Buat siapa yang masih belum tahu, kami di MZ Catering mempunyai dewan baharu yang berada di Cheras Kuala Lumpur. Dewan ini diberi nama MZ Rooftop Garden kerana dewan ini terletak diatas bangunan tempat letak kereta DBKL taman segar dan didekorasikan dengan tema ala garden & fairytale.
Disebabkan dewan ini merupakan baharu, kami bercadang untuk mengadakan hari pembukaan khas untuk dewan ini. Ianya bertujuan untuk memperkenalkan dewan ini kepada khalayak ramai bahawa betapa cantik & meriahnya dewan ini dari segi dekorasi dan sebagainya. Haaa, tapi bila tarikhnya?
Tarikhnya adalah pada 16 November 2019, bermula daripada jam 8.00PM sehingga jam 11.00PM
Apa yang lagi menariknya adalah, pelbagai aktiviti yang menarik terdapat semasa hari pembukaan ini. Seperti :
- Diskaun sehingga RM5000 ringgit untuk sewaan dewan
- Barangan elektrik percuma jika LOCK DATE
- Makanan percuma(lebih daripada 200jenis juadah)
- Cabutan bertuah
- Fashion show
- Persembahan nyanyian
- Persembahan tarian kebudayaan
- Dan banyak lagi!
Jangan lepaskan peluang keemasan ini tau! Sebab kami hanya buat sekali sahaja majlis khas seperti hari pembukaan ini. Lepasni dah tak buat dah anda yang rugi. Hehe
Buat siapa yang masih tertanya tanya, apa kemudahan yang ada didalam dewan ini. Meh saya nyatakan sikit, orang kata bagi hint dulu. Nak tengok actual, kena datang. Hehe, antara kemudahan yang terdapat disini seperti :
- Kemudahan parking 4 tingkat
- Bilik VVIP
- Bilik seminar
- Bilik persalinan
- Surau
- Tandas
- Ruangan luar dewan. Polaris A,B,C
Ruangan luar dewan tu, kami hiaskan dengan sangat cantik dengan dekorasi khemah yang berlampu cantik. Kalau nak buat majlis annual dinner disini, memang terbaik. Sebab kena dengan khemah yang cantik ni.
Apa yang lagi seronoknya, kami sediakan platform untuk orang mengambil gambar. So memang boleh ambil gambar banyak-banyak atas bangunan ini. Cool kan? Mana nak dapat dekat tempat lain
Meh saya bagi teaser dekat korang sikit macam mana dekorasi ruangan luar ni, tapi nak tengok yang full kenalah datang. Hehehe
Yang lagi BEST, tiada caj kehadiran dikenakan & tidak perlu sahkan kehadiran untuk datang ke hari pembukaan ini. Boleh datang terus, tiada masalah.
Kalau ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan hari pembukaan ini, boleh terus WhatsApp kami di 014-3180070(Syazwan) atau boleh layari social media kami Facebook
Venue(Waze) : MZ Rooftop Garden
Masa : 5.30PM – 11.00PM
Majlis Perasmian : 8.00PM
Alamat : Level 5, Parkir Bertingkat, Kuala Lumpur, Jalan Manis 6, Taman Segar, 56100 Cheras 9 Miles
#mzrooftopgarden #mzrooftop #rooftopgarden #mzcatering #mzgardenhall #grandopening #grandopeningmzrooftopgarden #opening #pembukaandewan #dewanbaru #dewancantik #dewanluas #dewanmenarik #cheras #kualalumpur #bangi #putrajaya #kajang