KHIDMAT CATERING YANG DISEDIAKAN

KHIDMAT CATERING YANG DISEDIAKAN

BERKHIDMAT BIDANG F&B LEBIH DARI 19 TAHUN

Menyediakan khidmat catering dari A – Z. Kelebihan memilih service kami

SERVIS BERKUALITI
& TERBAIK

MAKANAN DIJAMIN SEDAP

PERALATAN LENGKAP

PAKEJ KAHWIN

Menyediakan pakej pernikahan & perkahwinan lengkap all in one dengan harga yang berpatutan di sekitar Bangi, Putrajaya & kawasan yang berhampiran.

PAKEJ TUNANG

Pakej pertunangan dengan harga yang berpatutan turut disediakan & lokasi majlis pertunangan boleh dijalankan berdasarkan permintaan pelanggan.

PAKEJ AQIQAH

Buat ibubapa yang ingin menjalankan majlis aqiqah untuk anak mereka, MZ Catering juga menawarkan pakej aqiqah dengan harga yang berpatutan.

PAKEJ DINNER

Pakej makan malam yang sesuai dijalankan antara staff-staff syarikat, pelajar universiti & pelajar sekolah dengan pilihan menu yang menarik.

PAKEJ SEMINAR/Meeting/ kursus/ OFFICE

MZ Catering juga menawarkan pakej seminar, meeting dan kursus untuk badan-badan kerajaan, NGO & syarikat swasta dengan pilihan menu mengikut citarasa pelanggan. 

PAKEJ lunch, hi-tea

Bukan sahaja penghantaran percuma area Bangi & Putrajaya, malah pakej lunch & hi-tea juga menawarkan servis set up makanan, meja dan kelengakapan secara percuma juga.

PAKEJ BIRTHDAY PARTY/ DINNER

Sambutan hari jadi kini lebih meriah jika mengambil pakej birthday party dengan MZ Catering, harga termasuk dengan pramusaji & hiasan sepanjang majlis. 

Jenis jenis Setting meja

SETTING VIP

SETTING MEETING STYLE/CLASSROOM

SETTING BUFFET

JENIS
JENIS
MASAKAN

Menu Western

Masakan Bergoreng

Masakan Kampung

Menu Set

Menu Hi-Tea

Masakan Berkuah

Kuih Muih

CHEF

Telah berkhidmat sebagai tukang masak selama lebih 20 tahun, mahir dalam masakan melayu.

KAMI

Telah berkhidmat sebagai tukang masak selama lebih 15 tahun, mahir dalam masakan melayu dan ala thai.

PELANGGAN KAMI

Kekemasan RUang Masakan

Menerapakan sistem 5s, SOP Halal JAKIM, Kawalan bahan mentah, kawalan penyimpanan, Kawalan proses penyediaan, Kawalan pembersihan premis, kawalan mahluk perosak. 

KAMI JUGA MENYEDIAKAN SERVICE

DEWAN KAMI

Menyediakan penyewaan dewan dan pakej termasuk vanue majlis  di dalam yang tersergam indah.

LAWATI KAMI

Pakej & Dewan

Pakej & Dewan

DEWAN DAN PAKEJ

Pakej, Dewan dan Fasiliti yang disediakn untuk anda. Kami memastikan perkhidmatan terbaik untuk anda.

SENARAI LOCK DATE DEWAN-DEWAN MZ

Sila pastikan tarikh dan vEnue yang anda kehendaki masih kosong

PAKEJ WEDDING

PAKEJ PLATINUM

  • MENU UTAMA TETAMU & TEA CORNER
  • MENU MAKAN & HIASAN MEJA BERADAB
  • SET PELAMIN
  • SET RENJIS & KIPAS
  • MAKE – UP
  • SET PERSALINAN LELAKI & PEREMPUAN
  • FOTOGRAFI
  • FOC ITEMS (KEK PENGANTIN 3 TINGKAT , DJ & PA SYSTEM , BILIK PERSALINAN , CENDOL , PENGINAPAN 2H1M DI ROYAL PARK HOTEL , SEEKOR KAMBING GOLEK)
  • KELENGKAPAN DEWAN
IMG_0522
IMG_6255

PAKEJ GOLD

  • MENU UTAMA TETAMU & TEA CORNER
  • MENU MAKAN & HIASAN MEJA BERADAB
  • SET PELAMIN
  • SET RENJIS & KIPAS
  • 2 SESI MEKAP (NIKAH & SANDING)
  • SET PERSALINAN NIKAH & SANDING (L&P)
  • FOTOGRAFI
  • FOC ITEMS (KEK PENGANTIN 2 TINGKAT , DJ & PA SYSTEM , BILIK PERSALINAN ,AISKRIM , CENDOL , PENGINAPAN 2H1M DI ROYAL PARK HOTEL)
  • KELENGKAPAN DEWAN

MZ GARDEN HALL

Dewan marquee tent bertemakan Ala Garden, dewan ini berkeluasan 15,000 sqft manakala pentas seluas (30f X 40f). Suasana nyaman dan kondusif ditambah air cooler. Dewan ini mampu memuatkan sehingga 800 tetamu pada 1 masa. Lokasi yang strategik. Dapur katering yang berada di belakang dewan sahaja. Ruang parking yang luas

BUFET

DEWAN UTAMA

MEJA VIP

PHOTOBOOTH

PELAMIN

MEJA BERADAB

MZ FOUNTAIN HALL

Dewan full aircond yang terletak di Sungai Ramal, Kajang. Dewan ini mampu memuatkan sehingga 1000 tetamu pada 1 masa. Selain daripada dewan utama, MZ Fountain Hall juga mempunyai ruangan nikah outdoor dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lengkap juga disediakan termasuk bilik VIP, surau, tandas & parking yang luas,

DEWAN UTAMA

MEJA BERADAB

PADANGAN LUAR

DEWAN DARI LUAR

POLARIS B

POLARIS A

AURORA HALL

BILIK VIP

SURAU

TANDAS

PARKING 4 TINGKAT

CEMPAKA SWEET HALL

Dewan yang bertemakan ala garden yang terletak di PKNS, Bandar Baru Bangi dan terbahagi kepada dua ruang utama iaitu ruang dalam & ruang luar Cempaka Sweet Hall. Ruang dalam merupakan full aircond dewan yang boleh memuatkan 150 orang tetamu dalam satu masa manakala ruang luar merupakan open air area yang boleh memuatkan 100 orang tetamu dalam satu masa. Kemudahan juga tersedia termasuk bilik persiapan, tandas & parking.

MEJA BERADAB

MEJA VIP

BUFFET

DEWAN UTAMA

KAWASAN LUAR

HORTUS HALL

MAEPS
HALL

HUBUNGI KAMI

MZ CATERING AND WEDDING

MZ CATERING AND WEDDING

Perkhidmatan catering seleruh kawansan Bangi, Putrajaya, dan Kuala Lumpur. Kami juga menyediakan pelbagai pakej yang menarik merangkumi Pakej perkahwinan, penyediaan dewan dan sebagainya. (click here)

PAKEJ KATERING BERBUKA PUASA

PAKEJ KATERING BERBUKA PUASA

 


PAKEJ KATERING BERBUKA PUASA DI MZ FOUNTAIN HALL

(Min 200pax)
012-240 6070

Dah ada perancangan untuk membuat majlis berbuka puasa untuk Kelab/Persatuan/Alumni/Staff Syarikat/Rumah Kebajikkan dan lain lain? Anda boleh survey dengan pakej katering yang disediakan oleh kami

Untuk pengetahuan anda, MZ Catering telah beroperasi lebih daripada 10 tahun. Jadi kami mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang penyediaan/pengendalian makanan, tentang kualiti? Anda tidak perlu risau.

Berminat? Boleh hubungi kami di http://www.wassap.my/60102406070

PAKEJ OPEN HOUSE

PAKEJ OPEN HOUSE

 


PAKEJ AKIKAH RM10.50/PAX
4 JENIS PILIHAN MENU

(Min 100pax)
014-3180070 (SYAZWAN)

Kepada siapa yang sedang mencari pakej open house tu bolehlah survey dengan kami. Kami merupakan syarikat bumiputera yang telah beroperasi lebih daripada 10 tahun, tentang perkhidmatan dan kualiti makanan apa yang saya boleh cakap, kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik!

 

 

DEWAN CANTIK DI BANGI!

DEWAN CANTIK DI BANGI!

Dewan cantik di bangi

Pada zaman ibu dan ayah kita dulu, dewan perkahwinan bukanlah perkara yang penting kerana mereka lebih suka untuk membuat kenduri kahwin di rumah mereka sahaja. Bukan kerana dapat menjimatkan kos semata mata, tetapi apabila buat di rumah ianya secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara keluarga dan sedara mara kerana dapat berkumpul bersama membuat rewang.

Tetapi, hidup kita sering berubah mengikut pengedaran masa. Sekarang, orang ramai lebih cenderung untuk membuat kenduri di dewan kerana lebih mudah. Disebabkan itu, perkhidmatan caterer dapat tumbuh seperti cendawan kerana mempunyai permintaan yang banyak dikalangan masyarat

Tetapi tahukan anda? Di Bangi terdapat caterer yang menawarkan dewan perkahwinan yang cantik untuk anda?

Ianya adalah dewan marqueetent yang terletak di Sg Merab, Bangi yang diberi nama MZ Garden Hall
Untuk pengetahuan anda, MZ Garden Hall merupakan dewan marqueetent kedua terbesar di Putrajaya selepas dewan PICC. Dewan ini didekorasikan dengan tema ala garden yang pasti sangat sesuai untuk majlis perkahwinan. Bukan itu sahaja, dewan ini mampu memuatkan seramai 700 orang dalam 1 masa. Jadi tiada masalah untuk membuat majlis yang besar besar.

Apa yang paling menarik adalah dewan ini mempunyai pentas yang luas(30’x40′). Seperti yang saya cakap, ianya sangat sesuai untuk membuat majlis perkahwinan yang mempunyai bilangan tetamu yang ramai.
Bukan itu sahaja, didalam dewan ini ada menyediakan tempat makan meja beradab yang tersendiri. Bukan meja beradab sahaja, malah di dewan ini juga mempunyai photobooth yang kedua duanya didekorasikan dengan tema ala garden yang sangat cantik.

Cantik kan? Haaa ada lagi yang menarik tau, dewan MZ Garden Hall ni juga mempunyai permainan bouncy castle! Iaitu permainan kanak kanak yang sangat menarik. Jadi tuan rumah atau makayah takperlu risau lagi tentang anak kecil yang akan mengganggu majlis kerana mereka akan duduk diam dan bermain pada 1 tempat sahaja.

MZ Garden Hall bukan sahaja dewan cantik di bangi malah ianya juga mempunyai pelbagai jenis kemudahan yang disediakan seperti tempat parking yang luas, surau, tandas, tempat basuh tangan dan lain lain.

Tapi dewan ni bukan sahaja boleh buat majlis perkahwinan je tau, dewan ini juga boleh membuat pelbagai jenis majlis antaranya adalah majlis annual dinner, majlis persaraan, majlis reunion, hi tea dan pelbagai lagi jenis majlis.

 

Anda berminat? Boleh terus WhatsApp kami di http://www.wassap.my/60143180070 untuk bertanya dengan lebih lanjut. Tak kenal maka tak cinta bukan? Hehe

Bila Ada Orang Tanya “Bila Nak Kahwin?, Kau Jangan Gelabah. Kau Jawab Ni

Bila Ada Orang Tanya “Bila Nak Kahwin?, Kau Jangan Gelabah. Kau Jawab Ni

Stress orang yang belum berkahwin bila di tanya, “bila nak kahwin?” Walhal kadang – kadangnya ada yang sudah lama berusaha tapi masih belum ada rezeki.

Jika kau masih bujang, mesti saudara mara ataupun makcik korang ada yang tanya soalan macam ni dekat korang kan;

“BILA NAK KAWIN?”

Kau jangan gelabah. Kau jawab je dengan tenang,

“InshaAllah, doakan saya dapat jodoh yang baik.” Sambil mengukir senyuman.

Jodohkan rahsia Allah, biarlah kau serahkan pada Allah. Takperlu nak ambil hati pun kalau ada orang tanya kau soalan macamtu.

.
.

Jodoh takkan lari bila dikerja, takkan datang jika tak ikhtiar. Kalau orang yang kau suka nak pergi tu lepaskan dia dengan rela. Mungkin si dia hadir sekadar persinggahan. Sama ada kau belajar sesuatu daripada dia ataupun dia belajar sesuatu daripada kau.

.
1. Kau serahkan hal ehwal jodoh kepada Allah. Tapi kau kenalah berusaha juga. Usaha dari perilakuan, perbuatan dan perkataan.

2. Apapun, berdoakan dan beristikharahlah. Mohon petunjuk Allah. Sesungguhnya hanya Allah tahu siapa jodoh yang terbaik untuk kita.

3. Jika ada yang berkenan, semoga proses ta’aruf itu dipermudahkan Allah, InshaAllah dia lah jodoh yang terbaik. Jika sebaliknya, bersabarlah. Mungkin belum masanya untuk Allah temukan kau orang dengan jodoh yang terbaik untuk kau.

4. Jika sudah mendapat petunjuk, teruskan langkah. Jika dia jodoh yang Allah tetapkan untuk kita, pasti Allah akan mempermudahkan segalanya.

5. Apabila Allah menginginkan dua hati bertemu, dia akan menggerakkan keduanya. Tidak hanya salah satu hati.

6. Tapi jangan cuba nak try jodoh orang lain pula ye. Dah kau orang tahu dia dah berpunya, takpayah nak cuba juga. Tak elok kau bahagia, orang lain pula derita. Binalah rumah tangga tanpa buat orang lain sengsara.

7. Jodoh ni kalau benar-benar kau sudah sedia ia akan berlaku sekejap sahaja. Contohnya berkenalan bulan satu, bertunang bulan lima dan berkahwin bulan tujuh. Ataupun lebih pantas daripada itu. Kenal kejap terus akad nikah.

8. Pada kaum lelaki, persiapan diri dengan ilmu pengetahuan, agama, pengurusan kewangan dan motivasi diri. Kawal marah dan tingkatkan kesabaran. Jadilah setia, penyayang, jujur serta ikhlas. Jika kau sudah sedia, tentunya Allah akan tunjukkan jodoh kita.

9. Pada kaum wanita, takperlulah bersedih jika jodoh belum sampai walaupun sudah berusia. Ada hikmah disebaliknya. Perancangan Allah Maha Hebat. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Senyumlah dan sabar menunggu jodoh. Berusaha dan berilah ruang dan peluang pada mereka mahu mengenali diri kau. Mana tahu jodoh kau orang sebenarnya ada depan mata. Rupa bukanlah segala-galanya. Ingat tu.

10. Kau harus bersyukur kenapa Allah belum jumpakan aku dengan jodoh kau. Mungkin Allah mahu kau jaga makayah dan keluarga kau dulu. Beri sepenuhnya perhatian kepada mereka.

.

Jodoh takkan datang jika kau tak usaha. Kalau kau tak berani nak ucap isi hati kau, memang kau taktahu dia pun ada rasa yang sama dekat kau ataupun tak. Usaha dulu dan tawakal pada Allah.

Semoga tahun depan kau akan jadi suami ataupun isteri orang. InshaAllah. Aaminn