Bila Ada Orang Tanya “Bila Nak Kahwin?, Kau Jangan Gelabah. Kau Jawab Ni

Bila Ada Orang Tanya “Bila Nak Kahwin?, Kau Jangan Gelabah. Kau Jawab Ni

Stress orang yang belum berkahwin bila di tanya, “bila nak kahwin?” Walhal kadang – kadangnya ada yang sudah lama berusaha tapi masih belum ada rezeki.

Jika kau masih bujang, mesti saudara mara ataupun makcik korang ada yang tanya soalan macam ni dekat korang kan;

“BILA NAK KAWIN?”

Kau jangan gelabah. Kau jawab je dengan tenang,

“InshaAllah, doakan saya dapat jodoh yang baik.” Sambil mengukir senyuman.

Jodohkan rahsia Allah, biarlah kau serahkan pada Allah. Takperlu nak ambil hati pun kalau ada orang tanya kau soalan macamtu.

.
.

Jodoh takkan lari bila dikerja, takkan datang jika tak ikhtiar. Kalau orang yang kau suka nak pergi tu lepaskan dia dengan rela. Mungkin si dia hadir sekadar persinggahan. Sama ada kau belajar sesuatu daripada dia ataupun dia belajar sesuatu daripada kau.

.
1. Kau serahkan hal ehwal jodoh kepada Allah. Tapi kau kenalah berusaha juga. Usaha dari perilakuan, perbuatan dan perkataan.

2. Apapun, berdoakan dan beristikharahlah. Mohon petunjuk Allah. Sesungguhnya hanya Allah tahu siapa jodoh yang terbaik untuk kita.

3. Jika ada yang berkenan, semoga proses ta’aruf itu dipermudahkan Allah, InshaAllah dia lah jodoh yang terbaik. Jika sebaliknya, bersabarlah. Mungkin belum masanya untuk Allah temukan kau orang dengan jodoh yang terbaik untuk kau.

4. Jika sudah mendapat petunjuk, teruskan langkah. Jika dia jodoh yang Allah tetapkan untuk kita, pasti Allah akan mempermudahkan segalanya.

5. Apabila Allah menginginkan dua hati bertemu, dia akan menggerakkan keduanya. Tidak hanya salah satu hati.

6. Tapi jangan cuba nak try jodoh orang lain pula ye. Dah kau orang tahu dia dah berpunya, takpayah nak cuba juga. Tak elok kau bahagia, orang lain pula derita. Binalah rumah tangga tanpa buat orang lain sengsara.

7. Jodoh ni kalau benar-benar kau sudah sedia ia akan berlaku sekejap sahaja. Contohnya berkenalan bulan satu, bertunang bulan lima dan berkahwin bulan tujuh. Ataupun lebih pantas daripada itu. Kenal kejap terus akad nikah.

8. Pada kaum lelaki, persiapan diri dengan ilmu pengetahuan, agama, pengurusan kewangan dan motivasi diri. Kawal marah dan tingkatkan kesabaran. Jadilah setia, penyayang, jujur serta ikhlas. Jika kau sudah sedia, tentunya Allah akan tunjukkan jodoh kita.

9. Pada kaum wanita, takperlulah bersedih jika jodoh belum sampai walaupun sudah berusia. Ada hikmah disebaliknya. Perancangan Allah Maha Hebat. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Senyumlah dan sabar menunggu jodoh. Berusaha dan berilah ruang dan peluang pada mereka mahu mengenali diri kau. Mana tahu jodoh kau orang sebenarnya ada depan mata. Rupa bukanlah segala-galanya. Ingat tu.

10. Kau harus bersyukur kenapa Allah belum jumpakan aku dengan jodoh kau. Mungkin Allah mahu kau jaga makayah dan keluarga kau dulu. Beri sepenuhnya perhatian kepada mereka.

.

Jodoh takkan datang jika kau tak usaha. Kalau kau tak berani nak ucap isi hati kau, memang kau taktahu dia pun ada rasa yang sama dekat kau ataupun tak. Usaha dulu dan tawakal pada Allah.

Semoga tahun depan kau akan jadi suami ataupun isteri orang. InshaAllah. Aaminn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *