Hari Raya Aidiladha, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

#hariraya #harirayaaidiladha #raya #aidiladha #harirayakorban #harirayahaji #islam #umatislam #muslim #muslimah #mzcatering #catering #pakejaqiqah #aqiqahmurah #aqiqah #perayaanislam #perayaan #kambing #lembu #korban #kambingbiribiri #solatsunat #solat #sunat #solatraya #sunnah #sunat #sunatmuakkat #kisahnabi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *