DEWAN CANTIK DI CHERAS!

DEWAN CANTIK DI CHERAS!

MZ CATERING MEMBUKA DEWAN BARU DI CHERAS!

Hi semua, apa khabar? Semua sihat kee tuu? Saya harap semua dalam keadaan yang baik – baik belaka lah ye, kalau tak sihat tu jangan lupa makan ubat tau! Hehehe. Hmmm asal ek harini tetiba rasa macam nak menyanyi lagu kahwin je? Ohh… Yelah, kita nak update pasal majlis perkahwinan kan. Hahahaha, tapi berkaitan dengan apa tu? Haaa, jengjengjeng ni nak update sikit pasal MZ Catering ni! Anda dah sedia?! Okay jom kita start.

Untuk pengetahuan semua,  bulan 11 nanti MZ Catering akan membuka dewan baru yang berada di Cheras(Kuala Lumpur) tau! Dewan ini bertemakan ala – ala garden juga sama seperti MZ Garden Hall Bangi. Tapi apa yang menariknya berkaitan dengan dewan baru di Cheras ni? Kenapa perlu pergi sampai ke Kuala Lumpur untuk dapatkan dewan ni? Yang tu kena teruskan membaca hokeyy, manalah tahu ada plan nak buat majlis disini kann. Siapa tahu apa yang akan berlaku in future? Hehehe

Okay sambung balik, dewan ini mempunyai 2 kawasan yang berbeza iaitu kawasan dalam dewan dan kawasan luar dewan (Rooftop). Kawasan dalam dewan ini adalah kawasan yang berhawa dingin (Aircond). Manakala kawasan luar dewan adalah open air. Haa tapi yang bestnya dewan ni, untuk bahagian dalam dewan anda boleh pilih sama ada memerlukan berhawa dingin ataupun tidak. Yang mana rasa nak original air tu bolehh lah pilih untuk tidak berhawa dingin.

Di dalam bahagian dewan ini mampu untuk menampung kapasiti tetamu seramai 600 orang dalam 1 masa. Jadi tiada masalah untuk buat majlis yang mempunyai bilangan tetamu yang ramai. Kemudahan seperti surau, tandas, dan bilik persalinan turut disediakan di sekitar dewan bagi kemudahan semua orang.

Untuk kawasan luar dewan pula, kami akan meletakkan khemah lutsinar yang sangat cantik! Jadi kalau ada majlis sebelah malam tu mesti sangat menarik kerana disinari dengan cahaya bintang daripada langit, gittuuww. Memang grand habis punyalah!

Tapi, tahu tak apa yang paling menarik berkaitan dengan dewan ni? Haaa, dewan ini disertakan sekali dengan 3 tingkat ruangan parking yang luas. Jadi tiada masalah berkaitan parking dan takperlu risau lagi untuk alihkan kereta kot – kot terhalang kenderaan lain ke apa. Best kan? Haa

Nak tahu lebih lanjut berkaitan dengan dewan ni? Atau berminat dengan dewan di Cheras ni? Boleh terus hubungi kami di 014-3180070(Syazwan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *