TEMPAT MAKAN SEDAP DI BANGI

TEMPAT MAKAN SEDAP DI BANGI

MZ CAFE BANGI PILIHAN TEMPAT MAKAN SEDAP DI KAWASAN BANGI

Negeri Selangor mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati baik untuk acara makan angin atau untuk acara jalan jalan cari makan bersama keluarga. Alang-alang kalau anda sudah tersesat di Bangi, apa kata singgah di MZ Cafe Bangi dan mencuba lebih daripada 400 jenis pilihan menu yang disediakan.

Bayangkan 400 menu tu, anda boleh pilih je menu apa yang berada dalam kepala. Dari menu Western, Seafood, Masakan Melayu, Masakan Pantai Timur dan lain- lain. Haa kalau nak rasa suasana ala-ala Thailand pun boleh tau, kerana kami ada menyediakan colek-colek yang anda boleh nikmati bersama yang tersayang. Memang feeling habis lah. Okay cerita berkaitan menu dah settle. Next!

Servis order. Isu berkaitan dengan servis order ni sangat sinonim dengan kedai-kedai makan di luar sana. Yela mana taknya, sebagai pelanggan bila kita datang satu kedai mesti mengharapkan setiap order yang dipesan sampai pada waktu yang sepatutnya. Di MZ Cafe Bangi, kami amat mementingkan perkara sedemikian. Antara kemudahan yang telah kami gunakan bagi pelanggan tidak menunggu lama  iaitu servis ‘ Button Call‘ dan Borang Order. Servis ini dapat membantu pelanggan untuk memilih dan mempercepatkan proses order. Bukan itu sahaja, sistem ini juga dapat mengelak pelanggan daripada tertindih order atau sebaliknya.

Environment kedai besar & selesa. Makanan dah banyak tapi takkan kedai kotor pula kan? Meminta sangat kalau macam tu. Hahaha. Okay back to the topic, di MZ Cafe Bangi kami dapat memuatkan seramai 500 orang dalam satu masa tau. Haa korang rasa???! Dah sebesar dewan perkahwinan dah. Bukan itu sahaja tau, yang feeling-feeling rasa makan dekat Jepun pun boleh. Kami ada menyediakan bahagian makan bersila yang dinamakan Gazebo. Yang rasa nak suasana privacy dan sweet boleh lah try makan di sini. Hehehe

Ibubapa dah seronok makan, habis anak-anak yang ikut ni nasib diaorang macam mana? Haaaa… Isu ni pun sering bermain di fikiran ibubapa di luar sana. Betul tak? Jangan pening-pening kepala, kerana MZ Cafe Bangi ada menyediakan permainanBouncy Castle‘ dan ‘Mini Playground‘ bagi anak-anak yang ingin bermain. Yang lagi menariknya, kami juga ada menyediakan port ‘Family Area‘ untuk para ibubapa di luar sana yang mempunyai anak- anak kecil. So memang tiada masalah kalau ibubapa nak bawa anak-anak makan. “Happy tummy, happy kid

Pertama kali nak datang? Jangan risau lokasi kami amat mudah untuk dikunjungi. Sebab apa? Haa, sebab cafe kami  betul-betul berada di antara Putrajaya dan Bangi. Nak lagi senang waze sahaja MZ Cafe Bangi confirm jumpa punya lah. So mana yang berdekatan jangan malu jangan segan untuk datang makan di sini ya. Oh! Tak lupa juga yang duduk jauh, anda amat dialu-alukan untuk cuba makan di sini. Sekali cuba mesti nak datang lagi punya. Ajak kawan-kawan, family, pasangan , satu kampung pun takpe. Hehehe, nak cari tempat makan sedap di bangi? Ingat MZ Cafe Bangi

=================================
Waktu Operasi -;
7pg-5ptg (Masakan pantai timur & Makan Tengahari, Nasi Ayam, Sup)
5ptg-12.30mlm (Tomyam, Western, Ikan Bakar, Colek)
.
Untuk sebarang pertanyaan/tempahan makan boleh Whatsapp kami di nombor ini 014-3180070 (Sya)
.
Nak kami hantar depan rumah? Boleh tekan link ini untuk order.
.
P/S: Buat masa sekarang coverage delivery kami hanya 7.5 km sahaj daripada cafe kami. Next time kalau banyak permintaan, kami akan luaskan lagi jarak penghantaran ye 😁
.
Penghantaran pada sebelah malam sahaja(Makan Malam) bermula daripada jam 6.30PM – 11.00PM, tetapi order boleh di buat seawal jam 12.30 tengahhari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *