BUFFET RAMADHAN MZ CATERING

BUFFET RAMADHAN MZ CATERING

BUFFET RAMADHAN

Kami di MZ Catering menyambut kedatangan Ramadhan 2019 dengan kepelbagaian adat tradisi hidangan Malaysia bersama beberapa hidangan kegemaran Antarabangsa di MZ Cafe Bangi. Semarakkanlah semangat bulan Ramadhan bersama keluarga, sahabat handai dan kawan sekerja di MZ Cafe Bangi pada bulan Ramadhan ini! Daripada hidangan pembuka selera, hidangan utama, sehinggalah ke manisan, semestinya mempunyai suatu kelainan untuk anda menjamu selera.

MZ Cafe Bangi yang terletak di Sg Merab, Bangi merupakan tempat yang sangat strategik kerana lokasinya berhampiran dengan Putrajaya, Bangi dan juga Sepang.  menjadi pilihan MZ Catering untuk membuat buffet Ramadhan pada tahun ini. Selain lokasi yang strategik, MZ Cafe Bangi juga menyediakan kawasan parking yang luas dan mampu menampung kapasiti tetamu yang ramai serta tidak mengenakan sebarang caj untuk parking. Selain itu, MZ Cafe Bangi juga kawasan surau yang tersendiri dan berhampiran dengan masjid untuk menunaikan solat fardu Maghrib.

Bersempena dengan Ramadhan 2019 ini, kami menghidangkan lebih daripada 40 menu untuk santapan anda. Untuk masakkan panas pula seperti Kambing Golek, Satay Bakar, Char Kuey Teow, dan Keropok Lekor ianya akan dimasak secara live. Di bahagian pencuci mulut pula, kami menyediakan pelbagai jenis manisan seperti Aiskrim, Kek, Bubur Kacang dan lain – lain. Manakala untuk bahagian lauk pauk, kami mempunyai pelbagai jenis masakan Ayam, masakan Daging dan juga masakan Ikan.

Kami mempunyai 2 harga yang berbeza iaitu harga untuk Early Bird(buat siapa yang menempah seminggu awal) dan juga harga biasa(buat siapa yang walk in pada hari kejadian). Harga Early Bird untuk dewasa ialah RM39.90, Manakala kanak-kanak & warga emas RM24.90. Bagi harga biasa pula ialah RM44.90 untuk dewasa manakala kanak-kanak & warga emas RM29.90!

Untuk tempahan berbuka puasa/sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di talian 014-3180070 (Syazwan)

Bagi siapa yang ingin merasai sendiri suasana Buffet Ramadhan atau ingin merasa masakan daripada pihak MZ Catering, kami akan mengadakan pre Buffet pada 30 April 2019. Pada hari tersebut, tiada caj dikenakan untuk masuk.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *