KEDAI MAKAN BANGI TERLAJAK MURAH & SEDAP!

KEDAI MAKAN BANGI TERLAJAK MURAH & SEDAP!

KHAS BUAT WARGA PENDUDUK BANGI, KAJANG, PUTRAJAYA DAN KAWASAN SEKITARNYA! KEDAI MAKAN BANGI TERLAJAK SEDAP!

Anda sedang mencari kedai makan di Bangi yang menyediakan ruangan makan yang selesa dan harga mampu milik? Haa, takperlu pening2kan kepala anda. MZ Cafe Bangi adalah jawapan yang terbaik buat persoalan anda!

Kenapa saya kata MZ Cafe Bangi adalah pilihan yang terbaik? Haaa, kat sini saya akan nyatakan sebab-sebab kenapa MZ Cafe Bangi adalah pilihan yang terbaik untuk menjamu selera.

Sebelum itu, buat siapa yang masih belum tahu MZ Cafe Bangi terletak di Sungai Merab Bangi berdekatan dengan pintu 1 Putrajaya. Restaurant MZ Cafe Bangi ini betul2 disebelah jalan besar, jadi memang senanglah kepada siapa yang tidak familiar dengan kawasan di Sungai Merab ni.

Jom berbalik semula pada topic kenapa MZ Cafe Bangi merupakan tempat makan yang menarik di Bangi. Untuk pengetahuan anda, MZ Cafe Bangi mula beroperasi daripada jam 7.00 AM sehingga jam 12.00 PM. Senang cakap daripada pagi sampailah ke malam MZ Cafe Bangi beroperasi hanya untuk memenuhi permintaan pelanggan kami.

Berkaitan dengan menu pula, MZ Cafe Bangi menyediakan lebih daripada 400 lebih menu untuk dicuba. Daripada masakan Melayu, ala-Thai, Western sehinggalah pada Ikan Bakar. Oh ya! Kalau yang tengah nak jaga badan tu pun jangan risau, kami juga ada menyediakan hidangan makanan yang light- light gittuw iaitu Colak Colek. So takda alasan untuk tak datang ke MZ Cafe Bangi. Hehe

Bila cerita pasal kedai m犀利士
akan je mesti tak lari dengan portion kan?  Haa ni nak bagitahu ni. Di MZ Cafe Bangi ni anda semua jangan risau, bukan sahaja kedai makan yang selesa tapi portion dia juga mantap tauu! Yelahh mana  tak mantapnya sekali order boleh kenyang sampai esok. Nak cerita tentang portion dia tu memang banyaklah orang kata. Penuh satu pinggan! Jadi sesiapa yang suka makan makanan yang terlajak penuh memang sesuai datang ke MZ Cafe Bangi.

Disebabkan MZ Cafe Bangi merupakan kedai makan yang user friendly, kami juga menyediakan perhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan-pelanggan kami tau. Yang lagi bestnya, kami menghantar semua makanan yang tersenarai di dalam menu. Anda pilih sahaja menu apa yang anda inginkan, kami hantar terus depan rumah anda. Tapi perlu di ingatkan ya! Coverage untuk delivery kami hanya setikar 7.5KM sahaja daripada cafe kami.

Macam mana nak order ya? Haa caranya sangat mudah tau, anda boleh download Apps kami MZ CafeCatering di Apps Store dan Google Playstore. Apabila anda download, log in dan boleh terus order disana. Mudah bukan? Hehe

Jadi anda tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai datang ke MZ Cafe Bangi! #shutyournoisybelly #mzcafebangi

Waktu Operasi:
5PM-12.30PM (Tomyam, Western, Ikan Bakar, Colek )

Tempahan Makanan:
014-3160040(Din)

PAKEJ PERKAHWINAN DI MZ CATERING BANGI!

PAKEJ PERKAHWINAN DI MZ CATERING BANGI!

PAKEJ PERKAHWINAN MURAH DENGAN PERKHIDMATAN SETARAF DENGAN HOTEL 5 BINTANG!

Untuk pengetahuan anda semua, kami di MZ Catering telah beroperasi lebih daripada 10 tahun dalam bidang penyediaan/pengendalian makanan ini! Pelbagai majlis telah berjaya kami langsungkan, diantaranya seperti Majlis Perkahwinan, Majlis Pertunangan, Majlis Pernikahan, Open House, Annual Dinner,  Katering pejabat dan lain-lain.

Kebanyakkan pelanggan sangat berpuas hati berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kami. Kerana itulah kami dapat bertahan dalam tempoh masa yang lama dalam bidang industri makanan ini.

Tapi, sekarang saya bukan nak cerita berkaitan dengan pencapaian kami. Tapi saya nak cerita berkaitan dengan pakej Perkahwinan yang terdapat di MZ Catering! Boleh kan? Hehe

Buat siapa yang masih belum tahu, kami ada menyediakan 3 pilihan pakej perkahwinan untuk anda tau. Iaitu pakej Perkahwinan Silver(Ekonomi), Gold(Lengkap) dan juga Platinum(Eksklusif). So dengan adanya pilihan pakej ini, anda boleh pilih yang mana satu bersesuaian dengan citarasa/bajet anda. Senang kan?

Yang lagi menariknya, apabila anda mengambil pakej dengan kami. Kami akan uruskan majlis anda daripada A to Z, tiada masalah. Daripada persiapan sebelum majlis, sehinggalah selesai majlis berlangsung.

Berkaitan dengan kualiti makanan pula, anda tak perlu risau. Kami yakin bahawa kualiti makanan kami adalah antara yang terbaik! Kerana kami percaya apabila kami menjaga kualiti makanan kami, pelanggan juga akan berpuas hati. Apabila pelanggan berpuas hati, kami sebagai caterer juga akan berpuas hati.

Selesai bab pakej perkahwinan, selesai bab makanan. Tinggal bab dewan pula, berkaitan dengan dewan anda tak perlu risau. Kami ada menyediakan 2 dewan yang sangat cantik & menarik untuk anda! Iaitu dewan MZ Garden Hall yang terletak di Bangi dan MZ Rooftop Garden terletak di Cheras KL!

Untuk dewan MZ Garden Hall, ianya adalah dewan yang bertemakan ala garden dan merupakan dewan marqueetent yang kedua terbesar di Putrajaya selepas dewan PICC. Dewan ini mampu menampung kapasiti tetamu seramai 700 orang 1 masa tau!

Antara kemudahan yang lain disediakan di dewan MZ Garden Hall ni seperti kemudahan parking yang luas, surau & masjid, tandas, pentas yang besar, photobooth, bouncy castle dan banyak lagi! Disini saya sertakan beberapa gambar untuk tatapan anda.

MZ Rooftop Garden merupakan dewan kedua kami yang terletak di Cheras KL, dewan ini diberi nama MZ Rooftop Garden kerana terletak diatas atap bangunan dan didekorasikan dengan tema ala garden. Untuk kapasiti tetamu pula, dewan ini mampu memuatkan seramai 600 orang dalam 1 masa tau! Dan mempunyai ruangan luar dewan yang sangat cantik, baca lebih lanjut disini.

 

Tadaaaa, dah siappp~~ cerita semuaa berkaitan dengan pakej yang ditawarkan oleh kami~~

Anda tunggu apa lagi? Nak buat majlis perkahwinan? Hubungi kami terus di 014-3180070(Syazwan) atau anda boleh layari Facebook dan Instagram kami

PAKEJ ANNUAL DINNER TERMURAH DI SELANGOR!

PAKEJ ANNUAL DINNER TERMURAH DI SELANGOR!

Hujung tahun hampir tiba! Pasti ramai yang sedang mencari pakej Annual Dinner kan? MZ Catering menyediakan pakej Annual Dinner terlajak murah!

KHAS buat badan Kerajaan, Swasta, NGO, Institusi dan lain-lain yang ingin membuat majlis Annual Dinner! Kami di MZ Catering ada menyediakan pakej Annual Dinner all in 1. Anda takperlu nak pening kepala macam mana nak uruskan majlis, kami akan bantu anda daripada A to Z!

Berkaitan dengan makanan kami menyediakan 2 pilihan masakan, masakan melayu dan masakan western. Tapi nak bagitahu, kedua dua menu boleh di ubah tau mengikut citarasa yang anda nak. Takde benda yang fixed, hehehe

Dari segi setup makanan pula, anda boleh samaada nak setup buffet ke, siap hidang ke, dome ke tiada masalah. Kami boleh uruskan untuk anda, semua benda bolehlah orang kata. Sebabtu saya kata kami akan uruskan daripada A to Z, haaa.

Untuk kualiti makanan anda tak perlu risau, kami yakin kualiti makanan kami setaraf dengan hotel 5 bintang! Disebabkan itu, kami mampu bertahan dalam industri penyediaan/pengendalian makanan ni lebih daripada 10 tahun. Lama kan? Berpuluh-puluh majlis telah kami berjaya langsungkan, daripada majlis perkahwinan, catering ofis, sampailah ke open house di rumah pelanggan.

Settle dah bab makanan, tapi… Mana nak cari dewan yang sesuai untuk buat majlis Annual Dinner ni? Ada ke tempat yang menarik nak buat majlis ni? Ada ke dewan yang besar mampu memuatkan kapasiti tetamu yang ramai?

Haa, takpayah pening kepala. Bila anda amik pakej dengan kami, kami akan menyediakan dewan yang menarik untuk anda. Iaitu dewan MZ Garden Hall yang bertempat di Bangi dan dewan MZ Rooftop Garden yang terletak di Cheras KL. Menarik kan? Mana nak dapat dekat tempat lain yang sediakan dewan sekali. Jom saya cerita satu per satu berkaitan dengan dewan ini.

MZ Garden Hall merupakan dewan marqueetent kedua terbesar di Putrajaya selepas dewan PICC. Dewan ini bertemakan ala garden yang sesuai untuk pelbagai jenis majlis. Yang paling menariknya, dewan ini juga mampu memuatkan kapasiti tetamu seramai 700 orang dalam 1 masa tau! Menarik kan?

Bukan itu sahaja, pelbagai kemudahan yang lain disediakan didalam dewan ini. Antaranya ruangan pentas yang besar, jadi memang tiada masalah kalau nak buat persembahan ke apa atas pentas ini. Selain pentas yang besar, di setikar dewan juga terdapat surau, tandas untuk keselesaan tetamu yang hadir.

Untuk MZ Rooftop Garden pula, ini merupakan dewan baharu dibawah kami yang terletak di Cheras KL. Dewan ini diberikan nama Rooftop Garden kerana dewan ini terletak di tingkat 5 diatas atap bangunan, dan dewan ini bertemakan ala garden.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan dewan ini boleh tekan disini. 

Menarik kan? Anda tunggu apa lagi, nak buat majlis Annual Dinner? Ingat MZ Catering, anda boleh hubungi kami terus di 014-3180070 (Syazwan) atau boleh pergi ke Facebook & Instagram kami

 

GRAND OPENING MZ ROOFTOP GARDEN!

GRAND OPENING MZ ROOFTOP GARDEN!

16 November 2019, save the date! GRAND OPENING MZ ROOFTOP GARDEN!

Buat siapa yang masih tidak tahu, MZ Catering mempunyai dewan baru di Cheras Kuala Lumpur yang diberi nama MZ Rooftop Garden. MZ Rooftop Garden dijangka akan siap sepenuhnya bersama dengan dekorasi pada awal bulan 11 ini.

Disebabkan hal itu, kami di MZ Catering ingin membuat GRAND OPENING bersempena dengan pembukaan dewan baharu di MZ Rooftop Garden pada 16 November 2019. Iaitu pada hari sabtu, majlis akan bermula daripada jam 8 malam sehingga jam 11 malam. Jangan lepaskan peluang keemasan ini tau!

Tetapi, kenapa anda perlu datang grand opening di MZ Rooftop Garden ni? Apa yang membezakan grand opening dengan hari biasa? Apa yang ada pada grand opening ni nanti? Pasti banyak persoalan yang bermain di fikiran anda kan. Haa takpe, ni saya bagitahu kenapa anda perlu datang ke MZ Rooftop Garden pada 16 November ni.

Jom saya senaraikan kenapa anda perlu datang ke grand opening MZ Rooftop Garden

  1. Buat julung kalinya, kami akan mempersembahkan dewan baharu kami kepada khalayak ramai!
  2. Persembahan nyanyian. Siapa gerangannya? Nantikan kemunculannya!
  3. Persembahan tarian kebudayaan. Siapa? Nantikan kemunculannya!
  4. Waktu Happy Hours. Dapatkan barangan hadiah elektrik percuma jika anda LOCK DATE pada waktu tersebut!
  5. 50% diskaun daripada harga asal sewaan dewan.
  6. CABUTAN BERTUAH. Hadiah yang menarik. Nak tahu? Kena datang!
  7. Fashion show daripada bridal jemputan!
  8. Dan lain-lain

Menarik kan? Ni baru sikit je tau, banyak lagi perkara yang menarik akan berlangsung pada hari tersebut. Jadi anda memang kena datang kalau nak tahu lebih lanjut!

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi kami di MZ Rooftop Garden di 014-3180070 (Syazwan) 

LEMANG SI MERAH SEDAP & MURAH

LEMANG SI MERAH SEDAP & MURAH

Lemang si Merah, pembekal No.1 lemang di Selangor & Kuala Lumpur!

Apabila sebut sahaja lemang, pasti terngiang Hari Raya Aidilfitri kan? Sebab masa raya je yang senang untuk dapatkan lemang. Luar daripada waktu raya mesti susah nak jumpa orang yang berniaga lemang di tepi – tepi jalan. Apatah lagi nak buat sendiri kan? Macam musim durian pulaa lemang ni kena tunggu raya baru nak ada, hahahhaa.

Kalau nak sangat makan lemang luar daripada musim raya ni, terpaksalah pergi ke bentong Lemang To’Ki tu. Tapi kalau dah duduk dekat Selangor, takkanlah nak pergi ke Pahang tu semata mata nak makan lemang kan? Siapa je yang sanggup drive jauh macamtu kannn.

Disebabkan itu, kami Lemang si Merah sedia membantu anda dengan menyediakan lemang sepanjang tahun untuk anda! Bukan itu sahaja, malah kami menyediakan perkhidmatan penghantaran sampai kedepan rumah tau! Takpayah susah2 nak datang ke kedai nak drive kereta untuk dapatkan lemang, duduk rumah je dah dapat.

Kawasan yang威而鋼
kami cover untuk penghantaran lemang ni luas tau! Iaitu di seluruh kawasan Selangor & Kuala Lumpur. Luas kan? Khas untuk anda semua yang penggemar lemang tu, lepasni dah takpayah nak mengidam lemang dah. Kalau nak lemang tu, terus ingat Lemang Si Merah.

Selesai dah cerita bab penghantaran lemang.. Nak sambung pasal kualiti lemang pula ni, kejap tarik nafas jap.. Hehe

Okay jom sambung pasal kualiti lemang. Kalau bab kualiti ni, anda takperlu risau. Sebab itu merupakan faktor yang sangat dititikberatkan oleh kami. Sebab kami percaya, kualiti makanan yang baik membawa kepada kepuasan para pelanggan kami. Apabila para pelanggan kami berpuas hati, kami juga turut gembira.

Selain daripada lemang, kami juga menyediakan rendang ayam dan juga daging tau! Special kami sediakan untuk anda, takpayah tunggu raya. Bila – bila masa anda mengidam nak makan lemang sekali dengan rendang, ingatkan Lemang si Merah. Saya ulang lagi sekali ya, Lemang si Merah!

Tapi buat siapa yang nak walk in makan terus tu, anda boleh datang terus ke MZ Cafe Bangi. Search je dekat waze MZ Cafe Bangi pasti jumpa, lepastu anda boleh makan berapa banyak yang anda nak tiada masalah.

Kalau siapa nak buat tempahan Lemang si Merah, boleh terus contact nombor ni 014-3160040 (Syana) atau boleh terus pergi ke laman sosial kami Facebook & Instagram

MZ CAFE BANGI, TEMPAT MAKAN SEISI KELUARGA!

MZ CAFE BANGI, TEMPAT MAKAN SEISI KELUARGA!

Ramai di antara kita yang malas nak buat kajian dan lebih memilih untuk pergi sahaja ke sesebuah restoran itu tanpa melihat apakah latar belakang restoran tersebut. Mungkin ia sesuai bagi orang yang sudah tahu apa yang hendak di makan atau sudah biasa dengan restoran tersebut. Bagaimana pula dengan anda yang ingin merasai sesuatu yang baru? Anda akan menghadapi risiko pengalaman yang buruk sekiranya anda tidak membuat keputusan yang baik sebelum pergi ke sesebuah tempat makan itu.

Di sini kami, akan nyatakan kenapa MZ Cafe Bangi adalah tempat makan yang menarik di Bangi!

     1. Lokasi

Lokasi merupakan faktor yang penting untuk diambil kira sebelum memilih sesebuah tempat makan itu. Kalau kita lapar ketika kita sedang sibuk melayan permainan Dota atau cerita Korea di rumah (kebetulan mak tak masak haritu), sudah pasti kita ingin makan di tempat berhampiran dengan kita kan?

Haa, ni nak bagitahu yang lokasi MZ Cafe Bangi sangat mudah untuk datang. Search sahaja MZ Cafe Bangi di Waze pasti akan jumpa kerana restoran ini terletak betul – betul di sebelah jalan raya besar. Untuk pengetahuan anda juga, restoran ini berhampiran dengan kawasan Putrajaya & Bangi. Jadi orang Putrajaya & Bangi memang tiada masalah untuk makan disini. Mudah kan?

     2. Makanan

Makanan yang dihidangkan pada sesebuah tempat makan itu merupakan antara faktor yang penting atau yang paling penting bagi sesetengah orang. Hidangan yang sedap sudah pasti menjadi pilihan anda sebagai seorang pelanggan. Siapa yang sanggup bayar kepada makanan yang tidak berkualiti kan?

Di MZ Cafe Bangi, anda tidak perlu risaukan tentang perkara tersebut. Kerana MZ Cafe Bangi sangat menjaga kualiti makanannya. Apabila makanan siap untuk dihadangkan kepada pelanggan, MZ Cafe Bangi akan memastikan bahawa pelanggan akan berpuas hati dengan makanan yang dihadangkan.

     3. Perkhidmatan

Pernah tak apabila anda pergi ke sesebuah restoran dan anda terpaksa tunggu lama untuk si pelayan datang untuk ambil order anda? Dalam keadaan lapar, sudah pasti anda ibarat singa yang sedang mengaum inginkan makanan. Kemarahan dalam diri tidak lagi ditahan, dan akhirnya anda tinggalkan restoran tersebut dan pergi ke restoran sebelah yang lebih cepat dan efisien dari segi perkhidmatannya.

Selain daripada makanan yang sedap dan berkualiti di MZ Cafe Bangi, MZ Cafe Bangi juga sangat mementingkan perkhidmatannya. Kerana, MZ Cafe Bangi percaya bahawa pelanggan yang datang makan di MZ Cafe Bangi adalah seperti raja yang perlu dilayan dengan baik. Disebabkan itu, MZ Cafe Bangi sangat menjaga kepuasan para pelanggan yang datang makan di kedai mereka. Tanpa pelanggan, siapalah MZ Cafe Bangi.

     4. Kemudahan lain

Terdapat pelbagai senario yang menyebabkan anda memilih tempat itu berdasarkan kemudahan yang disediakan. Sekiranya anda hanya ingin singgah sementara dan tidak memerlukan apa-apa selain makanan, kemungkinan kemudahan yang disediakan pun tidak relevan untuk anda.

Tapi, Sekiranya anda ingin membuat jamuan berbuka puasa, sudah pasti anda ingin sebuah tempat makan yang mempunyai surau yang berhampiran, atau sekiranya anda ingin makan sambil menyiapkan projek, pastinya anda inginkan tempat makan yang mempunyai WiFi kan?

Pemilihan tempat makan berbeza mengikut keperluan masing – masing yang dipengaruhi oleh kemudahan yang ditawarkan oleh tempat makan tersebut. Untuk MZ Cafe Bangi, mereka lebih menfokuskan kepada gologan yang mempunyai anak – anak(kekeluargaan).

Hal ini kerana, MZ Cafe Bangi mempunyai ruangan tempat makan yang sangat luas & selesa untuk seisi keluarga. Selain daripada ruangan makan yang luas, MZ Cafe Bangi juga menyediakan 2 pilihan tempat makan. Iaitu tempat makan berkerusi & tempat makan duduk bersila. Jadi kepada ibu bapa yang membawa bayi didalam stroller, bolehlah duduk di ruangan makan bersila.

Di samping 2 kemudahan tersebut, MZ Cafe Bangi juga menyediakan kemudahan yang lain seperti permainan Bouncy Castle. Bouncy Castle merupakan permainan yang digemari oleh kanak – kanak pada masa ini. Jadi dengan adanya permainan ini, ibubapa takperlu risau lagi anak anda akan menangis dan sebagainya. Bagi sahaja mereka bermain di permainan ini, pasti mereka akan gembira. Tapi perlu diingatkan ya, sebarang kecelakaan yang berlaku apabila bermain di Bouncy Castle ini adalah tanggungjawab ibubapa sendiri. Pihak MZ Cafe Bangi tidak akan bertanggungjawab.

Jadi sekarang anda tahu nak makan dimana apabila sampai di Bangi kan? Mencari tempat makan best di Bangi? MZ Cafe Bangi adalah pilihan yang tepat untuk jawapan anda!

CATERING MURAH DI BANGI & PUTRAJAYA!

CATERING MURAH DI BANGI & PUTRAJAYA!

MZ CATERING MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN CATERING UNTUK PELBAGAI JENIS MAJLIS! CATERING MURAH DENGAN PERKHIDMATAN TERBAIK!

Kami di MZ Catering telah beroperasi lebih daripada 10 tahun! Berpuluh – puluh majlis telah kami berjaya langsungkan. Alhamdulillah, rata – rata daripadanya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kami.

Untuk pengetahuan anda juga, kami MZ Catering telah berdaftar dengan sistem E-Perolehan dan kami menerima pembayaran secara LO. Jadi pihak – pihak kerajaan ni takperlu risau nak mengambil catering dengan kami.

Cara penyediaan makanan anda boleh pilih samaada nak Buffet, Meeting, Seminar dan lain – lain. Mudah kan? Berkaitan dengan penghantaran makanan pula, kami tidak mengenakan cas penghantaran kalau anda berada di kawasan Putrajaya, Bangi & Kajang. Tapi Kajang tu tengok tempat juga, kalau jauh sangat kita terpaksalah kenakan cas penghantaran. Hehe

Yang paling menariknya, harga yang kami tawarkan murah tau! Mana nak dapat catering murah sekarang ni kan? Lagi – lagi yang menawarkan perkhidmatan setaraf dengan hotel 5 bintang ni.

Ehh ehh ehh, lupa pula nak bagitahu benda yang penting. MZ Catering ni bukan hanya membuat perkhidmatan catering untuk Kerajaan sahaja tau, malah kami juga menerima tempahan catering untuk Swasta, badan NGO, Institusi dan juga persendirian. Senang cakap, semua majlis yang memerlukan catering kami boleh cover tiada masalah.

Nak tahu lebih 必利勁
lanjut? Boleh terus hubungi kami di 014-3180070(Syazwan) atau boleh pergi ke Facebook & Instagram kami

 

 

PAKEJ PERKAHWINAN ALL IN 1! HANYA DI MZ CATERING

PAKEJ PERKAHWINAN ALL IN 1! HANYA DI MZ CATERING

PAKEJ PERKAHWINAN ALL IN 1 HANYA DI MZ CATERING! KAMI AKAN URUSKAN DARIPADA A TO Z, DARIPADA SEBELUM MAJLIS SEHINGGA MAJLIS SELESAI!

Sekarang ni dah jarang orang buat majlis di rumah dah kan? Kenangan rewang bersama keluarga, sedara mara semua dah tak ada dah tak macam dulu – dulu. Zaman sekarang semua orang nak mudah buat dekat dewan sahaja, takperlu lagi nak kemas lepas majlis. Kalau bab makanan tu panggil je catering, senang. Takperlu nak bertarung dekat dapur dengan kuali besar lagi. Hahahahaha

Tapi yang jadi masalah sekarang ni banyak kes penipuan yang melibatkan pihak caterer. Betul tak? Ada yang bawa lari duit pelanggan sehari sebelum majlis lah, ada yang dah bayar duit makanan tapi makanan tak sampai2 pada waktu ditetapkan dan pelbagai lagi masalah yang merunsingkan pihak pengantin. Sampai kebanyakkan orang dah tak percaya lagi dengan perkhidmatan catering ni.

Tidak lupa juga caterer lain yang terkena tempias teruk disebabkan hal ini, kerana kebanyakkannya orang percaya kesemua pihak caterer adalah sama. Tetapi hakikatnya mereka salah, kerana kesemua caterer tidak kesemuanya sama.

Kenapa saya kata semua caterer tidak sama? Kerana kami di MZ Catering sangat menjaga perkhidmatan kami, bagi kami kepuasan oleh para pelanggan kami itulah yang paling utama. Disebabkan hal itu, kami telah bertahan dalam industri ini lebih daripada 10 tahun!

Untuk pengetahuan anda juga, kami di MZ Catering bukanlah hanya menawarkan perkhidmatan catering sahaja. Malah, kami juga merupakan event planner yang membuat pelbagai jenis majlis! Diantaranya adalah majlis perkahwinan, majlis annual dinner, majlis graduasi dan pelbagai jenis majlis yang kami mampu buat.

Tapi sekarang ni, saya hanya nak fokuskan untuk pakej perkahwinan sahaja. Di MZ Catering, kami menawarkan 3 pilihan pakej untuk bakal pengantin. Ianya adalah Pakej Perkahwinan Silver(Ekonomi), Pakej Perkahwinan Gold(Lengkap) & Pakej Perkahwinan Platinum(Eksklusif).

Yang paling menariknya, apabila anda mengambil pakej dengan kami. Kami akan uruskan daripada A to Z untuk anda, daripada sebelum majlis bermula sehingga majlis selesai kami akan uruskan.

Kalau anda ambil pakej lengkap dengan kami, anda dah takperlu risau nak cari baju pengantin, makeup, kad pengantin dan lain – lain. Semua kami sediakan untuk anda, kiranya macam pakej all in 1 lah. Nak tengok pakej – pakejnya? Boleh tekan disini

Berkaitan dengan dewan pun anda tak perlu risau, kerana kami mempunyai lebih daripada 5 dewan untuk pilihan anda. Di Bangi sahaja kami ada 4 dewan dan 1 lagi dewan berada di Cheras Kuala Lumpur, menarik kan? Mana nak dapat dekat tempat lain kan. Hehe

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh je terus hubungi kami di 014-3180070 (Syazwan) atau boleh layari Facebook dan Instagram kami

NAK KAHWIN? NAK CATERING? INGAT MZ CATERING BANGI!

MZ ROOFTOP GARDEN! DEWAN PILIHAN TERBAIK

MZ ROOFTOP GARDEN! DEWAN PILIHAN TERBAIK

MZ ROOFTOP GARDEN! NAMA DEWAN BAHARU MZ CATERING YANG BERADA DI CHERAS KUALA LUMPUR!

 

Pada bulan 11 tahun ini, MZ Catering akan membuka dewan baharu bertempat di Cheras(Kuala Lumpur). Dewan ini diberikan nama MZ Rooftop Garden kerana dewan ini terletak di atas bumbung dan didekorasikan bertemakan ala garden.

Apa yang paling menariknya, dewan ini mempunyai 2 ruangan yang berbeza. Iaitu ruangan dalam dewan(berhawa dingin) dan ruangan luar dewan(open air).

Pada ruangan dalam dewan, dewan ini mampu memuatkan seramai 600 orang dalam 1 masa dan ruangan luar dewan pula mampu menampung kapasiti tetamu yang agak ramai tau! Menarik kan?

Di bawah ini adalah gambaran ruangan dalaman dewan dan ruangan luar dewan;

Ruangan dalam dewan

Ruangan luar dewan

Bukan itu sahaja tau, dewan ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang lain seperti ruangan parking yang luas(4 tingkat disediakan untuk ruangan parking), tandas yang bersih, bilik menunggu, surau dan lain – lain.

     

     

So, MZ Rooftop Garden ni amat sesuai untuk membuat pelbagai jenis majlis. Berkaitan dengan catering pula, anda tak perlu risau. Kerana kami di MZ Catering telah beroperasi lebih daripada 10 tahun jadi kami mempunyai pengalaman yang sangat meluas dalam bidang penyediaan/pengendalian makanan.

Bila anda mengambil pakej dengan kami, kami akan menguruskan majlis anda daripada A to Z. Sekarang anda tak perlu lagi bersusah payah untuk menguruskan majlis, cuma bagi pendapat dan kami akan uruskan. Senang kan? Hehe..

Haaaa, lupa nak bagitahu yang lokasi dewan ini sangat strategik tau. Ia tidaklah terletak di tengah2 kawasan Kuala Lumpur dan tidaklah terletak di hujung Kuala Lumpur. Untuk lagi mudah anda boleh tekan disini,  mesti jumpa punyalah tempat ni.

So anda tunggu apa lagi? Nak buat majlis disini? Tiada masalah, boleh terus hubungi kami di http://www.wassap.my/60143180070 (Syazwan) atau boleh pergi ke facebook Rooftop Garden

Jangan lambat- lambat lock date, takut nanti dah penuh anda yang rugi pula. Kami tak boleh nak tolong kalau tarikh yang anda inginkan diambil oleh orang lain, hehe.

 

DEWAN CANTIK DI CHERAS!

DEWAN CANTIK DI CHERAS!

MZ CATERING MEMBUKA DEWAN BARU DI CHERAS!

Hi semua, apa khabar? Semua sihat kee tuu? Saya harap semua dalam keadaan yang baik – baik belaka lah ye, kalau tak sihat tu jangan lupa makan ubat tau! Hehehe. Hmmm asal ek harini tetiba rasa macam nak menyanyi lagu kahwin je? Ohh… Yelah, kita nak update pasal majlis perkahwinan kan. Hahahaha, tapi berkaitan dengan apa tu? Haaa, jengjengjeng ni nak update sikit pasal MZ Catering ni! Anda dah sedia?! Okay jom kita start.

Untuk pengetahuan semua,  bulan 11 nanti MZ Catering akan membuka dewan baru yang berada di Cheras(Kuala Lumpur) tau! Dewan ini bertemakan ala – ala garden juga sama seperti MZ Garden Hall Bangi. Tapi apa yang menariknya berkaitan dengan dewan baru di Cheras ni? Kenapa perlu pergi sampai ke Kuala Lumpur untuk dapatkan dewan ni? Yang tu kena teruskan membaca hokeyy, manalah tahu ada plan nak buat majlis disini kann. Siapa tahu apa yang akan berlaku in future? Hehehe

Okay sambung balik, dewan ini mempunyai 2 kawasan yang berbeza iaitu kawasan dalam dewan dan kawasan luar dewan (Rooftop). Kawasan dalam dewan ini adalah kawasan yang berhawa dingin (Aircond). Manakala kawasan luar dewan adalah open air. Haa tapi yang bestnya dewan ni, untuk bahagian dalam dewan anda boleh pilih sama ada memerlukan berhawa dingin ataupun tidak. Yang mana rasa nak original air tu bolehh lah pilih untuk tidak berhawa dingin.

Di dalam bahagian dewan ini mampu untuk menampung kapasiti tetamu seramai 600 orang dalam 1 masa. Jadi tiada masalah untuk buat majlis yang mempunyai bilangan tetamu yang ramai. Kemudahan seperti surau, tandas, dan bilik persalinan turut disediakan di sekitar dewan bagi kemudahan semua orang.

Untuk kawasan luar dewan pula, kami akan meletakkan khemah lutsinar yang sangat cantik! Jadi kalau ada majlis sebelah malam tu mesti sangat menarik kerana disinari dengan cahaya bintang daripada langit, gittuuww. Memang grand habis punyalah!

Tapi, tahu tak apa yang paling menarik berkaitan dengan dewan ni? Haaa, dewan ini disertakan sekali dengan 3 tingkat ruangan parking yang luas. Jadi tiada masalah berkaitan parking dan takperlu risau lagi untuk alihkan kereta kot – kot terhalang kenderaan lain ke apa. Best kan? Haa

Nak tahu lebih lanjut berkaitan dengan dewan ni? Atau berminat dengan dewan di Cheras ni? Boleh terus hubungi kami di 014-3180070(Syazwan)