PAKEJ PERKAHWINAN ALL IN 1! HANYA DI MZ CATERING

PAKEJ PERKAHWINAN ALL IN 1! HANYA DI MZ CATERING

PAKEJ PERKAHWINAN ALL IN 1 HANYA DI MZ CATERING! KAMI AKAN URUSKAN DARIPADA A TO Z, DARIPADA SEBELUM MAJLIS SEHINGGA MAJLIS SELESAI!

Sekarang ni dah jarang orang buat majlis di rumah dah kan? Kenangan rewang bersama keluarga, sedara mara semua dah tak ada dah tak macam dulu – dulu. Zaman sekarang semua orang nak mudah buat dekat dewan sahaja, takperlu lagi nak kemas lepas majlis. Kalau bab makanan tu panggil je catering, senang. Takperlu nak bertarung dekat dapur dengan kuali besar lagi. Hahahahaha

Tapi yang jadi masalah sekarang ni banyak kes penipuan yang melibatkan pihak caterer. Betul tak? Ada yang bawa lari duit pelanggan sehari sebelum majlis lah, ada yang dah bayar duit makanan tapi makanan tak sampai2 pada waktu ditetapkan dan pelbagai lagi masalah yang merunsingkan pihak pengantin. Sampai kebanyakkan orang dah tak percaya lagi dengan perkhidmatan catering ni.

Tidak lupa juga caterer lain yang terkena tempias teruk disebabkan hal ini, kerana kebanyakkannya orang percaya kesemua pihak caterer adalah sama. Tetapi hakikatnya mereka salah, kerana kesemua caterer tidak kesemuanya sama.

Kenapa saya kata semua caterer tidak sama? Kerana kami di MZ Catering sangat menjaga perkhidmatan kami, bagi kami kepuasan oleh para pelanggan kami itulah yang paling utama. Disebabkan hal itu, kami telah bertahan dalam industri ini lebih daripada 10 tahun!

Untuk pengetahuan anda juga, kami di MZ Catering bukanlah hanya menawarkan perkhidmatan catering sahaja. Malah, kami juga merupakan event planner yang membuat pelbagai jenis majlis! Diantaranya adalah majlis perkahwinan, majlis annual dinner, majlis graduasi dan pelbagai jenis majlis yang kami mampu buat.

Tapi sekarang ni, saya hanya nak fokuskan untuk pakej perkahwinan sahaja. Di MZ Catering, kami menawarkan 3 pilihan pakej untuk bakal pengantin. Ianya adalah Pakej Perkahwinan Silver(Ekonomi), Pakej Perkahwinan Gold(Lengkap) & Pakej Perkahwinan Platinum(Eksklusif).

Yang paling menariknya, apabila anda mengambil pakej dengan kami. Kami akan uruskan daripada A to Z untuk anda, daripada sebelum majlis bermula sehingga majlis selesai kami akan uruskan.

Kalau anda ambil pakej lengkap dengan kami, anda dah takperlu risau nak cari baju pengantin, makeup, kad pengantin dan lain – lain. Semua kami sediakan untuk anda, kiranya macam pakej all in 1 lah. Nak tengok pakej – pakejnya? Boleh tekan disini

Berkaitan dengan dewan pun anda tak perlu risau, kerana kami mempunyai lebih daripada 5 dewan untuk pilihan anda. Di Bangi sahaja kami ada 4 dewan dan 1 lagi dewan berada di Cheras Kuala Lumpur, menarik kan? Mana nak dapat dekat tempat lain kan. Hehe

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh je terus hubungi kami di 014-3180070 (Syazwan) atau boleh layari Facebook dan Instagram kami

NAK KAHWIN? NAK CATERING? INGAT MZ CATERING BANGI!

MZ ROOFTOP GARDEN! DEWAN PILIHAN TERBAIK

MZ ROOFTOP GARDEN! DEWAN PILIHAN TERBAIK

MZ ROOFTOP GARDEN! NAMA DEWAN BAHARU MZ CATERING YANG BERADA DI CHERAS KUALA LUMPUR!

 

Pada bulan 11 tahun ini, MZ Catering akan membuka dewan baharu bertempat di Cheras(Kuala Lumpur). Dewan ini diberikan nama MZ Rooftop Garden kerana dewan ini terletak di atas bumbung dan didekorasikan bertemakan ala garden.

Apa yang paling menariknya, dewan ini mempunyai 2 ruangan yang berbeza. Iaitu ruangan dalam dewan(berhawa dingin) dan ruangan luar dewan(open air).

Pada ruangan dalam dewan, dewan ini mampu memuatkan seramai 600 orang dalam 1 masa dan ruangan luar dewan pula mampu menampung kapasiti tetamu yang agak ramai tau! Menarik kan?

Di bawah ini adalah gambaran ruangan dalaman dewan dan ruangan luar dewan;

Ruangan dalam dewan

Ruangan luar dewan

Bukan itu sahaja tau, dewan ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang lain seperti ruangan parking yang luas(4 tingkat disediakan untuk ruangan parking), tandas yang bersih, bilik menunggu, surau dan lain – lain.

     

     

So, MZ Rooftop Garden ni amat sesuai untuk membuat pelbagai jenis majlis. Berkaitan dengan catering pula, anda tak perlu risau. Kerana kami di MZ Catering telah beroperasi lebih daripada 10 tahun jadi kami mempunyai pengalaman yang sangat meluas dalam bidang penyediaan/pengendalian makanan.

Bila anda mengambil pakej dengan kami, kami akan menguruskan majlis anda daripada A to Z. Sekarang anda tak perlu lagi bersusah payah untuk menguruskan majlis, cuma bagi pendapat dan kami akan uruskan. Senang kan? Hehe..

Haaaa, lupa nak bagitahu yang lokasi dewan ini sangat strategik tau. Ia tidaklah terletak di tengah2 kawasan Kuala Lumpur dan tidaklah terletak di hujung Kuala Lumpur. Untuk lagi mudah anda boleh tekan disini,  mesti jumpa punyalah tempat ni.

So anda tunggu apa lagi? Nak buat majlis disini? Tiada masalah, boleh terus hubungi kami di http://www.wassap.my/60143180070 (Syazwan) atau boleh pergi ke facebook Rooftop Garden

Jangan lambat- lambat lock date, takut nanti dah penuh anda yang rugi pula. Kami tak boleh nak tolong kalau tarikh yang anda inginkan diambil oleh orang lain, hehe.

 

DEWAN CANTIK DI CHERAS!

DEWAN CANTIK DI CHERAS!

MZ CATERING MEMBUKA DEWAN BARU DI CHERAS!

Hi semua, apa khabar? Semua sihat kee tuu? Saya harap semua dalam keadaan yang baik – baik belaka lah ye, kalau tak sihat tu jangan lupa makan ubat tau! Hehehe. Hmmm asal ek harini tetiba rasa macam nak menyanyi lagu kahwin je? Ohh… Yelah, kita nak update pasal majlis perkahwinan kan. Hahahaha, tapi berkaitan dengan apa tu? Haaa, jengjengjeng ni nak update sikit pasal MZ Catering ni! Anda dah sedia?! Okay jom kita start.

Untuk pengetahuan semua,  bulan 11 nanti MZ Catering akan membuka dewan baru yang berada di Cheras(Kuala Lumpur) tau! Dewan ini bertemakan ala – ala garden juga sama seperti MZ Garden Hall Bangi. Tapi apa yang menariknya berkaitan dengan dewan baru di Cheras ni? Kenapa perlu pergi sampai ke Kuala Lumpur untuk dapatkan dewan ni? Yang tu kena teruskan membaca hokeyy, manalah tahu ada plan nak buat majlis disini kann. Siapa tahu apa yang akan berlaku in future? Hehehe

Okay sambung balik, dewan ini mempunyai 2 kawasan yang berbeza iaitu kawasan dalam dewan dan kawasan luar dewan (Rooftop). Kawasan dalam dewan ini adalah kawasan yang berhawa dingin (Aircond). Manakala kawasan luar dewan adalah open air. Haa tapi yang bestnya dewan ni, untuk bahagian dalam dewan anda boleh pilih sama ada memerlukan berhawa dingin ataupun tidak. Yang mana rasa nak original air tu bolehh lah pilih untuk tidak berhawa dingin.

Di dalam bahagian dewan ini mampu untuk menampung kapasiti tetamu seramai 600 orang dalam 1 masa. Jadi tiada masalah untuk buat majlis yang mempunyai bilangan tetamu yang ramai. Kemudahan seperti surau, tandas, dan bilik persalinan turut disediakan di sekitar dewan bagi kemudahan semua orang.

Untuk kawasan luar dewan pula, kami akan meletakkan khemah lutsinar yang sangat cantik! Jadi kalau ada majlis sebelah malam tu mesti sangat menarik kerana disinari dengan cahaya bintang daripada langit, gittuuww. Memang grand habis punyalah!

Tapi, tahu tak apa yang paling menarik berkaitan dengan dewan ni? Haaa, dewan ini disertakan sekali dengan 3 tingkat ruangan parking yang luas. Jadi tiada masalah berkaitan parking dan takperlu risau lagi untuk alihkan kereta kot – kot terhalang kenderaan lain ke apa. Best kan? Haa

Nak tahu lebih lanjut berkaitan dengan dewan ni? Atau berminat dengan dewan di Cheras ni? Boleh terus hubungi kami di 014-3180070(Syazwan)

PAKEJ ANNUAL DINNER DI MZ CATERING!

PAKEJ ANNUAL DINNER DI MZ CATERING!

PAKEJ ANNUAL DINNER MURAH DI MZ CATERING!

KHAS untuk institusi Kerajaan, Swasta, NGO, Badan Persatuan, Kelab dan sebagainya yang ingin membuat majlis Annual Dinner! Kami di MZ Catering ada menyediakan pakej Annual Dinner yang sangat berpatutan! Confrim puas hati apabila ambil dengan kami.

Hujung tahun tak lari daripada orang membuat Majlis Annual dinner kan? Tapi memandangkan Majlis Annual Dinner dibuat hanya setahun sekali sahaja, ramai orang mengambil kesempatan ingin membuat yang GRAND & MELETOPS untuk memperingati majlis tersebut.

Tapi, mana nak dapat pakej Annual Dinner yang ada all in? Yang takperlu bersusah payah nak uruskan majlis, yang takperlu untuk datang ke dewan setiap masa untuk memastikan persiapan berjalan dengan lancar?

Haa, ni nak bagitahu. MZ Catering ada menyediakan apa yang anda cari tau! Kami ada menyediakan pakej Annual Dinner yang murah sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat! Apa yang paling penting, bila anda ambil pakej dengan kami. Kami akan uruskan daripada A to Z tau, daripada sebelum majlis sehingga majlis selesai kami akan bantu anda jika ada masalah yang timbul!

Tentang perkhidmatan kami, anda takperlu risau! Kerana kami telah beroperasi lebih daripada 10 tahun tau dalam bidang event planner ni. Cakap sahaja event apa, semua kami pernah buat. Semudah A B C je orang kata, hehe.

Tapi, untuk pengetahuan anda. Kami di MZ Catering bukan hanya menyediakan pakej Annual Dinner sahaja tau! Malah kami juga ada menyediakan dewan untuk kemudahan anda! Kat tempat lain mana ada menyediakan kedua duanya kan? Haa, ni lah antara specialnya kami berbanding dengan pihak caterer yang lain! Bukan 1, bukan 2 dewan yang kami sediakan untuk anda, tetapi 3 tau! So anda boleh pilih yang mana berkenan di hati

Gambar dewan mana? Dewan dekat mana? Apa kemudahan dewan yang disediakan? Haa, ni nak cerita sikit pasal dewan yang kami MZ Catering sediakan.

MZ Garden Hall

Dewan yang pertama adalah dewan MZ Garden Hall, yang terletak di Sg Merab Bangi berdekatan dengan pintu 1 Putrajaya. Boleh search je dekat waze MZ Garden Hall pasti jumpa. Dewan ini bertemakan ala Garden tau, sesuai untuk pelbagai jenis majlis. Yang lagi menariknya adalah, dewan ini mampu memuatkan seramai 700 orang dalam 1 masa tau! Lot parking yang disediakan juga mampu untuk menampung kapasiti tetamu yang ramai.ASDASDASDAS

Ini adalah contoh setup untuk dinner 700pax yang pernah kami buat di MZ Garden Hall. Dewan ini juga menyediakan ruangan pentas yang besar tau (30’x40′), so kalau nak buat persembahan ke apa memang sesuai lah orang cakap.

MZ D’ Tasik

Dewan kedua yang disediakan oleh kami adalah dewan MZ D’Tasik, terletak di Uniten Bangi merupakan destinasi pilihan kerana kedudukkan yang strategik. Dewan ini berlatarkan panorama tasik yang indah, sesuai untuk majlis pada sebelah malam. Mampu memuatkan 300 orang dalam 1 masa, sesuai untuk majlis yang sederhana besar.

Dewan ini mempunyai 2 ruangan yang berbeza, iaitu ruangan dalam(berpenghawa dingin) dan ruangan luar. Kedua dua ruangan ini dipisahkan dengan cermin kaca yang sangat cantik.

Dewan Baharu MZ!

Untuk pengetahuan anda, kami di MZ Catering akan membuka 1 dewan baharu yang berada di Cheras! Apa yang paling menarik berkaitan dengan dewan ini adalah, dewan ini mempunyai 2 ruangan yang berbeza. Iaitu ruangan dalaman(dewan) dan ruangan luaran(rooftop), ruangan dalaman akan didekorasikan dengan tema garden dan ruangan luaran akan diletakkan khemah lutsinar.

Nak tahu lebih lanjut berkaitan dengan dewan baharu kami? Ikuti perkembangan MZ Catering!

So, dengan adanya 3 pilihan dewan ini pasti lagi senang untuk anda membuat pilihan kan? So tunggu apa lagi, nak buat Annual Dinner? Jom buat dengan kami, MZ Catering adalah pilihan yang terbaik

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi kami di http://www.wassap.my/60143180070 (Syazwan) atau boleh layari FB kami di MZ Catering, Instagram kami mzcateringngardenhall

MZ CAFE BANGI, TEMPAT MAKAN TERBAIK!

MZ CAFE BANGI, TEMPAT MAKAN TERBAIK!

MZ CAFE BANGI! DESTINASI PILIHAN TERBAIK UNTUK MENJAMU SELERA

MZ Cafe Bangi merupakan tempat makan yang bertempat di Sungai Merab, Bangi. Waze je MZ Cafe Bangi pasti akan jumpa lokasi kedai makan ini.

MZ Cafe Bangi mempunyai lebih daripada 365 menu terdiri daripada Masakan Panas, Masakan Nusantara, Masakan Western, Masakan Ala – Thai, Ikan Bakar dan pelbagai lagi. Cakap sahaja menu apa, pasti anda akan jumpa bila berada di MZ Cafe Bangi ni!

10-minute lower body exercise for beginners | ghutv primobolan depot for sale double power ab king pro in pakistan | ab king pro pakistan

Antara menu yang wajib anda cuba semasa berada di MZ Cafe Bangi ni seperti Ketam Telur Masin, Sotong Goreng Crispy, Udang Butter, Makanan Western, Ikan Bakar dan Sup Gear Box. Kesemua menu ini merupakan hot selling di kedai MZ Cafe Bangi tau! So memang korang wajib cubalah kalau berada di MZ Cafe Bangi ni!

Latex Training Belt Exercise Tension Belt for Yoga Exercises Tension Ring Belts Unisex Fitness Equipment sustanon 250 injection price tuna and chicken rice diet – men’s fitness diet lose fat and increase muscle mass

Bukan itu sahaja tau, antara sebab lain yang menjadikan MZ Cafe Bangi sebagai destinasi pilihan tempat makan yang menarik adalah ruangan cafe yang sangat luas! Jadi tiada masalah untuk membawa keluarga yang besar menjamu selera disini, confrim selesa punyalah!

Ruangan parking yang disediakan juga mampu menampung kapasiti tetamu yang ramai. Kebiasaannya, bila kita pergi makan diluar, pasti ada masalah berkaitan dengan parking kan? Tak cukup parking lah, parking penuh lah dan pelbagai lagi masalah yang timbul kalau berkaitan dengan parking ni kan. Tapi di MZ Cafe Bangi ni, anda tak perlu risau lagi berkaitan dengan perkara ini. Boleh datang, dan terus parking sahaja. Tiada masalah orang kata

Selain itu, MZ Cafe Bangi ada menyediakan tempat makan duduk bersila tau(ala – ala kampung gitu). Siapa yang ingin duduk bersila, boleh tiada masalah. Kalau siapa yang nak duduk di kerusi pun boleh tiada masalah. Anda boleh pilih sendiri nak duduk kat mana, haa. Menarik kan?

Apa yang lagi menarik adalah, di MZ Cafe Bangi ada menyediakan tempat mainan kanak2 yang diberi nama Bouncy Castle! Dengan adanya Bouncy Castle ni ibu bapa dapat menjamu selera dengan tenang dan santai sambil memerhati anak mereka bermain di Bouncy Castle.

Lupa pula nak bagitahu, MZ Cafe Bangi juga pernah terpilih oleh rancangan yang popular pada masa ini iaitu Jalan Jalan Cari Makan sebagai destinasi untuk makan di area Bangi ni tau! Nak tengok video dia? Boleh tekan disini

Perkhidmatan penghantaran makanan pun MZ Cafe Bangi ada buat tau! Ianya dikenali sebagai MZ Delivery, tapi perkhidmatan penghantaran makanan yang disediakan oleh MZ Cafe Bangi ni hanya cover 7.5KM sahaja. Lebih daripada itu, pihak MZ Cafe Bangi tidak akan membuat penghantaran!

Cara nak buat order senang sahaja, boleh pergi ke Google Playstore & Apps Store dan cari MZ CafeCatering. Pasti jumpa, takpun boleh terus pergi ke www.mzdelivery.com

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan MZ Cafe Bangi atau ingin membuat tempahan meja, boleh terus hubungi 014-3160040 (Syana)

KEDAI MAKAN SEDAP DI BANDAR BARU BANGI!

KEDAI MAKAN SEDAP DI BANDAR BARU BANGI!

Syurga makanan berada di Bangi!

Pada 22 Jun 2008, Bangi Bandar Ilmu telah dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar sejajar dengan hasrat kerajaan negeri yang sedang memulakan Program Jejak Ilmuwan di negeri Selangor pada masa itu.

Hasrat menjadikan Bandar Baru Bangi sebagai bandar yang terus berfungsi melahirkan generasi `Iqra` dan penempatan yang menepati `Baldah Tayyibah wa Rabbun Ghafur`, sekali gus sebagai Bandar Al-Baladil Amin`. Ini selaras kedudukannya dengan dikelilingi pelbagai institusi pengajian tinggi diantaranya seperti UKM, UNITEN, UNIKL, USIM, UPM, MMU, LIMKOKWING, KUIS, GMI, DLL.

Disebabkan hal itu, kebanyakkan penduduk di Bangi boleh dikatakan terdiri daripada pelajar remaja yang melanjutkan pengajian tinggi di IPTA/IPTS

Dalam pada itu, banyak pengusaha tempat makan mengambil peluang untuk membuka kedai makan kerana mereka tahu akan permintaannya. Dari kedai makan biasa, western, sehinggalah tempat makan cafe(hipster). Cakap sahaja nak makan apa, mesti jumpa kalau berada di Bangi ni. Syurga makanan lah katakan

Tidak ketinggalan, MZ Cafe Bangi juga termasuk dalam senarai tempat makan yang sering dikunjungi oleh ramai orang. Hal ini kerana, MZ Cafe Bangi mempunyai pelbagai jenis hidangan seperti Masakan Panas, Masakan Western, Masakan Ala Thai, Ikan Bakar, Mee Celup. Untuk makanan sampingan pula, MZ Cafe Bangi ada menyediakan Colek, Kerang Rebus/Bakar, Keropok Lekor dan lain lain lagi!

 

Bukan hanya mempunyai pelbagai jenis masakan sahaja, malah MZ Cafe Bangi mempunyai ruangan tempat makan yang sangat luas dan selesa. Sesuai untuk keluarga besar menjamu selera.

Pada sebelah malam, MZ Cafe Bangi ada menyediakan tempat mainan kanak2 yang diberi nama Bouncy Castle. Bouncy Castle merupakan tempat mainan kanak2 yang digemari pada masa ini. Dengan adanya Bouncy Castle ni, ibu bapa dapat menjamu selera dengan tenang dan santai sambil memerhati anak mereka.

Yang lagi bestnya, di MZ Cafe Bangi anda tidak perlu risau lagi tentang masalah parking kereta. Kerana disini, kami mempunyai ruangan lot parking yang luas. Ianya boleh memuatkan kapasiti tetamu yang ramai, tiada masalah. Hehe

DEWAN CANTIK & MELETOPS DI BANGI!

DEWAN CANTIK & MELETOPS DI BANGI!

Di Bangi terdapat satu dewan cantik dikenali sebagai dewan MZ Garden Hall. Ianya bertempat di Sg Merab, Bangi berdekatan dengan pintu 1 Putrajaya. Dewan ini merupakan dewan marqueetent kedua terbesar di Putrajaya selepas dewan PICC. Dewan ini juga mampu memuatkan seramai 700 orang dalam 1 masa termasuk dengan peralatan seperti kerusi dan meja. Contoh setup 700PAX

Bukan sahaja dapat menampung kapasiti tetamu yang ramai, malah dewan ini juga bertemakan ala garden yang sesuai untuk pelbagai jenis majlis. Didekorasikan dengan hiasan lampu yang cantik dapat menaikkan lagi seri dewan ini. Kalau nak buat majlis perkahwinan disini, saya boleh cakap memang sesuailah. Confrim ramai orang akan ingat majlis anda kerana dekorasi dewan yang cantik.

Bukan itu sahaja, dewan ini dilengkapi dengan pelbagai jenis peralatan seperti stall makanan, pentas yang luas, photobooth yang cantik, tempat makan meja beradab dan yang paling special tak semua dewan ada adalah permainan kanak2 iaitu bouncy castle!

 

 

 

 

 

 

Menarik kan? So kalau buat majlis disini memang berbaloi lah orang kata, semua kemudahan disediakan. Macam saya cakap tadi, bukan sahaja untuk majlis perkahwinan boleh buat dekat sini. Tetapi boleh buat majlis annual dinner, majlis graduasi dan pelbagai lagi jenis majlis!

Lokasi MZ Garden Hall juga sangat strategik kerana berhampiran dengan Bangi dan Putrajaya, kalau waze MZ Garden Hall mesti terus jumpa. Takmungkin akan sesat punyalah, saya jamin 100%. Bila dah sampai nanti, anda akan melihat pintu gerbang MZ Garden Hall yang sangat gah tau!

Bukan hanya dewan, malah kami juga ada menyediakan perkhidmatan katering dengan harga yang sangat berpatutan. Cakap sahaja nak buat menu apa, inshaAllah kami boleh uruskan untuk anda. Kerana kami mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang penyediaan/pengendalian makanan. Hehe

So lepasni kalau nak buat majlis ke apa boleh terus hubungi kami di 0143180070 (Syazwan) atau boleh layari laman sosial kami di Instagram dan juga Facebook

#mzgardenhall #mzgardenhallbangi #gardenhall #dewan #dewanbesar #dewancantik #dewancantik #dewanmurah #dewanperkahwinan #perkahwinan #annualdinner #dinner #besar #alagarden

HARI RAYA HAJI 11 OGOS 2019!

HARI RAYA HAJI 11 OGOS 2019!

Umat islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji pada tarikh 11 Ogos 2019 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1440 Hijrah. Demikian merujuk kepada tarikh – tarikh penting dalam Islam tahun 2019M – 1440H bagi negara ini.

Keputusan untuk menetapkan tarikh Hari Raya Haji adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik).

Hari Raya Aidiladha ialah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s.dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Hari Raya Aidiladha ialah ibadat korban. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Pada Hari Raya Aidiladha, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

#hariraya #harirayaaidiladha #raya #aidiladha #harirayakorban #harirayahaji #islam #umatislam #muslim #muslimah #mzcatering #catering #pakejaqiqah #aqiqahmurah #aqiqah #perayaanislam #perayaan #kambing #lembu #korban #kambingbiribiri #solatsunat #solat #sunat #solatraya #sunnah #sunat #sunatmuakkat #kisahnabi

PAKEJ AQIQAH MURAH DI BANGI!

PAKEJ AQIQAH MURAH DI BANGI!

Pakej Aqiqah murah di Bangi! Hanya di MZ Catering!

Aqiqah membawa maksud penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Perkataan aqiqah dari kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran dan hukum aqiqah adalah sunat muakadd iaitu sunat yang paling digalakkan.

Jadi disebabkan hal itu, permintaan tentang pakej Aqiqah sangat menggalakkan. Maka kami di MZ Catering menyediakan pakej Katering Aqiqah KHAS untuk anda! Apa yang paling penting, harga yang kami tawarkan adalah harga yang sangat berpatutan sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Harga pakej Katering Aqiqah kami bermula daripada RM12.50 dengan menawarkan pelbagai aneka masakan! Yang paling menarik, kita juga ada menyediakan Kambing Golek tau! Bukan biasa biasaa, haa. Mana nak dapat dekat tempat lain yang sediakan A to Z macamni.

Kalau nak sewa khemah, kerusi dan meja dengan kami pun tiada masalah. Sebab kami juga ada menyediakan perkhidmatan sewaan barangan seperti berikut. Apa yang paling penting, harga sangat berpatutan! Sesuai untuk pelbagai jenis golongan masyarakat! Hehe

Kalau nak lebih mudah, hubungi kami terus di talian 014-3180070(Syazwan). Kami akan bantu anda daripada A to Z, tiada masalah. Hehe

Ingat pakej Aqiqah murah, Ingat MZ Catering!

BUFFET RAMADHAN MZ CATERING

BUFFET RAMADHAN MZ CATERING

BUFFET RAMADHAN

Kami di MZ Catering menyambut kedatangan Ramadhan 2019 dengan kepelbagaian adat tradisi hidangan Malaysia bersama beberapa hidangan kegemaran Antarabangsa di MZ Cafe Bangi. Semarakkanlah semangat bulan Ramadhan bersama keluarga, sahabat handai dan kawan sekerja di MZ Cafe Bangi pada bulan Ramadhan ini! Daripada hidangan pembuka selera, hidangan utama, sehinggalah ke manisan, semestinya mempunyai suatu kelainan untuk anda menjamu selera.

MZ Cafe Bangi yang terletak di Sg Merab, Bangi merupakan tempat yang sangat strategik kerana lokasinya berhampiran dengan Putrajaya, Bangi dan juga Sepang.  menjadi pilihan MZ Catering untuk membuat buffet Ramadhan pada tahun ini. Selain lokasi yang strategik, MZ Cafe Bangi juga menyediakan kawasan parking yang luas dan mampu menampung kapasiti tetamu yang ramai serta tidak mengenakan sebarang caj untuk parking. Selain itu, MZ Cafe Bangi juga kawasan surau yang tersendiri dan berhampiran dengan masjid untuk menunaikan solat fardu Maghrib.

Bersempena dengan Ramadhan 2019 ini, kami menghidangkan lebih daripada 40 menu untuk santapan anda. Untuk masakkan panas pula seperti Kambing Golek, Satay Bakar, Char Kuey Teow, dan Keropok Lekor ianya akan dimasak secara live. Di bahagian pencuci mulut pula, kami menyediakan pelbagai jenis manisan seperti Aiskrim, Kek, Bubur Kacang dan lain – lain. Manakala untuk bahagian lauk pauk, kami mempunyai pelbagai jenis masakan Ayam, masakan Daging dan juga masakan Ikan.

Kami mempunyai 2 harga yang berbeza iaitu harga untuk Early Bird(buat siapa yang menempah seminggu awal) dan juga harga biasa(buat siapa yang walk in pada hari kejadian). Harga Early Bird untuk dewasa ialah RM39.90, Manakala kanak-kanak & warga emas RM24.90. Bagi harga biasa pula ialah RM44.90 untuk dewasa manakala kanak-kanak & warga emas RM29.90!

Untuk tempahan berbuka puasa/sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di talian 014-3180070 (Syazwan)

Bagi siapa yang ingin merasai sendiri suasana Buffet Ramadhan atau ingin merasa masakan daripada pihak MZ Catering, kami akan mengadakan pre Buffet pada 30 April 2019. Pada hari tersebut, tiada caj dikenakan untuk masuk.