BUFFET RAMADHAN MZ CATERING

BUFFET RAMADHAN MZ CATERING

BUFFET RAMADHAN

Kami di MZ Catering menyambut kedatangan Ramadhan 2025 dengan kepelbagaian adat tradisi hidangan Malaysia bersama beberapa hidangan kegemaran Antarabangsa di MZ Fountain Hall.

MZ Fountain Hall yang terletak di Sg Ramal Luar, Kajang merupakan tempat yang sangat strategik kerana lokasinya berhampiran dengan Putrajaya, Bangi dan juga Sepang.  Selain lokasi yang strategik, MZ Fountain Hall juga menyediakan kawasan parking yang luas dan mampu menampung kapasiti tetamu yang ramai. Selain itu, MZ Fountain Hall juga kawasan surau yang tersendiri untuk menunaikan solat fardu Maghrib.

MZ Fountain Hall ini tertutup sepenuhnya dan dilengkapi dengan penghawa dingin, memastikan keselesaan maksimum kepada para tetamu sepanjang menikmati juadah berbuka. Dengan suasana yang selesa dan kemudahan yang lengkap, anda boleh menikmati hidangan istimewa kami dengan penuh ketenangan dan keseronokan bersama keluarga, rakan-rakan, serta rakan sekerja.

Kami menawarkan harga buffet seperti berikut:

🔸 Harga Tempahan Berkumpulan (Minima 200 pax)
💰 Bermula dari RM60 seorang

Jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa dalam suasana yang nyaman dan selesa bersama keluarga, rakan-rakan, serta rakan sekerja. Tempahan awal amat digalakkan!

📞 Untuk pertanyaan & tempahan: 010-240 6070

PAKEJ KAMBING GOLEK SEDAP DI MZ CATERING!

PAKEJ KAMBING GOLEK SEDAP DI MZ CATERING!

Anda sedang mencari pakej Kambing Golek yang sedap berdekatan dengan kawasan Putrajaya, Kajang dan Bangi?

Cakap sahaja berkaitan dengan kambing siapa je yang tak suka kan? Lagi2 kalau buat kambing golek, perghh lagi meleleh lah air luir orang kata. Dapat pulaaa isi daging yang lembut, masuk dalam mulut terus cair sampai ke tekak. Tak ke seronok kalau macamtu? Hahahahaha, mesti lapar kan bila berbayangkan kan?

Tapi…. Macam mana nak dapat kambing golek yang macam saya cakap tu eh? Kalau ada pun, harga dia berapa pula? Mahal ke? Boleh ke buat penghantaran sampai ke rumah? Siapa pula nak membakar kambing golek tu? Hmm banyaknya benda kena fikir….

Haa, sekarang takpayah susah2 dah nak cari kambing yang sedap di area Bangi & Putrajaya ni. Ingat MZ Catering, ingat kambing sedap, lembut, empuk. Hehe, tapi bukan setakat area tersebut je tau kami cover. Malah kami juga cover kawasan seperti Kuala Lumpur dan juga Nilai. Tapi perlu diberitahu, kawasan Bangi & Putrajaya sahaja yang kami buat pengharan secara percuma. Selain daripada itu, penghantaran dikenakan cas. Huhu

Apabila anda mengambil pakej kambing golek dengan kami, anda akan mendapat sekali Coleslaw, Kentang Putar, Kuah BlackPepper dan menu utamanya iaitu kambing yang digolek golek. Hahahahaha. Tapi apa yang lagi menariknya adalah, kesemua menu tersebut adalah menggunakan resipi yang tersendiri & bahan yang berkualiti.

Lupa pula nak bagitahu apabila anda mengambil pakej kambing golek dengan kami, anda boleh pilih samaada nak bakar secara live kambing golek tersebut ataupun nak masukkan dalam bekas(suruh kami bakar siap2). Boleh tiada masalah, pilihan di tangan anda. Kami hanya ikut sahaja, mudah kan? Hehe

Bukan setakat kambing golek sahaja tau kami boleh buat, pelbagai lagi menu lain kami boleh buat menggunakan kambing seperti kari kambing, nasi arab kambing dan lain-lain. Berkaitan dengan kualiti anda tak perlu risau, kerana kami sangat menjaganya demi kepuasan para pelanggan kami yang disayangi. Hehehe

Nak tahu lebih lanjut berkaitan dengan kambing golek yang disediakan oleh kami? Boleh terus hubungi kami di 014-3180070(Syazwan) atau boleh layari Facebook & Instagram kami

DEWAN CANTIK DI BANGI!

DEWAN CANTIK DI BANGI!

Dewan cantik di bangi

Pada zaman ibu dan ayah kita dulu, dewan perkahwinan bukanlah perkara yang penting kerana mereka lebih suka untuk membuat kenduri kahwin di rumah mereka sahaja. Bukan kerana dapat menjimatkan kos semata mata, tetapi apabila buat di rumah ianya secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara keluarga dan sedara mara kerana dapat berkumpul bersama membuat rewang.

Tetapi, hidup kita sering berubah mengikut pengedaran masa. Sekarang, orang ramai lebih cenderung untuk membuat kenduri di dewan kerana lebih mudah. Disebabkan itu, perkhidmatan caterer dapat tumbuh seperti cendawan kerana mempunyai permintaan yang banyak dikalangan masyarat

Tetapi tahukan anda? Di Bangi terdapat caterer yang menawarkan dewan perkahwinan yang cantik untuk anda?

Ianya adalah dewan marqueetent yang terletak di Sg Merab, Bangi yang diberi nama MZ Garden Hall
Untuk pengetahuan anda, MZ Garden Hall merupakan dewan marqueetent kedua terbesar di Putrajaya selepas dewan PICC. Dewan ini didekorasikan dengan tema ala garden yang pasti sangat sesuai untuk majlis perkahwinan. Bukan itu sahaja, dewan ini mampu memuatkan seramai 700 orang dalam 1 masa. Jadi tiada masalah untuk membuat majlis yang besar besar.

Apa yang paling menarik adalah dewan ini mempunyai pentas yang luas(30’x40′). Seperti yang saya cakap, ianya sangat sesuai untuk membuat majlis perkahwinan yang mempunyai bilangan tetamu yang ramai.
Bukan itu sahaja, didalam dewan ini ada menyediakan tempat makan meja beradab yang tersendiri. Bukan meja beradab sahaja, malah di dewan ini juga mempunyai photobooth yang kedua duanya didekorasikan dengan tema ala garden yang sangat cantik.

Cantik kan? Haaa ada lagi yang menarik tau, dewan MZ Garden Hall ni juga mempunyai permainan bouncy castle! Iaitu permainan kanak kanak yang sangat menarik. Jadi tuan rumah atau makayah takperlu risau lagi tentang anak kecil yang akan mengganggu majlis kerana mereka akan duduk diam dan bermain pada 1 tempat sahaja.

MZ Garden Hall bukan sahaja dewan cantik di bangi malah ianya juga mempunyai pelbagai jenis kemudahan yang disediakan seperti tempat parking yang luas, surau, tandas, tempat basuh tangan dan lain lain.

Tapi dewan ni bukan sahaja boleh buat majlis perkahwinan je tau, dewan ini juga boleh membuat pelbagai jenis majlis antaranya adalah majlis annual dinner, majlis persaraan, majlis reunion, hi tea dan pelbagai lagi jenis majlis.

 

Anda berminat? Boleh terus WhatsApp kami di http://www.wassap.my/60143180070 untuk bertanya dengan lebih lanjut. Tak kenal maka tak cinta bukan? Hehe

Bila Ada Orang Tanya “Bila Nak Kahwin?, Kau Jangan Gelabah. Kau Jawab Ni

Bila Ada Orang Tanya “Bila Nak Kahwin?, Kau Jangan Gelabah. Kau Jawab Ni

Stress orang yang belum berkahwin bila di tanya, “bila nak kahwin?” Walhal kadang – kadangnya ada yang sudah lama berusaha tapi masih belum ada rezeki.

Jika kau masih bujang, mesti saudara mara ataupun makcik korang ada yang tanya soalan macam ni dekat korang kan;

“BILA NAK KAWIN?”

Kau jangan gelabah. Kau jawab je dengan tenang,

“InshaAllah, doakan saya dapat jodoh yang baik.” Sambil mengukir senyuman.

Jodohkan rahsia Allah, biarlah kau serahkan pada Allah. Takperlu nak ambil hati pun kalau ada orang tanya kau soalan macamtu.

.
.

Jodoh takkan lari bila dikerja, takkan datang jika tak ikhtiar. Kalau orang yang kau suka nak pergi tu lepaskan dia dengan rela. Mungkin si dia hadir sekadar persinggahan. Sama ada kau belajar sesuatu daripada dia ataupun dia belajar sesuatu daripada kau.

.
1. Kau serahkan hal ehwal jodoh kepada Allah. Tapi kau kenalah berusaha juga. Usaha dari perilakuan, perbuatan dan perkataan.

2. Apapun, berdoakan dan beristikharahlah. Mohon petunjuk Allah. Sesungguhnya hanya Allah tahu siapa jodoh yang terbaik untuk kita.

3. Jika ada yang berkenan, semoga proses ta’aruf itu dipermudahkan Allah, InshaAllah dia lah jodoh yang terbaik. Jika sebaliknya, bersabarlah. Mungkin belum masanya untuk Allah temukan kau orang dengan jodoh yang terbaik untuk kau.

4. Jika sudah mendapat petunjuk, teruskan langkah. Jika dia jodoh yang Allah tetapkan untuk kita, pasti Allah akan mempermudahkan segalanya.

5. Apabila Allah menginginkan dua hati bertemu, dia akan menggerakkan keduanya. Tidak hanya salah satu hati.

6. Tapi jangan cuba nak try jodoh orang lain pula ye. Dah kau orang tahu dia dah berpunya, takpayah nak cuba juga. Tak elok kau bahagia, orang lain pula derita. Binalah rumah tangga tanpa buat orang lain sengsara.

7. Jodoh ni kalau benar-benar kau sudah sedia ia akan berlaku sekejap sahaja. Contohnya berkenalan bulan satu, bertunang bulan lima dan berkahwin bulan tujuh. Ataupun lebih pantas daripada itu. Kenal kejap terus akad nikah.

8. Pada kaum lelaki, persiapan diri dengan ilmu pengetahuan, agama, pengurusan kewangan dan motivasi diri. Kawal marah dan tingkatkan kesabaran. Jadilah setia, penyayang, jujur serta ikhlas. Jika kau sudah sedia, tentunya Allah akan tunjukkan jodoh kita.

9. Pada kaum wanita, takperlulah bersedih jika jodoh belum sampai walaupun sudah berusia. Ada hikmah disebaliknya. Perancangan Allah Maha Hebat. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Senyumlah dan sabar menunggu jodoh. Berusaha dan berilah ruang dan peluang pada mereka mahu mengenali diri kau. Mana tahu jodoh kau orang sebenarnya ada depan mata. Rupa bukanlah segala-galanya. Ingat tu.

10. Kau harus bersyukur kenapa Allah belum jumpakan aku dengan jodoh kau. Mungkin Allah mahu kau jaga makayah dan keluarga kau dulu. Beri sepenuhnya perhatian kepada mereka.

.

Jodoh takkan datang jika kau tak usaha. Kalau kau tak berani nak ucap isi hati kau, memang kau taktahu dia pun ada rasa yang sama dekat kau ataupun tak. Usaha dulu dan tawakal pada Allah.

Semoga tahun depan kau akan jadi suami ataupun isteri orang. InshaAllah. Aaminn