Seperti yang kita sedia maklum bahawa tahun 2020 ini kita bakal menyambut bulan puasa bermula daripada 24 Mac sehingga 24 April 2020. Kesemua umat islam diwajibkan untuk berpuasa yang termaktub dalam al-Quran yang bermaksud
Bulan Ramadan, yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barang siapa antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu… dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
— surah Al-Baqarah, ayat 185
Apabila tibanya bulan Ramadhan kita akan dapat menikmati pelbagai jenis juadah makanan untuk berbuka puasa. Daripada pembuka selera, hidangan utama sehinggalah kepada pemanis mulut. Semuanya boleh dapat di Baazar Ramadhan. Apa yang paling menariknya, baazar Ramadhan merupakan tempat untuk menyelamatkan ramai para isteri dan ibu yang berdepan kesuntukan waktu menyediakan hidangan untuk keluarga mereka.
Disini saya nyatakan 9jenis makanan yang paling popular sewaktu bulan puasa
1. Murtabak
Murtabak, siapa tak kenal. Pengaruh daripada Timur Tengah yang telah sebati dengan citarasa orang Malaysia. Murtabak yang biasanya disediakan dengan daging atau ayam cincang, dimasak dengan telur, bawang putih, dan bawang. Dilipat dan digoreng di atas kuali rata sehingga perang keemasan, sehingga dapat menaikkan selera apabila hidung menghidu harumannya.
2.Roti John
Roti John adalah makanan yang sangat mudah untuk disediakan di rumah. Tetapi, apabila tiba musim bulan Ramadhan, keinginan untuk makan makanan ini sangatlah terasa. Membayangkan kari daging bersalut telur, ditambah dengan sos cili dan mayonis peh.. Tidak boleh menafikan kenikmatannya
3.Ayam percik
Siapa yang tidak pernah makan ayam percik merupakan seseorang yang sangat rugi! Kerana ayam percik merupakan salah satu makanan yang sangat istimewa yang perlu ada semasa bulan Ramadhan untuk santapan berbuka puasa. Proses penyediaan yang sukar dan leceh membuatkan makanan ini sangat valuable dan tidak ramai orang yang menjualnya. Kalau ada, tangkaplah terus! Hehe
4.Pelbagai jenis minuman
Air di bazaar Ramadhan merupakan pekara yang wajib ada pada bulan ramadhan. Kerana air merupakan target utama orang yang datang ke bazaar Ramadhan. Lebih banyak air yang disajikan, lebih ramai akan tertarik untuk pergi ke gerai tersebut.
5.Aneka kuih dan muih
Apabila bulan Ramadhan tiba, anda akan melihat pelbagai aneka kuih muih yang dijual di Bazaar Ramadhan. Daripada kuih yang anda tidak pernah nampak pun anda akan nampak apabila tibanya bulan Ramadhan. Kuih yang sangat istimewa pada bulan Ramadhan adalah seperti kuih pulut panggang, kuih cara, akok, badak berendam, puteri mandi, tepung talam, talam ubi, nona, onde-onde, bingka, tepung pelita dan banyak lagi!
6.Nasi tomato & ayam masak merah
Nasi merupakan makanan yang paling dekat dengan rakyat Malaysia, kalau tak makan nasi dalam sehari boleh di katakan tidak sempurnalah hari. Dengan kesempatan itu, ramai perniaga yang mengambil kesempatan untuk menjual nasi di gerai mereka. Seperti nasi briyani, nasi minyak, nasi hujan panas, nasi kerabu nasi dagang, dan yang paling ramai orang minat iaitu nasi tomato beserta dengan ayam masak merah. Nyumm
7.Laksa
Bila sebut sahaja pasal laksa, pasti terbayang bayangkan pelbagai jenis laksa yang ada kan? Laksa penang, laksa johor, laksa kedah, laksa serawak dan pelbagai lagi laksa yang lain. Kalau si Isteri craving makan laksa pada bulan Ramadhan, selamatlah si suami. Kerana pergilah dimana mana bazaar Ramadhan yang berhampiran, mesti akan jumpa makanan ini. Antara sedap atau tidak je yang membezakan, hehe
8.Sate
Sate adalah juadah yang paling senang untuk di cara pada bulan Ramadhan, pergi sahaja di mana – mana baazar Ramadhan pasti anda akan menjumpainya. Daripada sate daging, sate ayam sehinggalah kepada sate kambing, dihidangkan bersama dengan kuah kacang. Pehh, lagilah sedap!
9.Kebab
Bagi mereka yang rambang mata, tak tahu juadah yang mana nak dibeli di bazar Ramadhan, kebab biasanya menjadi pilihan yang mudah. Disebabkan ia dipanggang selapis demi selapis, dagingnya empuk dan tidak terlebih masak. Ia biasanya diapit dalam roti pita yang suam dan lembut di samping sayuran dan sos cili serta mayonis. Bahan dressing yang lain boleh menaikkan selera pelanggan anda.