2 CAWANGAN DEWAN BAHARU DI SEKITAR BANGI & KAJANG

2 CAWANGAN DEWAN BAHARU DI SEKITAR BANGI & KAJANG

BERITA BAIK BUAT SEMUA PARA PELANGGAN MZ CATERING YANG DISAYANGI!

Memandangkan sambutan untuk dewan MZ Garden Hall yang terletak di Bandar Baru Bangi sangat menggalakkan, kami berhasrat untuk membuka 2 buah dewan baharu di setikar Bangi & Kajang. Segala gerak kerja sedang dijalankan dan ianya dijangka siap sepenuhnya pada selepas Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini!

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua dewan ini didekorasikan dengan tema yang berbeza tau. Satu dewan bertemakan Ala Garden sama seperti MZ Garden Hall iaitu open air dengan air cooler lagi satu dewan kami ingin membuat dewan yang bertemakan Eksklusif dengan hiasan lampu dan kristal. Haa, menarik kan? Dewan yang bertemakan Eksklusif ini ianya merupakan dewan yang beraircond

Tapi, nama dewan kami belum putuskan untuk meletakkan nama apa. Kalau anda ada sebarang cadang untuk nama dewan, boleh PM kami terus di Facebook MZ Catering. Mana tahu, idea anda kami gunakan. Mesti menarik kan? Haa

Oh ya, pasal kemudahan yang disediakan di dewan ini saya tak cerita lagi kan? Okay kedua-dua dewan ini mempunyai ruangan parking yang sangat luas, so memang tiada masalah lah kalau berkaitan dengan parking kereta. Selain daripada itu, kedua-dua dewan ini mempunyai kemudahan seperti tandas, surau, dan bilik VVIP.

Apa yang paling menariknya, kedua-dua dewan ini sangat mudah untuk dikunjungi oleh orang ramai kerana lokasi kedua-dua dewan ini sangat strategik kerana berhampiran dengan laluan utama. So senang cakap, memang tidak akan sesatlah kalau nak datang ke dewan ini

Apa lagi yang saya tak cerita? Rasanya semua benda saya dah cerita, tapi kalau ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan dewan baharu ini. Anda boleh terus hubungi kami di 014-3180070(Syazwan) atau anda boleh pergi ke laman sesawang kami Facebook & Instagram

Jangan lupa follow laman sesawang kami ya! Kerana disana nanti kami akan sentiasa update berkaitan dengan dewan baharu kami, seperti gambar, video dan sebagainya. Stay tune everyone!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *