MZ CATERING BUKAN MZ BRIDAL HOUSE!

MZ CATERING BUKAN MZ BRIDAL HOUSE!

Kecoh pada hujung tahun 2018, di mana keluarnya senarai Wedding Planner & Katering penipu di setikar Malaysia. Apa yang lagi mengejutkan pihak MZ Catering adalah, terdapat 1 Wedding Planner yang tersenarai namanya seakan akan sama dengan MZ Catering iaitu MZ Bridal House. 犀利士
39 aligncenter” src=”https://mzcatering.com/wp-content/uploads/2020/01/New-Bitmap-Image.jpg” alt=”” width=”709″ height=”526″ />

Disini kami ingin menegaskan bahawa MZ Catering dan MZ Bridal House TIDAK ADA KENA MENGENA DIANTARA SATU SAMA LAIN. Hal ini kerana, ada sesetengah pihak yang menganggap bahawa MZ Bridal House di bawah pengendalian MZ Catering.

Secara tidak langsung, perkara ini sedikit sebanyak memberi tempias buruk kepada branding MZ Catering yang sebelumnya tidak mempunyai sebarang masalah. Disebabkan hal itu, rata-rata pelanggan sudah tidak mempercayai dan takut untuk menggunakan perkhidmatan MZ Catering. Walhal, MZ Catering tidak ada kena mengena langsung dengan perkara ini.

Akhir sekali, kami berharap agar pelanggan di luar sana yang ingin menggunakan perkhidmatan MZ Catering tidak lagi berasa takut dan khuatir kerana kami bukanlah seperti yang di hebohkan. Hal ini kerana, kami sangat menjaga kualiti perkhidmatan kami serta kepuasan para pelanggan MZ Catering.

So buat siapa yang ingin mencari perkhidmatan catering, bolehlah terus hubungi kami di 014-3180070 (Syazwan) atau boleh layari Facebook dan Instagram kami

TEMPAT MAKAN SEDAP DI BANGI

TEMPAT MAKAN SEDAP DI BANGI

MZ CAFE BANGI PILIHAN TEMPAT MAKAN SEDAP DI KAWASAN BANGI

Negeri Selangor mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati baik untuk acara makan angin atau untuk acara jalan jalan cari makan bersama keluarga. Alang-alang kalau anda sudah tersesat di Bangi, apa kata singgah di MZ Cafe Bangi dan mencuba lebih daripada 400 jenis pilihan menu yang disediakan.

Bayangkan 400 menu tu, anda boleh pilih je menu apa yang berada dalam kepala. Dari menu Western, Seafood, Masakan Melayu, Masakan Pantai Timur dan lain- lain. Haa kalau nak rasa suasana ala-ala Thailand pun boleh tau, kerana kami ada menyediakan colek-colek yang anda boleh nikmati bersama yang tersayang. Memang feeling habis lah. Okay cerita berkaitan menu dah settle. Next!

Servis order. Isu berkaitan dengan servis order ni sangat sinonim dengan kedai-kedai makan di luar sana. Yela mana taknya, sebagai pelanggan bila kita datang satu kedai mesti mengharapkan setiap order yang dipesan sampai pada waktu yang sepatutnya. Di MZ Cafe Bangi, kami amat mementingkan perkara sedemikian. Antara kemudahan yang telah kami gunakan bagi pelanggan tidak menunggu lama  iaitu servis ‘ Button Call‘ dan Borang Order. Servis ini dapat membantu pelanggan untuk memilih dan mempercepatkan proses order. Bukan itu sahaja, sistem ini juga dapat mengelak pelanggan daripada tertindih order atau sebaliknya.

Environment kedai besar & selesa. Makanan dah banyak tapi takkan kedai kotor pula kan? Meminta sangat kalau macam tu. Hahaha. Okay back to the topic, di MZ Cafe Bangi kami dapat memuatkan seramai 500 orang dalam satu masa tau. Haa korang rasa???! Dah sebesar dewan perkahwinan dah. Bukan itu sahaja tau, yang feeling-feeling rasa makan dekat Jepun pun boleh. Kami ada menyediakan bahagian makan bersila yang dinamakan Gazebo. Yang rasa nak suasana privacy dan sweet boleh lah try makan di sini. Hehehe

Ibubapa dah seronok makan, habis anak-anak yang ikut ni nasib diaorang macam mana? Haaaa… Isu ni pun sering bermain di fikiran ibubapa di luar sana. Betul tak? Jangan pening-pening kepala, kerana MZ Cafe Bangi ada menyediakan permainanBouncy Castle‘ dan ‘Mini Playground‘ bagi anak-anak yang ingin bermain. Yang lagi menariknya, kami juga ada menyediakan port ‘Family Area‘ untuk para ibubapa di luar sana yang mempunyai anak- anak kecil. So memang tiada masalah kalau ibubapa nak bawa anak-anak makan. “Happy tummy, happy kid

Pertama kali nak datang? Jangan risau lokasi kami amat mudah untuk dikunjungi. Sebab apa? Haa, sebab cafe kami  betul-betul berada di antara Putrajaya dan Bangi. Nak lagi senang waze sahaja MZ Cafe Bangi confirm jumpa punya lah. So mana yang berdekatan jangan malu jangan segan untuk datang makan di sini ya. Oh! Tak lupa juga yang duduk jauh, anda amat dialu-alukan untuk cuba makan di sini. Sekali cuba mesti nak datang lagi punya. Ajak kawan-kawan, family, pasangan , satu kampung pun takpe. Hehehe, nak cari tempat makan sedap di bangi? Ingat MZ Cafe Bangi

=================================
Waktu Operasi -;
7pg-5ptg (Masakan pantai timur & Makan Tengahari, Nasi Ayam, Sup)
5ptg-12.30mlm (Tomyam, Western, Ikan Bakar, Colek)
.
Untuk sebarang pertanyaan/tempahan makan boleh Whatsapp kami di nombor ini 014-3180070 (Sya)
.
Nak kami hantar depan rumah? Boleh tekan link ini untuk order.
.
P/S: Buat masa sekarang coverage delivery kami hanya 7.5 km sahaj daripada cafe kami. Next time kalau banyak permintaan, kami akan luaskan lagi jarak penghantaran ye 😁
.
Penghantaran pada sebelah malam sahaja(Makan Malam) bermula daripada jam 6.30PM – 11.00PM, tetapi order boleh di buat seawal jam 12.30 tengahhari

2 CAWANGAN DEWAN BAHARU DI SEKITAR BANGI & KAJANG

2 CAWANGAN DEWAN BAHARU DI SEKITAR BANGI & KAJANG

BERITA BAIK BUAT SEMUA PARA PELANGGAN MZ CATERING YANG DISAYANGI!

Memandangkan sambutan untuk dewan MZ Garden Hall yang terletak di Bandar Baru Bangi sangat menggalakkan, kami berhasrat untuk membuka 2 buah dewan baharu di setikar Bangi & Kajang. Segala gerak kerja sedang dijalankan dan ianya dijangka siap sepenuhnya pada selepas Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini!

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua dewan ini didekorasikan dengan tema yang berbeza tau. Satu dewan bertemakan Ala Garden sama seperti MZ Garden Hall iaitu open air dengan air cooler lagi satu dewan kami ingin membuat dewan yang bertemakan Eksklusif dengan hiasan lampu dan kristal. Haa, menarik kan? Dewan yang bertemakan Eksklusif ini ianya merupakan dewan yang beraircond

Tapi, nama dewan kami belum putuskan untuk meletakkan nama apa. Kalau anda ada sebarang cadang untuk nama dewan, boleh PM kami terus di Facebook MZ Catering. Mana tahu, idea anda kami gunakan. Mesti menarik kan? Haa

Oh ya, pasal kemudahan yang disediakan di dewan ini saya tak cerita lagi kan? Okay kedua-dua dewan ini mempunyai ruangan parking yang sangat luas, so memang tiada masalah lah kalau berkaitan dengan parking kereta. Selain daripada itu, kedua-dua dewan ini mempunyai kemudahan seperti tandas, surau, dan bilik VVIP.

Apa yang paling menariknya, kedua-dua dewan ini sangat mudah untuk dikunjungi oleh orang ramai kerana lokasi kedua-dua dewan ini sangat strategik kerana berhampiran dengan laluan utama. So senang cakap, memang tidak akan sesatlah kalau nak datang ke dewan ini

Apa lagi yang saya tak cerita? Rasanya semua benda saya dah cerita, tapi kalau ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan dewan baharu ini. Anda boleh terus hubungi kami di 014-3180070(Syazwan) atau anda boleh pergi ke laman sesawang kami Facebook & Instagram

Jangan lupa follow laman sesawang kami ya! Kerana disana nanti kami akan sentiasa update berkaitan dengan dewan baharu kami, seperti gambar, video dan sebagainya. Stay tune everyone!

BERITA BAIK UNTUK EVENT COORDINATOR DAN BRIDAL DI SELANGOR & KL!

BERITA BAIK UNTUK EVENT COORDINATOR DAN BRIDAL DI SELANGOR & KL!

Buat siapa yang masih belum tahu, MZ Rooftop Garden merupakan dewan kedua hasil kerjasama bersama MZ Catering selepas dewan pertamanya MZ Garden Hall. Disebabkan hal itu, kami ingin mencari Event Coordinator dan Bridal untuk berkolaborasi bersama sama dengan pihak kami.

Untuk pengetahuan anda semua, dewan MZ Rooftop Garden ini bertempat di Cheras KL dan ianya mampu memuatkan seramai 600 orang dalam 1 masa! Apa yang lagi menariknya, dewan bertemakan ala garden dan dewan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang lain seperti :

  1. Ruangan luar dewan. Polaris A, B, dan C
  2. Ruangan parking 4 tingkat
  3. Bilik VIP
  4. Bilik seminar
  5. Tandas wanita dan lelaki
  6. Surau
  7. Dan lain lain

Untuk ruangan luar dewan, ianya bertemakan fairy tale dan didekorasikan dengan khemah lutsinar. So kalau ada majlis pada sebelah malam memang cantik kerana anda boleh lihat bintang-bintang yang ada di langit dengan kilauan lampu yang sangat meriah. Nanti saya sertakan gambar untuk tatapan semua, hehe.

Kalau nak tahu lebih lanjut berkaitan dengan dewan ini boleh terus tekan disini

Disebabkan itu, kami bercadang untuk bekerjasama dengan event coordinator dan bridal dalam memberi sewaan dewan. Sebab kami percaya dan tahu, tidak semua bridal dan event coordinator mempunyai dewan yang sendiri. Lagi2 untuk majlis yang besar, dah menjadi satu hal nak mencari dewan yang dapat menampung kapasiti tetamu yang ramai. Kann?

Kehendak pelanggan nak atau taknak kita kena penuhi, betul tak? Sebab dari situlah pendapatan kita sendiri datang, so apa salahnya kita bersama sama membantu antara satu sama yang lain dalam memenuhi kehendak para pelanggan yang kita cintai. Gittuww, hahahhaa.

Tapi perlu diingatkan bahawa segala penyewaan atau kadar penyewaan tertakluk kepada terma dan syarat yang dipersetujui bersama sebelum menanda tangani kontrak bagi mengelakkan apa-apa isu yang membangkit.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan dewan ini atau berkaitan dengan kolaborasi ini boleh terus hubungi kami di 014-3180070 (Syazwan) atau boleh pergi ke Facebook kami.

ROTI CANAI SERENDAH RM0.50 SEN!

ROTI CANAI SERENDAH RM0.50 SEN!

ROTI CANAI MURAH DI BANDAR BARU BANGI!

Zaman sekarang ni semua benda nak murah kan? Dari segi keperluan harian sampailah kepada kehendak kita, kalau boleh semua benda nak yang murah tapi ada berkualitinya kan?

Tapi masalahnya sekarang ni nak jumpa barang yang murah dah jadi macam perkara yang mustahil pula. Sebab kebanyakkan penjual semua menaikkan harga barang yang mereka jual disebabkan faktor bahan mentah itu sendiri yang mahal. Sedih kan?

Bukan setakat barangan keperluan je yang naik harga, tapi harga makanan juga terkena tempias disebabkan harga bahan mentah naik. Makanan kot, benda yang paling basic dalam hidup kita. Cuba bayangkan kalau ada orang yang tak mampu nak beli makanan, diaorang nak makan apa kan? Takkan biskut je, tak ke berzapin perut orang tu tahan lapar sampai ke malam. Hmm

So disebabkan tu, MZ Cafe Bangi telah membuat & menjual roti canai termurah di sekitar Bangi dan Putrajaya yang hanya berharga RM 0.50 sahaja! Murah kan? Mana nak dapat dah sekarang. Kalau pergi kedai lain pun dah berapa ringgit sekeping, di MZ Cafe Bangi sahaja anda boleh dapat harga makanan yang murah-murah ni. Hehe

Selalu roti canai ni dah sinonim sangat dengan makan pagi kan? So yang mana on the way  nak pergi ke kerja tu pun boleh datang untuk breakfast dulu di MZ Cafe Bangi. “Kalau dah rushing sangat”?? Apa nak risau, benda boleh bungkus kan. Hehehe

Lokasi MZ Cafe Bangi ni pun sangat strategik untuk datang tau, ianya berhampiran dengan pintu 1 Putrajaya. Buat siapa yang taktahu, di pintu 1 Putrajaya ni adalah laluan alternatif untuk ke Putrajaya jika anda daripada Bangi mahupun Sungai Merab. Kalau taktahu juga pintu 1 Putrajaya ni dimana, boleh terus waze MZ Cafe Bangi. Mesti jumpa punyalah 😉

So lepasni kalau mencari tempat makan untuk sarapan, boleh je terus datang ke MZ Cafe Bangi. Pekena dengan roti canai serendah RM0.50 sen, mesti pagi korang lebih penuh bermakna daripada biasa.Hahaha

Jika berminat boleh layari laman sesawang kami di Facebook dan Instagram, jika nak tempah untuk makan di MZ Cafe Bangi anda boleh hubungi 014-3160070 (Sya)

PAKEJ KAMBING GOLEK SEDAP DI MZ CATERING!

PAKEJ KAMBING GOLEK SEDAP DI MZ CATERING!

Anda sedang mencari pakej Kambing Golek yang sedap berdekatan dengan kawasan Putrajaya, Kajang dan Bangi?

Cakap sahaja berkaitan dengan kambing siapa je yang tak suka kan? Lagi2 kalau buat kambing golek, perghh lagi meleleh lah air luir orang kata. Dapat pulaaa isi daging yang lembut, masuk dalam mulut terus cair sampai ke tekak. Tak ke seronok kalau macamtu? Hahahahaha, mesti lapar kan bila berbayangkan kan?

Tapi…. Macam mana nak dapat kambing golek yang macam saya cakap tu eh? Kalau ada pun, harga dia berapa pula? Mahal ke? Boleh ke buat penghantaran sampai ke rumah? Siapa pula nak membakar kambing golek tu? Hmm banyaknya benda kena fikir….

Haa, sekarang takpayah susah2 dah nak cari kambing yang sedap di area Bangi & Putrajaya ni. Ingat MZ Catering, ingat kambing sedap, lembut, empuk. Hehe, tapi bukan setakat area tersebut je tau kami cover. Malah kami juga cover kawasan seperti Kuala Lumpur dan juga Nilai. Tapi perlu diberitahu, kawasan Bangi & Putrajaya sahaja yang kami buat pengharan secara percuma. Selain daripada itu, penghantaran dikenakan cas. Huhu

Apabila anda mengambil pakej kambing golek dengan kami, anda akan mendapat sekali Coleslaw, Kentang Putar, Kuah BlackPepper dan menu utamanya iaitu kambing yang digolek golek. Hahahahaha. Tapi apa yang lagi menariknya adalah, kesemua menu tersebut adalah menggunakan resipi yang tersendiri & bahan yang berkualiti.

Lupa pula nak bagitahu apabila anda mengambil pakej kambing golek dengan kami, anda boleh pilih samaada nak bakar secara live kambing golek tersebut ataupun nak masukkan dalam bekas(suruh kami bakar siap2). Boleh tiada masalah, pilihan di tangan anda. Kami hanya ikut sahaja, mudah kan? Hehe

Bukan setakat kambing golek sahaja tau kami boleh buat, pelbagai lagi menu lain kami boleh buat menggunakan kambing seperti kari kambing, nasi arab kambing dan lain-lain. Berkaitan dengan kualiti anda tak perlu risau, kerana kami sangat menjaganya demi kepuasan para pelanggan kami yang disayangi. Hehehe

Nak tahu lebih lanjut berkaitan dengan kambing golek yang disediakan oleh kami? Boleh terus hubungi kami di 014-3180070(Syazwan) atau boleh layari Facebook & Instagram kami

DEWAN CANTIK DI CHERAS KUALA LUMPUR!

DEWAN CANTIK DI CHERAS KUALA LUMPUR!

Susah nak cari dewan di Cheras Kuala Lumpur? Kebanyakkan dewan yang cantik & murah semuanya jauh-jauh daripada kawasan perumahan anda? Dah penat mencari tetapi tak jumpa yang bersesuaian dengan citarasa anda? Haa, kami adalah penyelesaian buat masalah anda!

Kami di MZ Catering telah membuka dewan baharu kami di Cheras Kuala Lumpur betul-betul berada disebelah Leisure Mall Cheras. Buat siapa yang masih belum tahu, dewan ini diberi nama MZ Rooftop Garden, kerana lokasi dewan ini terletak di tingkat 5 bangunan tempat letak kereta DBKL Taman Segar.

hormones, diet, and healthy hair 犀利士
tle=”oxandrolonos” href=”http://powermuscles.org/steroids-usa/oxandrolone-anavar-for-sale-oxandrolonos-10/”>oxandrolonos covid-19 symptoms: three skin rashes to look for | heavy.com

Dewan ini mempunyai 2 ruangan yang berbeza iaitu ruangan dalam dewan(Main Hall) dan juga ruangan luar dewan(Polaris A,B,C). Untuk ruangan dalam dewan, ianya didekorasikan dengan tema ala garden. Kerana tema ini sangat dekat dengan orang ramai & kena untuk membuat pelbagai jenis majlis.

Fitness Genoa – New dynamic center association testosterone cypionate australia salomon | sale of clothing and shoes leisure and fitness online

Untuk ruangan luar dewan pula, ianya didekorasikan dengan tema fairy tale. Kami meletakkan khemas lutsinar dan menghiaskannya supaya nampak lebih cantik & meletops. Jadi kalau ada yang nak buat majlis pada sebelah malam tu, memang cun habislah orang kata sebab disinari dengan cahaya lampu serta bintang-bintang yang berada di langit.

Itu baru sikit tauu, nanti saya terangkan lebih lanjut berkaitan dengan ruangan luar dewan ni pada artikel akan datang.

Di dewan ini juga, terdapat kemudahan yang lain disediakan seperti :

  1. Bilik VVIP
  2. 4 tingkat ruangan parking kereta
  3. Bilik persalinan
  4. Surau yang bersih(lelaki & perempuan)
  5. Bilik pentri
  6. Tandas(lelaki & perempuan & oku)
  7. Bilik Seminar
  8. Dll

Untuk catering pula, anda takperlu susah-susah cari caterer lain untuk majlis yang anda langsungkan. Sebab kami juga ada menyediakan perkhidmatan catering dengan harga yang sangat murah! Apa yang lagi menariknya, kebanyakkan menu kami boleh buat daripada makanan style chinese sampailah ke makanan indian. Tapi perlu diingatkan ya, tukang masak kami orang melayu. Jadi kalau nak rasa 100% macam air tangan orang chinese or indian tu memang takdapatlah. Hehehe

Lepasni kalau nak buat majlis, tetapi tak jumpa dewan cantik di Cheras Kuala Lumpur atau kawasan setikarnya. Boleh terus LOCK DATE dengan MZ Rooftop Garden, pasti anda tidak akan menyesal!

Untuk pertanyaan lanjut berkaitan dengan MZ Rooftop Garden, boleh terus hubungi kami di 014-3180070(Syazwan)

CATERING MURAH DI CHERAS!

CATERING MURAH DI CHERAS!

Anda warga Cheras Kuala Lumpur? Ataupun kawasan setikar daripada Cheras yang sedang mencari perkhidmatan catering murah dengan kualiti makanan yang terbaik?

Haa, takperlu pening-pening kepala. MZ Catering adalah jawapan yang terbaik untuk soalan anda! Kerana kami di MZ Catering telah beroperasi lebih daripada 10 tahun dalam bidang penyediaan/pengendalian makanan. Pelbagai majlis telah berjaya kami langsungkan diantaranya catering untuk kerajaan, swasta, ngo, dan mahupun persendirian.

Apa yang lagi menariknya adalah, kebanyakkan daripada pelanggan kami amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kami. Apabila pelanggan kami berpuas hati, kami juga senang hati. Hehe

Berkaitan dengan kualiti makanan, anda tak perlu risau. Kerana tukang masak kami mempunyai pengalaman yang meluas dalam pelbagai masakan untuk pelbagai jenis majlis. Cakap sahaja nak menu apa, inshaAllah kami akan cuba buat sehabis baik. Kami menjanjikan kesemua makanan yang keluar daripada dapur kami adalah yang terbaik dan selamat untuk di makan.

Untuk bilangan pax pula, anda cakap sahaja nak buat berapa pax 100? 200? 500? 1000? Tiada masalah kami boleh buat dengan mudah. Dari segi setup makanan pula anda boleh pilih samaada nak makan hidang, buffet mahupun bungkus dan lain-lain. Dengan MZ Catering tiada benda tak boleh buat, semua kami boleh buat. Hehehe

Ehh, lupa pula nak bagitahu. Untuk katering kerajaan kami ada menyediakan sistem E-Perolehan dan kami menerima pembayaran secara LO. Mudah bukan?

Bukan setakat kawasan Cheras je tau kami cover, kami juga cover kawasan seperti Putrajaya, Kajang, Bangi dan kawasan setikarnya. Untuk kawasan Cheras dan KL ni kami baru sahaja nak masuk. Hehe

Fitness Civitella d’agliano – Asdilettantistica i.s.p…. testosterone cypionate australia tranny redhead fuck fitness friend during a party – free porn videos – youporn

Untuk penghantaran ke Putrajaya & Bangi kami tidak mengenakan apa-apa cas penghantaran. Mana nak dapat dekat tempat lain kan?

So lepasni kalau anda sedang mencari perkhidmatan catering murah dengan kualiti makanan yang terbaik, ingat terus MZ Catering. MZ Catering sentiasa terbaik!

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan perkhidmatan catering, boleh terus hubungi kami di 014-3180070 (Syazwan) ataupun boleh pergi laman sosial kami di Facebook & Instagram

HARI PEMBUKAAN DEWAN MZ ROOFTOP GARDEN!

HARI PEMBUKAAN DEWAN MZ ROOFTOP GARDEN!

Buat siapa yang masih belum tahu, kami di MZ Catering mempunyai dewan baharu yang berada di Cheras Kuala Lumpur. Dewan ini diberi nama MZ Rooftop Garden kerana dewan ini terletak diatas bangunan tempat letak kereta DBKL taman segar dan didekorasikan dengan tema ala garden & fairytale.

Disebabkan dewan ini merupakan baharu, kami bercadang untuk mengadakan hari pembukaan khas untuk dewan ini. Ianya bertujuan untuk memperkenalkan dewan ini kepada khalayak ramai bahawa betapa cantik & meriahnya dewan ini dari segi dekorasi dan sebagainya. Haaa, tapi bila tarikhnya?

Tarikhnya adalah pada 16 November 2019, bermula daripada jam 8.00PM sehingga jam 11.00PM

Apa yang lagi menariknya adalah, pelbagai aktiviti yang menarik terdapat semasa hari pembukaan ini. Seperti :

  1. Diskaun sehingga RM5000 ringgit untuk sewaan dewan
  2. Barangan elektrik percuma jika LOCK DATE
  3. Makanan percuma(lebih daripada 200jenis juadah)
  4. Cabutan bertuah
  5. Fashion show
  6. Persembahan nyanyian
  7. Persembahan tarian kebudayaan
  8. Dan banyak lagi!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini tau! Sebab kami hanya buat sekali sahaja majlis khas seperti hari pembukaan ini. Lepasni dah tak buat dah anda yang rugi. Hehe

Buat siapa yang masih tertanya tanya, apa kemudahan yang ada didalam dewan ini. Meh saya nyatakan sikit, orang kata bagi hint dulu. Nak tengok actual, kena datang. Hehe, antara kemudahan yang terdapat disini seperti :

  1. Kemudahan parking 4 tingkat
  2. Bilik VVIP
  3. Bilik seminar
  4. Bilik persalinan
  5. Surau
  6. Tandas
  7. Ruangan luar dewan. Polaris A,B,C

Ruangan luar dewan tu, kami hiaskan dengan sangat cantik dengan dekorasi khemah yang berlampu cantik. Kalau nak buat majlis annual dinner disini, memang terbaik. Sebab kena dengan khemah yang cantik ni.

Apa yang lagi seronoknya, kami sediakan platform untuk orang mengambil gambar. So memang boleh ambil gambar banyak-banyak atas bangunan ini. Cool kan? Mana nak dapat dekat tempat lain

Meh saya bagi teaser dekat korang sikit macam mana dekorasi ruangan luar ni, tapi nak tengok yang full kenalah datang. Hehehe

Yang lagi BEST, tiada caj kehadiran dikenakan & tidak perlu sahkan kehadiran untuk datang ke hari pembukaan ini. Boleh datang terus, tiada masalah.

Kalau ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan hari pembukaan ini, boleh terus WhatsApp kami di 014-3180070(Syazwan) atau boleh layari social media kami Facebook

Venue(Waze) : MZ Rooftop Garden
Masa : 5.30PM – 11.00PM
Majlis Perasmian : 8.00PM

Alamat : Level 5, Parkir Bertingkat, Kuala Lumpur, Jalan Manis 6, Taman Segar, 56100 Cheras 9 Miles

#mzrooftopgarden #mzrooftop #rooftopgarden #mzcatering #mzgardenhall #grandopening #grandopeningmzrooftopgarden #opening #pembukaandewan #dewanbaru #dewancantik #dewanluas #dewanmenarik #cheras #kualalumpur #bangi #putrajaya #kajang

MAKANAN PERCUMA PADA 16 NOVEMBER 2019!

MAKANAN PERCUMA PADA 16 NOVEMBER 2019!

MAKANAN PERCUMA 16 NOVEMBER 2019 BERSAMAAN PADA HARI SABTU PADA JAM 8PM – 11PM!

Anda masih tidak ada plan untuk buat apa pada hari sabtu malam 16 November ini? Haaa, terbaik sangat tu. Jom datang beramai-ramai datang ke dewan MZ Rooftop Garden yang bertempat di Cheras KL! Kerana pada hari tersebut kami akan mengadakan GRAND OPENING untuk dewan MZ Rooftop Garden!

Semasa GRAND OPENING ini, banyak aktiviti & hadiah menarik menanti anda seperti Cabutan Bertuah, Persembahan Nyanyian, Persembahan Kebudayaan, diskaun sewa dewan sehingga RM5000, MAKANAN PERCUMA dan banyak lagi tau!

HAA, saya ulang semula ya. MAKANAN PERCUMA! So kepada siapa yang bukan mencari pakej Perkahwinan, pakej Dinner atau segala jenis pakej. Anda boleh je datang ke GRAND OPENING ini untuk menjamu selera tiada masalah, lebih 70 juadah yang sedap-sedap menanti anda semasa GRAND OPENING MZ Rooftop Garden ini.

Ini termasuk makanan seperti KAMBING GOLEK, CHAR KUEY TEOW, ROTI JOHN, ABC & CENDOL, LEMANG SI MERAH & RENDANG dan lain lain.

Bukan kaleng-kaleng lah orang kata kan, pekena pula kambing golek yang panas2 duduk dekat atas atap bangunan kena angin sepoi-sepoi bahasa. Pehhh layan orang kataaa, tak begitu? Hehe

Apa yang lagi menariknya adalah, TIADA CAJ KEHADIRAN DIKENAKAN & TIDAK PERLU SAHKAN KEHADIRAN untuk datang ke GRAND OPENING ini. Boleh datang terus, tiada masalah.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut berkaitan dengan GRAND OPENING ni pun tiada masalah, tekan disini

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi kami di 014-3180070(Syazwan)