OPEN DAY MZ CATERING KEMBALI LAGI!

OPEN DAY MZ CATERING KEMBALI LAGI!

OPEN DAY MZ CATERING KEMBALI LAGI | Hi. Siapa kat sini nak kahwin tetapi masih tercari-cari lokasi dan pakej perkahwinan idaman hati? Haa, ni kami ada berita baik untuk anda semua. Pada tarikh 6 April 2019 nanti kepada bakal-bakal pengantin jom beramai-ramai datang ke MZ Garden HallBangi kerana kat sana ada OPEN DAY yang dianjurkan oleh MZ CATERING

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan kali keempat kami membuat OPEN DAY diatas permintaan ramai oleh para pelanggan kami. Dan pada hari OPEN DAY ini kami akan menawarkan pakej perkahwinan yang menarik, iaitu penjimatan sehingga RM7,000 ringgit!

Bukan itu sahaja tau! Buat pertama kalinya kami akan memberikan DEWAN SECARA PERCUMA kepada siapa yang LOCK DATE dengan kami! Ianya bersempena dengan pembukaan dewan baharu kami di Kajang yang dijangka siap pada bulan 4 ini!

Selain daripada dewan baharu di Kajang nanti(MZ Hortus Hall), kami juga mempunyai dewan yang lain untuk anda memilih yang mana berkenan dihati. Ianya adalah MZ Garden Hall dan MZ D’Tasik. Bak kata orang, lagi banyak pilihan lagi bagus, kan? Hehe

MZ Garden Hall

Dewan MZ Garden Hall merupakan dewan marqueetent kedua terbesar di Putrajaya selepas dewan PICC, ianya mampu memuatkan seramai 700 orang dalam 1 masa. Dekorasi dewan ini bertemakan ala garden yang sesuai untuk pelbagai jenis majlis. Lokasi dewan ini di Sg Merab, Bangi.


MZ D’Tasik

Dewan MZ D’Tasik adalah dewan yang bertemakan eksklusif dengan pemandangan panorama tasik yang indah. Bagi siapa yang menginginkan kelainan, boleh cuba di dewan ini. Dewan ini mempunyai bahagian luar dan bahagian dalam. Pada bahagian dalam dewan mempunyai aircond iaitu tempat pelamin, meja beradab dan lain lain. Lokasi dewan ini di Uniten, Bangi.


Jadi anda tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Takut nanti kami dah tak buat OPEN DAY, anda yang rugi! Pada siapa yang nak berkahwin pada hujung tahun 2019, atau pada tahun 2020 pun boleh datang! Tiada istilah terlampau awal! Takut nanti tarikh yang anda inginkan dirampas orang kan dah pening kepala.

Lagi satu lupa nak bagitahu, semasa OPEN DAY nanti. LOCK DATE kami serendah RM200 ringgit sahaja! Bukan itu sahaja, pembayaran LOCK DATE boleh menggunakan CASH dan juga CARD CREDIT/DEBIT! Bagi siapa yang takut nak bawa duit yang banyak sekali gus tu bolehlah menggunakan card credit. Tiada masalah.

Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh WhatsApp kami terus di http://www.wassap.my/60143180070 kami sedia menolong anda!

Facebook : MZ Catering
Instagram : mzcateringngardenhall
Website : mzcatering.com

Lot5057, Jalan Utama,
Kampung Dato Abu Bakar Baginda,
43650 Bandar Baru Bangi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *