BAZAAR ONLINE ONE STOP CENTER

BAZAAR ONLINE ONE STOP CENTER

Ralat. Sunyi. Ramadan 2020 tidak seperti tahun-tahun sebelum ini yang mana bila petang menjelang, terasa kehangatan, keterujaan umat Islam mengunjungi bazaar Ramadan mencari juadah berbuka puasa. Sesudah petang beransur ke malam, berpusu-pusu umat Islam memenuhi ruangan masjid demi mencari keredhaan-Nya. Namun, tetap bersyukur masih diberi kesempatan berjumpa lagi dengan bulan yang mulia tahun ini. Pasti terselit hikmah di setiap yang terjadi.

Day 4 of Ramadan but I’m still missing bazaar Ramadan so much.

Assalamualaikum guys. Seperti satu tamparan hebat masa pertama kali baca pengumuman bazaar Ramadan seluruh Malaysia dibatalkan. Maklumlah biasanya bulan puasalah kita dapat cuba pelbagai juadah yang marvelous dan yang tak ada pada waktu hari biasa.  Mesti uguys dah ligat fikir mana nak cari semua makanan-makanan tu kan?

Alhamdulillah there’s always a good news wrapped up in bad news. Seiring dengan saranan pihak kerajaan yang membenarkan bazaar Ramadan dilaksanakan secara online, pihak MZ Café Bangi juga tidak melepaskan peluang melancarkan MZ E-Bazaar yang berkonsepkan “One Stop Center” bermula 28/04/2020 sehingga 17/05/2020.  Tapi apa yang dimaksudkan dengan One Stop Center tu? Maksudnya kalau uguys nak order makanan berat, makanan ringan, kuih-muih, dessert, minuman, semuanya boleh order melalui MZ E-Bazaar sahaja. Mudah dan tersangat mudah.

Antara juadah istimewa yang kami bawakan pada uguys termasuklah Kari Kambing, Tempoyak Ikan Patin, Gulai Itik, Kambing Bakar, Meatball Bolognese, Roti John, Tepung Pelita, Pulut Mangga dan bermacam lagi. Untuk makluman, kepakaran kami adalah sepenuhnya dalam penyediaan makanan. Jadi kalau tempah makanan dengan MZ E-Bazaar, uguys takkan hadapi masalah makanan tak sedap ataupun makanan tidak menepati cita rasa.


         

Memandangkan kami akan masak mengikut permintaan pelanggan, sekaligus ingin mengekalkan dan memberi servis yang terbaik, tempahan makanan hendaklah dibuat sehari awal (pre-order) atau selewat-lewatnya jam 10.00 a.m pada hari penghantaran tersebut. Tempahan makanan boleh dibuat melalui aplikasi whatsapp di talian 014-3180070 (Ilhan Fadhil). Uguys juga digalakkan untuk download aplikasi MZCafeCatering untuk tempahan yang lebih mudah.

Berbuka dengan sajian yang enak pastinya memberikan kepuasan berganda kepada ahli keluarga. Jangan lepaskan peluang merasai keenakan menu sajian MZ Café Bangi. Kami jual makanan yang sedap-sedap je guys dengan harga berpatutan. Kurlass gitu.

#mzcafebangi #mzdelivery #mzebazaar #ramadhan #ramadhan2020 #stayhome #staysafe #wedeliveryourfood #shutyournoisybelly #bangi #kajang #selangor #kualalumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *