CATERING MURAH LEBIH BAIK?

CATERING MURAH LEBIH BAIK?

Adakah catering murah lebih baik daripada catering yang lain? Apakah kesan yang akan berlaku jika kita mengambil pakej catering yang terlampau murah berbanding dengan yang lain?

Zaman yang serba serbi canggih sekarang, banyak perkara yang boleh dibuat semuanya dihujung jari. Termasuklah dari segi penipuan online, skim cepat kaya dan sebagainya. Pada bulan OKTOBER 2018, malaysia dikejutkan dengan berita penipuan caterer yang melarikan duit pengantin sehari sebelum hari majlis berlangsung. Berita lanjut di sini


Kenapa semua benda ini boleh terjadi? Kerana kebanyakkan orang di Malaysia menginginkan benda yang murah seperti yang ditawarkan oleh caterer ***** yang memotong harga sehingga tidak masuk akal. Akhirnya memakan diri dan yang menjadi mangsa adalah orang yang sudah lock date dengan mereka.

Saya tahu kos sara hidup adalah tinggi sekarang, jadi anda menginginkan sesuatu yang murah. Tetapi anda perlu tahu, jika harga sesuatu itu murah begitu jugalah dengan kualitinya. Ibarat anda membeli tudung RM5 ringgit di pasar malam, anda tidak boleh menjangkakan kualitinya sama seperti tudung yang dijual di butik.

Apa yang saya boleh katakan apabila anda ingin membuat majlis perkahwinan, ukurlah baju dibadan sendiri. Jika anda kurang berkemampuan, buatlah sekadar apa yang ada. Jika ada duit yang lebih, carilah catering yang boleh dipercayai dan boleh menawarkan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Kerana majlis perkahwinan adalah sekali seumur hidup, InshaAllah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *