BUFFET RAMADHAN MZ CATERING

BUFFET RAMADHAN MZ CATERING

BUFFET RAMADHAN

Kami di MZ Catering menyambut kedatangan Ramadhan 2019 dengan kepelbagaian adat tradisi hidangan Malaysia bersama beberapa hidangan kegemaran Antarabangsa di MZ Cafe Bangi. Semarakkanlah semangat bulan Ramadhan bersama keluarga, sahabat handai dan kawan sekerja di MZ Cafe Bangi pada bulan Ramadhan ini! Daripada hidangan pembuka selera, hidangan utama, sehinggalah ke manisan, semestinya mempunyai suatu kelainan untuk anda menjamu selera.

MZ Cafe Bangi yang terletak di Sg Merab, Bangi merupakan tempat yang sangat strategik kerana lokasinya berhampiran dengan Putrajaya, Bangi dan juga Sepang.  menjadi pilihan MZ Catering untuk membuat buffet Ramadhan pada tahun ini. Selain lokasi yang strategik, MZ Cafe Bangi juga menyediakan kawasan parking yang luas dan mampu menampung kapasiti tetamu yang ramai serta tidak mengenakan sebarang caj untuk parking. Selain itu, MZ Cafe Bangi juga kawasan surau yang tersendiri dan berhampiran dengan masjid untuk menunaikan solat fardu Maghrib.

Bersempena dengan Ramadhan 2019 ini, kami menghidangkan lebih daripada 40 menu untuk santapan anda. Untuk masakkan panas pula seperti Kambing Golek, Satay Bakar, Char Kuey Teow, dan Keropok Lekor ianya akan dimasak secara live. Di bahagian pencuci mulut pula, kami menyediakan pelbagai jenis manisan seperti Aiskrim, Kek, Bubur Kacang dan lain – lain. Manakala untuk bahagian lauk pauk, kami mempunyai pelbagai jenis masakan Ayam, masakan Daging dan juga masakan Ikan.

Kami mempunyai 2 harga yang berbeza iaitu harga untuk Early Bird(buat siapa yang menempah seminggu awal) dan juga harga biasa(buat siapa yang walk in pada hari kejadian). Harga Early Bird untuk dewasa ialah RM39.90, Manakala kanak-kanak & warga emas RM24.90. Bagi harga biasa pula ialah RM44.90 untuk dewasa manakala kanak-kanak & warga emas RM29.90!

Untuk tempahan berbuka puasa/sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di talian 014-3180070 (Syazwan)

Bagi siapa yang ingin merasai sendiri suasana Buffet Ramadhan atau ingin merasa masakan daripada pihak MZ Catering, kami akan mengadakan pre Buffet pada 30 April 2019. Pada hari tersebut, tiada caj dikenakan untuk masuk.

 

DEWAN CANTIK DI BANGI!

DEWAN CANTIK DI BANGI!

Dewan cantik di bangi

Pada zaman ibu dan ayah kita dulu, dewan perkahwinan bukanlah perkara yang penting kerana mereka lebih suka untuk membuat kenduri kahwin di rumah mereka sahaja. Bukan kerana dapat menjimatkan kos semata mata, tetapi apabila buat di rumah ianya secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara keluarga dan sedara mara kerana dapat berkumpul bersama membuat rewang.

Tetapi, hidup kita sering berubah mengikut pengedaran masa. Sekarang, orang ramai lebih cenderung untuk membuat kenduri di dewan kerana lebih mudah. Disebabkan itu, perkhidmatan caterer dapat tumbuh seperti cendawan kerana mempunyai permintaan yang banyak dikalangan masyarat

Tetapi tahukan anda? Di Bangi terdapat caterer yang menawarkan dewan perkahwinan yang cantik untuk anda?

Ianya adalah dewan marqueetent yang terletak di Sg Merab, Bangi yang diberi nama MZ Garden Hall
Untuk pengetahuan anda, MZ Garden Hall merupakan dewan marqueetent kedua terbesar di Putrajaya selepas dewan PICC. Dewan ini didekorasikan dengan tema ala garden yang pasti sangat sesuai untuk majlis perkahwinan. Bukan itu sahaja, dewan ini mampu memuatkan seramai 700 orang dalam 1 masa. Jadi tiada masalah untuk membuat majlis yang besar besar.

Apa yang paling menarik adalah dewan ini mempunyai pentas yang luas(30’x40′). Seperti yang saya cakap, ianya sangat sesuai untuk membuat majlis perkahwinan yang mempunyai bilangan tetamu yang ramai.
Bukan itu sahaja, didalam dewan ini ada menyediakan tempat makan meja beradab yang tersendiri. Bukan meja beradab sahaja, malah di dewan ini juga mempunyai photobooth yang kedua duanya didekorasikan dengan tema ala garden yang sangat cantik.

Cantik kan? Haaa ada lagi yang menarik tau, dewan MZ Garden Hall ni juga mempunyai permainan bouncy castle! Iaitu permainan kanak kanak yang sangat menarik. Jadi tuan rumah atau makayah takperlu risau lagi tentang anak kecil yang akan mengganggu majlis kerana mereka akan duduk diam dan bermain pada 1 tempat sahaja.

MZ Garden Hall bukan sahaja dewan cantik di bangi malah ianya juga mempunyai pelbagai jenis kemudahan yang disediakan seperti tempat parking yang luas, surau, tandas, tempat basuh tangan dan lain lain.

Tapi dewan ni bukan sahaja boleh buat majlis perkahwinan je tau, dewan ini juga boleh membuat pelbagai jenis majlis antaranya adalah majlis annual dinner, majlis persaraan, majlis reunion, hi tea dan pelbagai lagi jenis majlis.

 

Anda berminat? Boleh terus WhatsApp kami di http://www.wassap.my/60143180070 untuk bertanya dengan lebih lanjut. Tak kenal maka tak cinta bukan? Hehe

Bila Ada Orang Tanya “Bila Nak Kahwin?, Kau Jangan Gelabah. Kau Jawab Ni

Bila Ada Orang Tanya “Bila Nak Kahwin?, Kau Jangan Gelabah. Kau Jawab Ni

Stress orang yang belum berkahwin bila di tanya, “bila nak kahwin?” Walhal kadang – kadangnya ada yang sudah lama berusaha tapi masih belum ada rezeki.

Jika kau masih bujang, mesti saudara mara ataupun makcik korang ada yang tanya soalan macam ni dekat korang kan;

“BILA NAK KAWIN?”

Kau jangan gelabah. Kau jawab je dengan tenang,

“InshaAllah, doakan saya dapat jodoh yang baik.” Sambil mengukir senyuman.

Jodohkan rahsia Allah, biarlah kau serahkan pada Allah. Takperlu nak ambil hati pun kalau ada orang tanya kau soalan macamtu.

.
.

Jodoh takkan lari bila dikerja, takkan datang jika tak ikhtiar. Kalau orang yang kau suka nak pergi tu lepaskan dia dengan rela. Mungkin si dia hadir sekadar persinggahan. Sama ada kau belajar sesuatu daripada dia ataupun dia belajar sesuatu daripada kau.

.
1. Kau serahkan hal ehwal jodoh kepada Allah. Tapi kau kenalah berusaha juga. Usaha dari perilakuan, perbuatan dan perkataan.

2. Apapun, berdoakan dan beristikharahlah. Mohon petunjuk Allah. Sesungguhnya hanya Allah tahu siapa jodoh yang terbaik untuk kita.

3. Jika ada yang berkenan, semoga proses ta’aruf itu dipermudahkan Allah, InshaAllah dia lah jodoh yang terbaik. Jika sebaliknya, bersabarlah. Mungkin belum masanya untuk Allah temukan kau orang dengan jodoh yang terbaik untuk kau.

4. Jika sudah mendapat petunjuk, teruskan langkah. Jika dia jodoh yang Allah tetapkan untuk kita, pasti Allah akan mempermudahkan segalanya.

5. Apabila Allah menginginkan dua hati bertemu, dia akan menggerakkan keduanya. Tidak hanya salah satu hati.

6. Tapi jangan cuba nak try jodoh orang lain pula ye. Dah kau orang tahu dia dah berpunya, takpayah nak cuba juga. Tak elok kau bahagia, orang lain pula derita. Binalah rumah tangga tanpa buat orang lain sengsara.

7. Jodoh ni kalau benar-benar kau sudah sedia ia akan berlaku sekejap sahaja. Contohnya berkenalan bulan satu, bertunang bulan lima dan berkahwin bulan tujuh. Ataupun lebih pantas daripada itu. Kenal kejap terus akad nikah.

8. Pada kaum lelaki, persiapan diri dengan ilmu pengetahuan, agama, pengurusan kewangan dan motivasi diri. Kawal marah dan tingkatkan kesabaran. Jadilah setia, penyayang, jujur serta ikhlas. Jika kau sudah sedia, tentunya Allah akan tunjukkan jodoh kita.

9. Pada kaum wanita, takperlulah bersedih jika jodoh belum sampai walaupun sudah berusia. Ada hikmah disebaliknya. Perancangan Allah Maha Hebat. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Senyumlah dan sabar menunggu jodoh. Berusaha dan berilah ruang dan peluang pada mereka mahu mengenali diri kau. Mana tahu jodoh kau orang sebenarnya ada depan mata. Rupa bukanlah segala-galanya. Ingat tu.

10. Kau harus bersyukur kenapa Allah belum jumpakan aku dengan jodoh kau. Mungkin Allah mahu kau jaga makayah dan keluarga kau dulu. Beri sepenuhnya perhatian kepada mereka.

.

Jodoh takkan datang jika kau tak usaha. Kalau kau tak berani nak ucap isi hati kau, memang kau taktahu dia pun ada rasa yang sama dekat kau ataupun tak. Usaha dulu dan tawakal pada Allah.

Semoga tahun depan kau akan jadi suami ataupun isteri orang. InshaAllah. Aaminn

OPEN DAY MZ CATERING KEMBALI LAGI!

OPEN DAY MZ CATERING KEMBALI LAGI!

OPEN DAY MZ CATERING KEMBALI LAGI | Hi. Siapa kat sini nak kahwin tetapi masih tercari-cari lokasi dan pakej perkahwinan idaman hati? Haa, ni kami ada berita baik untuk anda semua. Pada tarikh 6 April 2019 nanti kepada bakal-bakal pengantin jom beramai-ramai datang ke MZ Garden HallBangi kerana kat sana ada OPEN DAY yang dianjurkan oleh MZ CATERING

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan kali keempat kami membuat OPEN DAY diatas permintaan ramai oleh para pelanggan kami. Dan pada hari OPEN DAY ini kami akan menawarkan pakej perkahwinan yang menarik, iaitu penjimatan sehingga RM7,000 ringgit!

Bukan itu sahaja tau! Buat pertama kalinya kami akan memberikan DEWAN SECARA PERCUMA kepada siapa yang LOCK DATE dengan kami! Ianya bersempena dengan pembukaan dewan baharu kami di Kajang yang dijangka siap pada bulan 4 ini!

Selain daripada dewan baharu di Kajang nanti(MZ Hortus Hall), kami juga mempunyai dewan yang lain untuk anda memilih yang mana berkenan dihati. Ianya adalah MZ Garden Hall dan MZ D’Tasik. Bak kata orang, lagi banyak pilihan lagi bagus, kan? Hehe

MZ Garden Hall

Dewan MZ Garden Hall merupakan dewan marqueetent kedua terbesar di Putrajaya selepas dewan PICC, ianya mampu memuatkan seramai 700 orang dalam 1 masa. Dekorasi dewan ini bertemakan ala garden yang sesuai untuk pelbagai jenis majlis. Lokasi dewan ini di Sg Merab, Bangi.


MZ D’Tasik

Dewan MZ D’Tasik adalah dewan yang bertemakan eksklusif dengan pemandangan panorama tasik yang indah. Bagi siapa yang menginginkan kelainan, boleh cuba di dewan ini. Dewan ini mempunyai bahagian luar dan bahagian dalam. Pada bahagian dalam dewan mempunyai aircond iaitu tempat pelamin, meja beradab dan lain lain. Lokasi dewan ini di Uniten, Bangi.


Jadi anda tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Takut nanti kami dah tak buat OPEN DAY, anda yang rugi! Pada siapa yang nak berkahwin pada hujung tahun 2019, atau pada tahun 2020 pun boleh datang! Tiada istilah terlampau awal! Takut nanti tarikh yang anda inginkan dirampas orang kan dah pening kepala.

Lagi satu lupa nak bagitahu, semasa OPEN DAY nanti. LOCK DATE kami serendah RM200 ringgit sahaja! Bukan itu sahaja, pembayaran LOCK DATE boleh menggunakan CASH dan juga CARD CREDIT/DEBIT! Bagi siapa yang takut nak bawa duit yang banyak sekali gus tu bolehlah menggunakan card credit. Tiada masalah.

Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh WhatsApp kami terus di http://www.wassap.my/60143180070 kami sedia menolong anda!

Facebook : MZ Catering
Instagram : mzcateringngardenhall
Website : mzcatering.com

Lot5057, Jalan Utama,
Kampung Dato Abu Bakar Baginda,
43650 Bandar Baru Bangi.

CATERING MURAH LEBIH BAIK?

CATERING MURAH LEBIH BAIK?

Adakah catering murah lebih baik daripada catering yang lain? Apakah kesan yang akan berlaku jika kita mengambil pakej catering yang terlampau murah berbanding dengan yang lain?

Zaman yang serba serbi canggih sekarang, banyak perkara yang boleh dibuat semuanya dihujung jari. Termasuklah dari segi penipuan online, skim cepat kaya dan sebagainya. Pada bulan OKTOBER 2018, malaysia dikejutkan dengan berita penipuan caterer yang melarikan duit pengantin sehari sebelum hari majlis berlangsung. Berita lanjut di sini


Kenapa semua benda ini boleh terjadi? Kerana kebanyakkan orang di Malaysia menginginkan benda yang murah seperti yang ditawarkan oleh caterer ***** yang memotong harga sehingga tidak masuk akal. Akhirnya memakan diri dan yang menjadi mangsa adalah orang yang sudah lock date dengan mereka.

Saya tahu kos sara hidup adalah tinggi sekarang, jadi anda menginginkan sesuatu yang murah. Tetapi anda perlu tahu, jika harga sesuatu itu murah begitu jugalah dengan kualitinya. Ibarat anda membeli tudung RM5 ringgit di pasar malam, anda tidak boleh menjangkakan kualitinya sama seperti tudung yang dijual di butik.

Apa yang saya boleh katakan apabila anda ingin membuat majlis perkahwinan, ukurlah baju dibadan sendiri. Jika anda kurang berkemampuan, buatlah sekadar apa yang ada. Jika ada duit yang lebih, carilah catering yang boleh dipercayai dan boleh menawarkan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Kerana majlis perkahwinan adalah sekali seumur hidup, InshaAllah.

 

PERKHIDMATAN KATERING DI BANGI!

PERKHIDMATAN KATERING DI BANGI!

PERKHIDMATAN KATERING DI BANGI!
Kami MZ Catering menyediakan perkhidmatan katering di seluruh Bangi, Putrajaya, Kajang dan kawasan sekitarnya!

Cakap sahaja menu apa, InshaAllah kami boleh buat!
Kerana kami telah beroperasi lebih daripada 10 tahun, jadi kami mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang penyediaan makanan!
.
Dan untuk pengetahuan anda juga, kami merupakan event planner yang mampu membuat pelbagai jenis majlis!

– Majlis Pertunangan
– Majlis Pernikahan
– Majlis Perkahwinan
– Majlis Annual Dinner
– Majlis Hi-tea
– Majlis Birthday Party
– Majlis Persaraan

Semua kami boleh buat! Dan kami juga mempunyai dewan yang tersendiri untuk melakukan majlis majlis tersebut!
Nama dewan tersebut adalah MZ Garden Hall


MZ Garden Hall merupakan dewan marqueetent kedua terbesar di Putrajaya selepas dewan PICC
.
Dewan ini mampu memuatkan seramai 700 orang dalam 1 1 masa!
Apa yang paling menarik adalah, dewan ini didekorasikan dengan tema ala-ala garden yang sesuai untuk pelbagai jenis majlis!
.
Antara keistimewaan yang lain MZ Garden Hall ialah:
✔️ Keluasan 15000sqft
✔️ 1000pax – 3000pax
✔️ Pentas besar (30’x40′)
✔️ Lokasi strategik
✔️ Tapak parking yang luas
✔️ Tandas disediakan
✔️ Surau yang selesa
✔️ Bilik persalinan disediakan
.
Anda berminat? Atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut? Boleh WhatsApp kami
www.wassap.my/60143180070

Layan Isteri Bercakap Rupanya Boleh Buat Otak Bergeliga! Ikuti Perjelasan Ini

Layan Isteri Bercakap Rupanya Boleh Buat Otak Bergeliga! Ikuti Perjelasan Ini

Lumrah wanita memang suka bercakap. Tengok sahajalah di rumah, yang banyak bercakap pastinya di isteri. Ada sahaja benda yang isteri nak cakapkan, sampaikan ada suami yang mengeluh kerana rasa rimas dan malas nak layan.

Menurut pakar, otak wanita tidak dapat menyimpan maklumat secara khusus, misalnya apa yang difikirkan di siang hari akan berlegar-legar dalam fikirannya dan perlu diluahkan. Otak wanita menggunakan pertuturan sebagai cara untuk meluahkan perasaan.

Disebabkan otak wanita tidak mampu menyimpan maklumat, satu-satunya cara untuk wanita mengetepikan masalah ialah dengan cara bercakap mengenai perkara itu.

Jika isteri anda kategori wanita yang banyak cakap, suami jangan cepat melenting! Mungkin melayani isteri yang banyak cakap ini anda rasa menjengkelkan, namun di sebaliknya ada kelebihan yang suami dapat.

Menurut Mohd Fhais yang berkongsi di laman Facebooknya, melayani isteri bercakap ini boleh membuatkan otak suami bergeliga. Benarkah dakwa ini? Jom baca penjelasannya.

Tahu tak? Layan Isteri Bercakap Boleh Buat Otak Bergeliga.

Serius tau, semakin kerap dengar celoteh isteri semakin otak ni jadi bergeliga, selalu idea fresh datang dengan sendiri. Padahal yang dia duk membebel tu tak ada kaitan langsung dengan kerja pun.

Menurut kajian Profesor Madya Dr. Sabitha Marican dari UUM wanita boleh bercakap sekurangnya 20 ribu patah perkataan sehari. Orang lelaki pula hanya 7 ribu sahaja.

3 kali ganda lebih banyak!

Sebab itu bila kita layan isteri bercakap kebarangkalian otak kita jadi lebih bijak adalah 3 kali ganda lebih tinggi daripada kita duk berborak dengan kawan lelaki.

Bayangkan jika berborak dengan lelaki, otak kita hanya akan memproses maklumat sebanyak 7 ribu patah perkataan sahaja. Mungkin kurang dari itu.

Berbanding borak dengan wanita otak kita di paksa untuk proses 20 ribu maklumat sekali gus. Lebih banyak memproses akan membuatkan otak jadi lebih cepat berfikir.

Sebab inilah kenapa otak wanita 10 kali ganda lebih cepat memproses maklumat daripada otak lelaki kerana mereka dah berlatih bercakap 20 ribu patah perkataan sehari sejak kecil lagi.

Jadi memang tak hairanlah kalau isteri kita dalam kereta bercakap, basuh pinggan bercakap, lipat baju bercakap, malah tengah makan pun dia boleh bercakap. Sebabnya mereka ada quota yang perlu dipenuhi.

Lepas ni kalau nampak isteri berceloteh jangan marah, pasang telinga betul-betul sebab mungkin idea jutaan ringgit boleh datang tiba-tiba..

Kerana setiap patah yang keluar dari mulut isteri itu pembawa rezeki…

 

CATERING MURAH DAN BERBALOI! WEDDING & EVENT PLANNER PILIHAN ANDA

CATERING MURAH DAN BERBALOI! WEDDING & EVENT PLANNER PILIHAN ANDA

Untuk pengetahuan anda, kami MZ Catering telah mempunyai pengalaman lebih 11 tahun!! 🥳🥳

Jadi kami mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang pengendalian makanan 😉😉

Kami telah menyediakan perkhidmatan catering di seluruh bangi dan kawasan setikarnya. Termasuklah badan kerajaan, swasta dan lain-lain 🤗🤗

Untuk pengetahuan anda, kami juga ada menyediakan perkhidmatan catering untuk majlis
✔️ Perkahwinan
✔️ Pertunangan
✔️ Pernikahan
✔️ Annual Dinner
✔️ Candle Light Dinner
✔️ Birthday Party
✔️ Reunion
✔️ Dll

Bagi sebarang pertanyaan dalam waktu Office(8.30am-5.30pm), sila hubungi
www.wasap.my/60143180070 (Fazrul)

DEWAN DENGAN PEMANDANG YANG MENARIK!!

DEWAN DENGAN PEMANDANG YANG MENARIK!!

Untuk pengetahuan anda, MZ D’Tasik merupakan dewan yang berlatarkan pemandangan tasik yang sangat sesuai untuk pelbagai jenis majlis, seperti Majlis Perkahwinan, Dinner, Graduasi dll ☺️☺️

Dewan ini bertempat di UNITEN Bangi yang mampu memuatkan seramai 300 tetamu dalam 1 1 masa 😉😉

Jika anda mengambil pakej dengan kami, anda tidak perlu pening kepala lagi!! Kerana kami akan membantu anda daripada A to Z!!

Anda tunggu apa lagi?? Jomm cepat LOCK DATE dengan kami sebelum orang lain mencuri tarikh yang bermakna dalam hidup anda 🤗🤗

Bagi sebarang pertanyaan dalam waktu Office(8.30am-5.30pm), sila hubungi www.wasap.my/60143180070 (Fazrul)

DEWAN PERKAHWINAN YANG MELETOPS!!

DEWAN PERKAHWINAN YANG MELETOPS!!

Anda sedang mencari dewan untuk majlis perkahwinan anda?! 🧐🧐

Dah penat mencari tapi tak jumpa yang berkenan di hati??

Mesti penat kan, tapi sekarang. Tidak perlu penatkan diri lagi!!
Kerana MZ Garden Hall adalah jawapannya!! 🤗🤗

MZ Garden hall merupakan dewan marquee tent KEDUA TERBESAR di putrajaya selepas dewan PICC yang mampu memuatkan seramai 800 orang dalam 1 1 masa!! 🤩🤩

WOW!! Dan apa yang lagi menarik adalah, dewan ini bertemakan ala-ala garden yang sangat sesuai untuk majlis perkahwinan!! 🥰🥰

Nak tengok depan mata? Tiada masalah!! Anda boleh walk in dan lihat sendiri

ANDA BERMINAT??
Bagi sebarang pertanyaan dalam waktu Office(8.30am-5.30pm), sila hubungi www.wasap.my/60143180070 (Fazrul)