BUFFET RAMADHAN DI MZ ROOFTOP GARDEN

BUFFET RAMADHAN DI MZ ROOFTOP GARDEN

BUFFET RAMADHAN DI MZ ROOFTOP GARDEN, NIKMATI PENGALAMAN BERBUKA PUASA LAIN DARIPADA YANG LAIN DENGAN KADAR YANG MURAH!

Siapa je yang tak suka bila bayar murah tapi dapat makanan yang sedap, berkualiti, pecah selera dan pelbagai aneka masakan kan? Tipulah kalau korang tak pernah idamkan bayar sikit tapi dapat makan banyak – banyak kan? Haa, berbaloi sangat sayang-sayangku sekalian. Ditambah pula dengan suasana yang mendamaikan, sambil menikmati juadah berbuka puasa pekena pula dengan angin malam yang meniup sepoi – sepoi bahasa gitu. Memang ngam habislah! Bila toleh kearah langit pula, langit penuh dengan kelipan bintang – bintang. Pehhh, lagilah merecik. Hahaha

Bukan khayalan tau semua ni. Ramadhan tahun 2020 ni MZ Catering bawa berita gembira untuk warga kota Cheras. Kerana kami akan membuat buffet ramadhan di dewan kami sendiri iaitu dewan MZ Rooftop Garden bermula daripada 02 Mei 2020 sehingga 20 Mei 2020. Bukan siapa yang tidak tahu di mana lokasi dewan ini, ianya betul – betul bersebelahan dengan Leisure Mall Cheras.

Mesti ramai tertanya – tanya kan, ada apa je nanti dekat buffet Ramadhan ni? Menarik sangat ke buffet di MZ Rooftop Garden ni? Haa, ni nak bagitahu. Of course lah menarik. Bukan menarik tau, tapi SANGAT – SANGAT MENARIK!! Kerana kami akan memberikan special price untuk sayang – sayang semua! Harga buffet Ramadhan kami serendah RM42.00 untuk dewasa dan untuk kanak – kanak dan warga emas RM25.00 sahaja. TETAPI! Ini adalah harga Early Birds yang memerlukan korang semua membuat tempahan awal selewat – lewatnya sebelum 1 Mei 2020. Selepas tarikh tersebut, harga akan berubah menjadi normal price iaitu bermula daripada RM49.00 untuk dewasa dan RM30.00 ringgit untuk kanak – kanak dan warga emas. Tapi still murah kan? Mana nak dapat dekat area KL harga serendah macamni, haa.

Berkaitan dengan harga dah settle, kita bergerak kearah menu pula ya. Menu yang kami kata pelbagai aneka masakan tadi tu adalah MZ Catering akan menyediakan lebih daripada 70 jenis juadah yang terdiri daripada hidangan pembuka selera, hidangan utama, minuman sampailah ke pemanis mulut. Itu tak menarik lagi. KHAS untuk korang semua, kita tambah lagi dengan 10 stall masakan panas yang terdiri daripada stall Kambing Bakar, Candy Buffet, Char Kuey Teow, Lemang & Rendang, Dimsum, makanan berasaskan Mee dan banyak lagi.

Yang paling istimewa kalau sayang – sayang pilih untuk berbuka puasa bersama kami, korang akan dapat makan sambil beramal. Kerana sebahagian dari pembayaran yang di buat oleh korang akan disalurkan dan didermakan pada golongan yang memerlukan. Satu lagi sebelum kami terlupa, untuk setiap tempahan 10 orang, pihak MZ Catering akan memberikan percuma untuk seorang! Orang putih panggil buy 10 free 1 gituuu. Hahahaha

Rasanya cukuplah sampai disini sahaja. Ingat tau, kenapa bayar lebih jika ada yang murah dan berbaloi. Jadikan buffet ramadhan MZ Catering pilihan untuk anda berbuka puasa bersama yang orang tersayang.

Sebarang pertanyaan lanjut, berkaitan Buffet Ramadhan MZ Catering, boleh terus hubungi kami di 014-3180070 (Syazwan) atau boleh layari laman sesawang kami di Facebook & Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *