BUFFET RAMADHAN DI MZ GARDEN HALL BANGI!

BUFFET RAMADHAN DI MZ GARDEN HALL BANGI!

Untuk tahun 2020 kali ini, buffet Ramadhan MZ Catering akan diadakan di dewan kami sendiri iaitu MZ Garden Hall Bangi!

Alhamdulillah, pada buffet Ramadhan tahun lepas sambutan daripada pelanggan amat menggalakkan. Jadi tahun ini kami akan membuat buffet Ramadhan sekali lagi! Tetapi, kali ini buffet Ramadhan akan berlangsung di dewan kami sendiri iaitu dewan MZ Garden Hall yang terletak di Bandar Baru Bangi iaitu bersebelahan dengan MZ Cafe Bangi.

Untuk buffet Ramadhan tahun ini, terdapat lebih daripada 70 jenis juadah yang menarik menanti anda! Ianya terdiri daripada hidangan pembuka selera seperti, hidangan utama(Nasi, Makanan berasaskan Daging, Ayam, Seafood, Sayur dan lain – lain), minuman, sehinggalah pemanis mulut(Kuih Muih, Cheese Tart, Cream Puff, Dadih, Talam, Kek, Pudding dan lain – lain)!

Bukan itu sahaja, terdapat lebih daripada 10 stall masakan panas menanti anda semasa buffet Ramadhan pada tahun ini! Ianya adalah stall Kambing Bakar, Candy Buffet, Char Kuey Teow, Roti John, Lemang & Rendang, Dimsum, Makanan berasaskan Mee(Laksa/Bihun Sup/Mee Sup), Somtam, Kerabu Maggi dan banyak lagi!

Berkaitan dengan harga buffet Ramadhan pada tahun 2020 ini, terdapat beberapa perubahan harga. Iaitu RM42.00 ringgit untuk Early Birds dewasa dan RM25.00 ringgit untuk Early Birds kanak-kanak dan warga emas. Bagi Normal price pula, ianya bermula daripada RM49.00 ringgit untuk dewasa dan RM30.00 ringgit untuk kanak-kanak dan warga emas. Untuk setiap tempahan 10 orang, kami akan memberikan percuma untuk seorang.

Untuk mendapatkan harga Early Birds anda perlu membuat tempahan awal bermula daripada sekarang sehingga 1 Mei 2020. Selepas daripada tarikh itu semuanya di kira normal price ya. Apa yang lagi menariknya, sebahagian daripada total bayaran yang di buat oleh anda semua akan di salurkan kepada badan kebajikan yang memerlukan. Sambil makan, sambil menderma.

Haa, lupa pula nak bagitahu yang buffet Ramadhan kami akan bermula pada puasa ke sembilan iaitu pada 2 Mei 2020(Sabtu) sehingga minggu terakhir bulan Ramadhan iaitu  pada 20 April 2020.

Sebarang pertanyaan lanjut, berkaitan Buffet Ramadhan MZ Catering, boleh terus hubungi kami di 014-3180070 (Syazwan) atau boleh layari laman sesawang kami di Facebook & Instagram

#buffetramadhan #buffet #buffetramadhan2020 #mzcatering #mzgardenhall #kajang #bangi #putrajaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *